PEMBINAAN MODEL PERKHIDMATAN SOKONGAN DAN BIMBINGAN BERDASARKAN PENGESANAN AWAL UNTUK KANAK-KANAK AWAL UMUR BERKEPERLUAN KHAS

DEVELOPMENT OF MODEL SUPPORT SERVICES AND GUIDANCE BASED ON EARLY DETECTION FOR EARLY AGE CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS

Authors

  • Noor Aini Ahmad Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

pengesanan awal, kanak-kanak awal umur berkeperluan khas, kemahiran bahasa, early detection, young children with special needs, language skills

Abstract

Pengesanan awal sebelum proses pengajaran dapat membantu kanak-kanak awal umur berkeperluan khas mempelajari kemahiran yang paling diperlukan dalam kehidupan mereka. Pengesanan awal juga membolehkan kanak-kanak awal umur ditempatkan dalam kumpulan atau bilik darjah secara inklusif mengikut tahap kebolehan masing-masing. Kertas konsep ini membincangkan tentang keperluan membina Model Perkhidmatan Sokongan dan Bimbingan untuk Kanak-kanak Awal Umur berdasarkan dapatan pengesanan awal apabila mengajar kemahiran bahasa. Apabila seorang kanak-kanak awal umur berkeperluan khas dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran bahasa, maka pendidik wajar menyediakan perkhidmatan sokongan dan bimbingan yang berkesan untuk mereka. Pengesanan awal boleh dilakukan menerusi ujian pengamatan mahupun ujian diagnostik menggunakan kad gambar bagi mengesan kebolehan mereka dalam kemahiran bahasa. Sebagai rumusan, konsep dalam Model Perkhidmatan Sokongan dan Bimbingan untuk Kanak-kanak Awal Umur Berkeperluan Khas boleh membantu pendidik melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan diharap dapat memenuhi keperluan kanak-kanak awal umur berkeperluan khas dalam kehidupan seharian.

Implementing early detection before teaching and learning process could help young children with special needs to learn skills that are mostly needed in their lives. Early detection also allows them to be placed in inclusive groups or classrooms according to their respective abilities. This concept paper discusses the need to build support and guided services model for young children with special needs using early detection results for teaching language skills. When the detection shows that the young children with special needs have weaknesses in language skills, educators should plan and provide effective support services for them. Early detection can be implemented through observation or diagnostic test using picture cards to detect their ability in language skills. In summary, the concept of support and guided services model for young children with special needs will help educators to teach more effectively in order to meet daily needs of these children.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-12-12

How to Cite

Ahmad, N. A. (2014). PEMBINAAN MODEL PERKHIDMATAN SOKONGAN DAN BIMBINGAN BERDASARKAN PENGESANAN AWAL UNTUK KANAK-KANAK AWAL UMUR BERKEPERLUAN KHAS: DEVELOPMENT OF MODEL SUPPORT SERVICES AND GUIDANCE BASED ON EARLY DETECTION FOR EARLY AGE CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 1–13. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/775