PENGETAHUAN PERSEDIAAN PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH BARU
KNOWLEDGE OF NEW TEACHERS (NT) BASED ON TEACHING PREPARATION
Keywords:
pengetahuan, persedian pengajaran, guru prasekolah baru, knowledge, teaching preparation, new preschool teacher, teaching activities, childrenAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap pengetahuan pedagogi berdasarkan persediaan pengajaran guru baru. Kajian ini merupakan satu kajian kes dengan melibatkan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap empat orang GB. Pemerhatian bagi setiap GB adalah melibatkan pelaksanaan aktiviti pengajaran, iaitu melalui kaedah temu bual dan rakaman audio bagi mengenal pasti pandangan GB berkenaan pengetahuan persediaan pengajaran. Analisis dokumen pula melibatkan persediaan rancangan pengajaran harian (RPH). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek pengetahuan persediaan pengajaran yang dikenal pasti, iaitu i) hasil pembelajaran (isi kandungan dan amalan bersesuaian perkembangan), ii) persediaan alat bantu mengajar (faktor pemilihan dan pengurusan persediaan) dan iii) persediaan RPH (panduan KSPK dan perkembangan murid). Berdasarkan dapatan kajian, amalan persediaan pengajaran GB yang cemerlang adalah seperti berikut: penguasaan dalam isi kandungan tunjang Komunikasi dan tunjang Sains dan Teknologi, pengurusan aktiviti pengajaran dan alat bantu mengajar yang menarik (maujud dan bukan maujud) serta persediaan RPH yang ringkas.
This study aims to explore the pedagogical knowledge of New Teachers (NT) based on teaching preparation. This case study involves observations, interviews and document analysis of four NTs. There were observations on the BPTs during their implementation of teaching activities through interviews and video recordings about their knowledge of teaching preparation. Document analysis involves the preparation of daily lesson plans (DLP). The study shows that there are three aspects of teaching preparation practices that have been identified, namely i) the learning outcomes (content knowledge and development appropriate practice), ii) preparation of teaching aids (selection and time management) and iii) preparation of DLP (KSPK guideline and child development) Based on the findings, the best of teaching preparation practices among BPTs are as follows: mastery of the content in Communications and Science and Technology, the management of teaching activity and attractive teaching aids (concrete and non-concrete) and simple DLP.