Pembangunan pangkalan pengetahuan intervensi bagi masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia

Development of intervention knowledge base for specific learning disorder dyscalculia

Authors

  • Noor Azlin Azman Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Roznim Mohamad Rasli Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.37134/jictie.vol9.sp.1.12.2022

Keywords:

pangkalan pengetahuan, intervensi, masalah pembelajaran spesifik, Diskalkulia

Abstract

Pada masa kini, kesedaran untuk merawat masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Namun, kekangannya ialah maklumat tentang rawatan awal bagi masalah pembelajaran spesifik ini adalah sangat kurang untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Selain itu, garis panduan intervensi juga kurang bersesuaian dan terlalu umum serta pengujian terhadap tehadap pangkalan pengetahuan intervensi bagi masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia adalah diperlukan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan pangkalan pengetahuan intervensi bagi masalah Diskalkulia, menyediakan satu panduan intervensi dan menguji kebolehterimaan, kebolehgunaan dan kepuasan pangkalan pengetahuan tersebut. Pangkalan pengetahuan ini dibangunkan berdasarkan metodologi Kejuruteraan Pengetahuan yang terdiri daripada lima fasa utama iaitu perolehan pengetahuan, pengesahan pengetahuan, pangkalan pengetahuan, kebolehfungsian dan ujian pengguna. Pengumpulan data yang diperoleh adalah melalui temubual pakar domain, sumber primer dan sekunder. Kesahihan dan ketepatan maklumat di dalam pangkalan pengetahuan ini telah disahkan oleh tiga orang pakar domain dari Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seramai 10 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa dan guru pendidikan khas telah dipilih secara rawak untuk menguji pangkalan pengetahuan yang telah dibina. Dapatan yang diperoleh menunjukkan majoriti ibu bapa dan guru pendidikan khas bersetuju terhadap kebolehgunaan, kebolehterimaan dan kepuasan pangkalan pengetahuan yang dibina ini. Juteru, pangkalan pengetahuan ini dapat dijadikan sebagai satu platform rujukan bagi masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia khasnya bagi para ibu bapa dan guru Pendidikan khas.

Abstract

Nowadays, awareness for treating specific learning disorders is getting more attention. However, the constraint is that information about early treatments for particular learning problems is poorly used as reference materials. In addition, intervention guidelines are also lacking and too general, as well as testing of intervention knowledge bases for specific learning disabilities, is required. This research aims at developing an intervention knowledge base for the Dyscalculia problem, providing an intervention guide, and testing the acceptability, usability, and satisfaction of knowledge bases. This knowledge base is guided by Knowledge Engineering methodology comprising five main phases namely knowledge acquisition, knowledge validation, knowledge base, functionality, and user testing. Data is collected through domain expert interviews and primary and secondary sources. The authenticity and accuracy of the information in this knowledge base have been verified by three domain experts from the Special Education Department, the Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris. A total of 10 respondents consisting of parents and special education teachers are randomly selected to test the knowledge base built. The findings indicate that parents and teachers of special education agree on the acceptability, usability, and satisfaction of this knowledge base. Thus, this knowledge base can be used as a reference platform for Dyscalculia-specific learning problems specifically for parents and special education teachers.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Hott, B. L., & Montani, T. O. (2014). Strategies and Interventions to Support Students with Mathematics Disabilities, (2), 1–9. Kansas: Council for Learning Disabilities.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Instrumen Senarai Semak Disleksia. Kuala Lumpur: Penerbit Percetakan Selaseh Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia diperoleh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Markgraf, B. (2018). Characteristics of a Good Management Information System. http://smallbusiness.chron.com/characteristics-good management-information-system-59060.html.

Mohd Azrin Muhammad (2016, Mac 27). Kenal Pasti Awal Murid Disleksia. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kenal-pasti-awal-murid-disleksia-1.205052

Mohammad Jainal (2012). Penggunaan konsep arah dalam menguasai nilai tempat nombor dua digit. Dalam Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012. (pp 26-37).

Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad & Zainuddin Mohd Isa. (2014). Masalah Pembelajaran. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Zuri Ghani. (2014). Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

National, T. (2001). The Daily Mathematics Lesson Guidance to Support Pupils ith Dyslexia And Dyscalculia. US: DfEs.

Norshazreen Azwin. (2010). Meningkatkan tahap mengenal abjad a hingga Z dalam kalangan kanak-kanak prasekolah melalui permainan bahasa. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah IPGKPMM. Melaka: IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Noor Aini Ahmad & Nur Liyana Abd. Latiff, (2015) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti membentuk doh. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 5(1), 71-80.

Presley P. (2012). Teknik nyanyian dalam mengenal, menulis dan mengira nombor asas 1-10. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 45-55

Tripathi, K. P. (2011). A review on knowledge-based expert system: Concept and architecture. IJCA Special Issue on Artificial Intelligence Techniques-Novel Approaches & Practical Applications, (4), 19-23.

Williams, A. (2013). A teacher's perspective of dyscalculia: Who counts? An interdisciplinary overview. Australian Journal of

Learning Difficulties, 18(1), 41-58.

Downloads

Published

2022-12-01

How to Cite

Azman, N. A., & Rasli, R. M. (2022). Pembangunan pangkalan pengetahuan intervensi bagi masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia: Development of intervention knowledge base for specific learning disorder dyscalculia . Journal of ICT in Education, 9(3), 129–139. https://doi.org/10.37134/jictie.vol9.sp.1.12.2022

Most read articles by the same author(s)