PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM: KESANNYA KE ATAS PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS
Keywords:
Pengembangan kurikulum, pendekatan konstruktivisme, kemahiran proses sainsAbstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan konstruktivisme dalam pengembangan kurikulum ke atas penguasaan kemahiran proses sains murid-murid sekolah rendah. Kajian selama sepuluh minggu bermula dengan praujian pada minggu pertama diikuti pengajaran mengguna pendekatan konstruktivisme selama lapan minggu; dan pascaujian pada minggu ke sepuluh. Kajian melibatkan pengembangan kurikulum Sains Tahun 5 sekolah rendah. Data dianalisis menggunakan ANCOVA dengan skor praujian sebagai kovariat. Kajian mendapati penguasaan kemahiran proses sains murid-murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme adalah lebih baik berbanding murid murid-murid yang diajar menggunakan pendekatan sedia ada yang biasa digunakan oleh guru-guru. Perbezaan adalah signifikan pada p<.05. Pengembangan kurikulum Sains Tahun 5 sekolah rendah menggunakan pendekatan konstruktivisme lebih memberi manfaat kepada murid berbanding pendekatan sedia ada yang biasa digunakan oleh guru-guru. Dapatan kajian ini selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mencadangkan agar guru-guru menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengembangan kurikulum. Walau bagaimanapun kajian lanjutan yang lebih terperinci dan menyeluruh perlu dilakukan bagi mendapatkan dapatan yang lebih jelas lagi.