Penguasaan kosa kata Bahasa Melayu kanak-kanak Iban melalui lagu Didi & Friends
Mastery of Malay language vocabulary by Iban children through Didi & Friends songs
Keywords:
kosa kata, Bahasa Melayu, kanak-kanak Iban, lagu kanak-kanak, didik hibur, vocabulary, Malay language, Iban children, children song, fun learningAbstract
Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan penggunaan lagu Didi & Friends dalam membantu penguasaan kosa kata Bahasa Melayu kanak-kanak Iban. Kajian ini dijalankan di salah sebuah tabika di daerah Julau, Sarawak, dan melibatkan dua orang kanak-kanak perempuan Iban yang berumur empat tahun untuk menentukan tahap penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak Iban sebelum dan selepas penggunaan lagu Didi & Friends. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes. Kaedah kajian yang digunakan bagi pengumpulan data ialah pemerhatian menggunakan borang pemerhatian dan temu bual. Borang pemerhatian yang digunakan bertujuan untuk mengenal pasti kosa kata yang dapat dikuasai oleh kanak-kanak sebelum dan selepas penggunaan lagu Didi & Friends, manakala temu bual pula dijalankan bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru mengenai penguasaan kosa kata kanak-kanak melalui lagu Didi & Friends. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan lagu Didi & Friends berkesan dalam membantu kanak-kanak Iban menguasai kosa kata Bahasa Melayu.
This research was conducted to determine the effectiveness of using Didi & Friends songs in helping Iban children mastering Malay language’s vocabulary. This research was conducted at one of the kindergarten in Julau district, Sarawak and involved two Iban girls aged four years old to determine their level of mastery in Malay language before and after use of Didi & Friends songs. The research design of this research is case studies. The method research used to collect data are observations using observations form and interview. Observation forms are used to identify children’s mastered vocabulary before and after use of Didi & Friends songs while interview was conducted to obtain teacher’s view on mastery of vocabularies by children through Didi & Friends songs. The result shows that the use of Didi & Friends songs are effective on helping Iban children mastering Malay language vocabulary.
Downloads
References
Asmah, & Rosline. (2018). Fonologi bahasa Iban. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan. McGraw-Hill Education.
Dayang, & Wan Muna Ruzanna. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 74-84.
Erni Mahyudin. (2018). Pengajaran kosakata bahasa Arab bagi anak-anak dengan media lagu. MUTSAQQAFIN: Jurnal Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, 1(01), 65-84.
Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib, & Siti Nor Hamahida Zainal. (2014). Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi di sekolah pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(1), 65-74.
Ismail, H., Abdul, M. A., & Mohamad, I. (2019). The effect of Islamic visual art education on social development of preschool children. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 1-7.
Jerie Peter Langan, & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 13-25.
Mahizer Hamzah, & Mohd Azli Yeop. (2018). Frog VLE (persekitaran pembelajaran maya) dalam pengajaran dan pembelajaran: Penerimaan dan kaedah pelaksanaannya. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education, 6(2), 67-77. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JRPPTTE/article/view/227
Mohd Razak Mohd Nordin, & Masitah Ahmad. (2015). Pendekatan Didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan minat murid orang asli di negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 9, 77-90.
Muhammad Alif Redzuan Abdullah, & Sanimah Hussin. (2018). Penggunaan lagu dalam meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 5(2), 279-288.
Norehan, & Rozita. (2016). Pemerolehan bahasa bukan verbal oleh kanak-kanak melalui aplikasi multimedia. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 11, 51-67.
Noriah Mohamed, & Rohani Mohd. Yusof. (2004). Persamaan dan kemiripan bahasa: Perbandingan kosa kata dasar 10 bahasa Austronesia di Sarawak. Jurnal Bahasa, 4(2), 278-359.
Owing, J. S., Azhar Md. Sabil, & Shamsudin Othman. (2018). Tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. Universiti Putra Malaysia Press.
Peng Chew, F., & Fikri Ismail, M. (2020). Pelaksanaan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9(1), 14-25. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/3400
Zaharah Osman. (2016). Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan lagu Didi & Friends. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 5, 49-60. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/87.