APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN GURU SAINS

Authors

  • Norazilawati Abdullah
  • Noraini Mohamed Noh
  • Nik Azmah Nik Yusof
  • Rosnidar Mansor

Keywords:

Persekitaran pengajaran maya (Frog VLE), guru-guru sains

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan empat orang guru sains yang mengajar di Kuala Lumpur dan Perak.  Kajian kualitatif ini dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sains telah mengaplikasikan Frog VLE dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran serta memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya ialah  capaian internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus serta bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan pengaplikasian Frog VLE dalam kalangan guru, mereka mencadangkan agar pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya, pelan pelaksanaan yang melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa perlu dibangunkan, program peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan bukan guru yang berminat dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam pelaksanaan, pemantauan perlu dijalankan, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan dinilai bagi tujuan penambahbaikan, menilai semula pelan berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki strategi pelaksanaan. Selain itu, capaian internet perlu ditambah kelajuannya, bebanan kerja guru perlu dikurangkan dan guru juga perlu berfikiran positif, membuat perancangan untuk pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkaitan dengan aplikasi ini. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini tentang pengaplikasian persekitaran pengajaran maya di sekolah agar dapat memberi  ruang  untuk memperbaiki kelemahan  aplikasi Frog VLE di sekolah dengan lebih menyeluruh.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-04-27

How to Cite

Abdullah, N., Mohamed Noh, N., Nik Yusof, N. A., & Mansor, R. (2019). APLIKASI PERSEKITARAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN GURU SAINS. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(2), 63–76. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2118

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>