Pembinaan item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Matematik Tingkatan Satu untuk topik Pecahan

Development of Higher Order Thinking Skill items for Topic of Fraction in Mathematics subject for Form One students

Authors

  • Mazlini Adnan Faculty of Sciences and Mathematics Sultan Idris Education University Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Najah Mohd Nawi Faculty of Sciences and Mathematics Sultan Idris Education University Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah Faculty of Sciences and Mathematics Sultan Idris Education University Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Che Nidzam Che Ahmad Faculty of Sciences and Mathematics Sultan Idris Education University Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Nurul Syakirah Arifin Faculty of Sciences and Mathematics Sultan Idris Education University Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.1.4.2018

Keywords:

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Pecahan, Tingkatan Satu

Abstract

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan kemahiran yang amat penting untuk dikuasai oleh guru dan pelajar dalam meningkatkan tahap pendidikan negara di peringkat global. Kajian ini bertujuan untuk membina item (KBAT) mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu untuk Topik Pecahan. Kesahan kandungan item KBAT yang dibina telah dibuat oleh 5 orang pakar. Pengesahan melibatkan kesesuaian item dan aras kognitif item. Sebanyak 20 item telah dipilih dan mendapat persetujuan pakar bahawa item tersebut menepati aras KBAT yang dirancang. Kesahan instrumen kajian pula ditentukan melalui kesahan muka, kandungan dan konstruk oleh 5 orang pakar. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 15 orang guru mata pelajaran Matematik. Nilai pekali Alpha Cronbach adalah antara 0.812 dan 0.911. Bagi mengukur kebolehgunaan item KBAT, 32 orang responden yang terdiri daripada guru mata pelajaran Matematik di sekolah menengah kebangsaan sekitar Jajahan Kota Bharu. Analisis deskriptif menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dijalankan mendapati, untuk bahagian ‘Pengetahuan Berkaitan KBAT’, nilai min untuk setiap item adalah antara 3.6563 dan 4.5938. Bahagian ‘Kandungan Item KBAT’ pula, nilai min adalah antara 4.2188 dan 4.8750. Manakala bahagian ‘Kegunaan Praktikal Item KBAT’, nilai min yang diperolehi adalah antara 4.2500 dan 4.4375. Bahagian ‘Kualiti Item KBAT’ pula mencatat nilai min antara 4.1563 dan 4.5313. Dapatan ini menunjukkan bahawa item KBAT yang dibina mendapat persetujuan dan kesahan daripada pakar dan dapat digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Topik Pecahan mata pelajaran Matematik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Bakry, Md Nor Bakar & Firdaus (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Kalangan Guru Matematik Sekolah Menengah Pertama di Kota Makassar. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). Diperolehi dari
http://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/24.pdf

Faizah Othman & Saemah Rahman (2011). Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Seacara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.Pembentangan Seminar Serantau ke 5/2011. Indonesia: Riau.

George, D., & Mallery, P. (2003). SPSS for Windows step by step: A simple guide and reference. 11.0 update (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: KPM.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rajendran Nagappan (2001). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan guru mengendalikan proses pengajajaran dan pembelajaran. Kertas kerja dibentang pada Seminar Projek KBKK: Poster Warisan-Pendidikan-Wawasan 2001.

Rajendran Nagappan (2008). Teaching & acquiring higher-order thinking skills: theory & practice. Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selva Ranee Subramaniam (2007). Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Kimia Secara Kontekstual. Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1).

Siti Zabidah Mohamed (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir Kreatif Dalam Pengajaran Karangan Deskriptif dan Karangan Imaginatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan IV. Skudai, Johor: Universiti Sains Malaysia. Disertasi PhD.

Downloads

Published

2018-06-26

How to Cite

Adnan, M., Mohd Nawi, N., Abdullah, M. F. N. L., Che Ahmad, C. N., & Arifin, N. S. (2018). Pembinaan item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Matematik Tingkatan Satu untuk topik Pecahan: Development of Higher Order Thinking Skill items for Topic of Fraction in Mathematics subject for Form One students. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(1), 46–54. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.1.4.2018