VIRTEST plus 3D: Pengajaran Subjek Hospitaliti (Kaunter Hadapan) Menggunakan Bilik Tetamu/Hotel Maya
VIRTEST plus 3D: Teaching Hospitality Subject (Front Office) Using Virtual Guest Room/Hotel
DOI:
https://doi.org/10.37134/jictie.vol5.4.2018Keywords:
VIRTEST plus 3D, bilik tetamu maya, bellman, pelan lantai 3DAbstract
Artikel ini melaporkan perkembangan "VIRTEST plus 3D," satu pelan bilik tetamu/ hotel maya untuk pengajaran dan pembelajaran perhotelan melalui virtual guest room/hotel - bilik tetamu/ hotel maya, dari perspektif pedagogi. Virtual guest room membolehkan pelajar bergerak seumpama dalam situasi sebenar dalam bilik tetamu. Apabila pensyarah menggerakkan pandangan dalam Virtual guest room, pelajar dapat melihat kedudukan barangan dan situasi yang sebenar dalam bilik tetamu dan hotel seterusnya memudahkan pelajar memahami prosedur untuk memperkenalkan bilik dan menerangkan fasiliti dalam bilik dan hotel kepada tetamu. VIRTEST plus 3D ini telah digunakan oleh pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) aktiviti amali LnP 02.02 – lakukan tugas Bellman bagi modul Kaunter Hadapan untuk pelajar-pelajar semester 4, Program Sijil Operasi Perhotelan. Hasil dapatan pengguna terhadap VIRTEST plus 3D ini melalui borang soal selidik, didapati ianya dapat mewujudkan satu situasi yang sebenar dalam bilik tetamu dan hotel untuk memudahkan pelajar memahami prosedur dan menerangkan prosedur Bellman dengan lebih mudah dan jelas. Setelah menggunakan VIRTEST plus 3D ini, pelajar memberi komen bahawa VIRTEST plus 3D ini sangat membantu, sangat menarik dan memudahkan pelajar mempelajari, memahami dan melakukan amali Bellman. VIRTEST plus 3D bertujuan untuk mewujudkan satu situasi bilik tetamu/ hotel maya yang sebenar bagi mengatasi masalah kekurangan bilik simulasi atau fasiliti bilik tetamu bagi memudahkan pelajar memahami prosedur untuk memperkenalkan bilik dan menerangkan fasiliti dalam bilik dan hotel kepada tetamu.
This study reports the progress of "VIRTEST plus 3D," a virtual guest room / hotel plan for teaching and learning hospitality through virtual guest rooms / hotels - guest rooms / virtual hotels, from a pedagogical perspective. Virtual guest rooms allow students to move around in real situations in guest rooms. When lecturers move the views in the Virtual Guest room, students were able to see the exact position of the items and the situation in the guest rooms and the hotel, thus facilitating the students to understand the procedures for introducing the room and describing the guest room and hotel facilities. This VIRTEST plus 3D has been used by students during the teaching and learning process (PdP) of LnP 02.02 practical activities - perform the Bellman task for the Front Desk module for the 4th semester students, the Hotel Operations Certificate Program. The findings on VIRTEST plus 3D through questionnaire have proved to be a real situation in guest rooms and hotels to facilitate students in understanding the procedures and explain the procedure of Bellman more easily and clearly. After using this VIRTEST plus 3D, students commented that VIRTEST plus 3D was very helpful, very interesting and easier for students to learn, understand and practice Bellman. VIRTEST plus 3D aims to create a real virtual guest room / hotel situation to overcome the lack of simulated room or guest room facilities to make it easier for students to understand the procedures for introducing rooms and describing guest rooms and hotel facilities.
Downloads
References
Che Nidzam Che Ahmad, C. N., Shaharim, S. A., & Yahaya, A. (2016). Kesesuaian persekitaran pembelajaran, interaksi guru pelajar, komitmen belajar dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar biologi. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6(1), 101-120.
Mat Saad, A., Nik Yusoff, N. M. R., & Mohammad Yassin, R. (2011). Penilaian Kemudahan Pembelajaran, Peruntukan Kewangan dan Kursus dalam Perkhidmatan bagi Kursus Pendidikan Islam di Politeknik Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 123-134.
Minhat, N. (2011). Kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Retrieved from https://www.academia.edu/7951978/KEPUASAN_PELAJAR_TERHADAP_KEMUDAHAN_YANG_DISEDIAKAN_DI_POLITEKNIK_TUANKU_SYED_SIRAJUDDIN
Sharudin, S. T. (2008). Faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel vokasional di dua buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan (Degree’s thesis). Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from http://eprints.utm.my/5898/1/PSM_JILID-TQAH.pdf