MENGUKUR KESAN MODEL KONSTRUK PENGETAHUAN BERSTRUKTUR (KPB) TERHADAP ANJAKAN SIKAP TERHADAP PEMBELAJARAN BIOLOGI PELAJAR

Authors

  • Eftah Moh @ Hj Abdullah
  • Abd. Aziz Abd. Shukor
  • Othman Lebar
  • Mohd. Uzi Dollah

Keywords:

Model Konstruk Pengetahuan Berstruktur (KPB), sikap, mata pelajaran Biologi

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran biologi menggunakan Model Konstruk Pengetahuan Berstruktur (KPB). Dalam menilai keberkesanan KPB, perbandingan dibuat dengan Pengajaran dan Pembelajaran Tradisional (PPT).  Model KPB mengandungi tiga fasa utama iaitu pemerolehan, integrasi dan aplikasi konsep-konsep.  Modul KPB diguna sebagai protokol pelaksanaan  pengajaran dan pembelajaran mengikut Model KPB bagi topik Respirasi dan Tenaga dalam mata pelajaran biologi tingkatan empat. Pelaksanaan PPT tidak menggunakan modul khusus tetapi sentiasa dipastikan menggunakan buku teks dan melakukan amali yang sama, tetapi tidak memberi penekanan pengajaran mengikut fasa-fasa KPB terutamanya peringkat integrasi. Eksperimen-kuasi dengan Rekabentuk Kumpulan PPT Tidak Serupa yang melibatkan Ujian Pra  dan Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimen (Model KPB) dan Kumpulan PPT (PPT) digunakan dalam kajian ini. Seramai 171 sampel pelajar telah dipilih secara rawak dari empat buah sekolah Menengah Harian dalam daerah Kinta di negeri Perak.  Sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran biologi pelajar  diukur menggunakan soal selidik Sikap Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Biologi (STPB). Kumpulan pelajar KPB telah menunjukkan perbezaan beberapa kedudukan item-item bagi sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran biologi dengan menunjukkan anjakan menurun item-item (Ujian Pos lebih mudah berbanding Ujian Pra). Pola anjakan item-item ini menunjukkan kumpulan pelajar KPB  menunjukkan sikap yang lebih positif berbanding kumpulan PPT.  

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-04-27

How to Cite

Moh @ Hj Abdullah, E., Abd. Shukor, A. A., Lebar, O., & Dollah, M. U. (2019). MENGUKUR KESAN MODEL KONSTRUK PENGETAHUAN BERSTRUKTUR (KPB) TERHADAP ANJAKAN SIKAP TERHADAP PEMBELAJARAN BIOLOGI PELAJAR. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(2), 91–105. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2120