Pendidikan Amalan Kitar Semula Sisa Pepejal kepada Masyarakat

Recycling Solid Waste Practices and Education to Community

Authors

  • Mohd Saifudin bin Mamat Department of Geography and Environment, Faculty of Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Sumayyah Aimi binti Mohd Najib Department of Geography and Environment, Faculty of Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/geografi.vol8.1.3.2020

Keywords:

Pendidikan alam sekitar, kitar semula, sisa pepejal

Abstract

Pendidikan amalan kitar semula sisa pepejal semakin berkurangan kerana terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisa pepejal ke dalam tong sampah tanpa mengikut jenis tong sampah kitar semula. Peningkatan sisa pepejal ini adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk dari tahun ke tahun yang menyebabkan isu ini semakin besar. Seiring dengan masalah peningkatan sisa pepejal di Malaysia, program kitar semula diwujudkan sebagai satu alternatif kepada penyelesaian masalah ini. Namun, keberkesanan program masih belum mencapai keberhasilannya. Kesedaran masyarakat masih lagi di tahap yang rendah. Kajian ini dijalankan bagi meneliti masyarakat terhadap pendidikan kitar semula khususnya bagi kawasan kajian iaitu Taman Tapai Indah. Kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif utama iaitu jumlah sisa pepejal yang diperolehi daripada tiga jenis tong sampah kitar semula, jenis-jenis sisa pepejal di dalam tong sampah kitar semula dan kempen pendidikan terhadap masyarakat di Taman Tapai Indah. Pendekatan kualitatif telah digunakan seperti kaedah pemerhatian di kawasan kajian. Pengumpulan sampel kajian dijalankan pada hari yang ditetapkan oleh penyelidik. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti klip penyepit sampah, alat penimbang, tiga jenis tong sampah kitar semula dan peralatan yang lain. Pengutipan data adalah di kawasan pembuangan sisa pepejal Taman Tapai Indah. Hasil kajian telah menunjukkan jumlah dan jenis sisa pepejal saling mempengaruhi. Penyelidik turut melaksanakan kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang amalan kitar semula di kawasan kajian. Oleh itu, didapati kesedaran terhadap penggunaan tong sampah kitar semula menunjukkan kesan yang positif semasa kajian dilaksanakan. Kesimpulanya, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu penambahbaikan dalam amalan kitar semula sisa pepejal dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya di Taman Tapai Indah dan dapat membantu pengkaji yang akan membuat kajian pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Agamuthu, P., Fauziah, S. H., Khidzir, K. (2009). Evolution of solid waste management

in Malaysia: Impacts and Implications of the Solid Waste Bill 2007. Journal of Matter Cycles Waste Management, 11: 96-103.

Jabatan pengurusan sisa pepejal Negara (JPSPN). (2020). Dimuat turun daripada https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/127.

Jabatan pengurusan sisa pepejal Negara (JPSPN). (2020). Dimuat turun daripada https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/31.

Jabatan pengurusan sisa pepejal Negara (JPSPN). (2020). Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan pembersihan awam 2007 (Akta 672). Dimuat turun daripada https://jpspn.kpkt.gov.my/resources/index/user_1/Perundangan/akta/act672.pdf.

Nasir Nayan, Mohd Hairy Ibrahim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Mohmadisa Hashim dan Azmi Baharom. (2009). Persekitaran Fizikal di Malaysia:Isu dan Cabaran Semasa. Tanjong Malim. Penerbit UPSI.

Majlis Daerah Marang. (2020). Diperolehi pada 27 Julai 2020 daripada http://www.mdmarang.gov.my/ms/rakyat/kempen-kitar-semula.

Mohd Nasir Hassan. (1999). Issues and problems of Solid Waste Management in Malaysia.In Mohd Noordin Hassan, Lizuarty Azrina Abdullah, Ibrahim Komo(pnty) National Review on Environmental Quality Management In Malaysia. Kuala Lumpur: Institute For Environment and Development.hlm 179-225.

Mohd Majid Konting. (1993). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Ghafar (2003). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohammad Syahir Aiman dan Puziah Ahmad (2009). A Review on Effectiveness of Urban Solid Waste Management in Selangor: A Case Study of Subang jaya Municipal Council (MPSJ).Universiti Teknologi Mara.

Noor Ezlin Ahmad Basri, Mohd Asadi Abdullah Zawawi, Shahrom Md Zain, Wan Nur’ashiqin Wan Mohamad dan Anuar Kasa. (2016). Effects of an Awareness Programme on the Perception of Engineering Students at the Universiti Kebangsaan Malaysia Towards Solid Waste Recycling Rractices. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities. 24 (S): 1 – 14 (2016).

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Pichtel, J. (2005). Waste Management Practices: Municipal, Hazardous and Industrial. Boca Raton, Florida: Taylor and Francis Group.

Seow Ta Wee. (2003). Pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Diperolehi pada 5 Mei 2020. Daripada http://eprints.uthm.edu.my/2585/1/94.pdf.

Seow Ta Wee dan Indera Syahrul Mat Radzuan. (2016).Sikap Masyarakat terhadap Program Kitar semula: Kajian kes di daerah Batu Pahat, Johor. Journal of Techno-Social. 75-86.

Sisa.my@Malaysia (2011). Pengurusan sisa pepejal di Malaysia diakses pada 23 Julai 2020. Dari http://www.sisa.my/cmssite/content.php?lev=2&cat=29&pageid=783&lang=bm.

Tchobanoglous, T., Theisen, H., dan Vigil, S. A. (1993) Integrated solid waste management: Engineering principles and management issues. MacGraw-Hill, Singapore.

Zaini Sakawi, Katiman Rostam dan Abd Rahim Md Nor (2008). Kepentingan pertumbuhan Premis Kitar Semula Dalam Pengurusan Sisa di Malaysia. Jurnal e-Bangi, 3(1), 10.

Downloads

Published

2020-06-29

How to Cite

Mamat, M. S. bin, & Mohd Najib, S. A. binti. (2020). Pendidikan Amalan Kitar Semula Sisa Pepejal kepada Masyarakat: Recycling Solid Waste Practices and Education to Community. GEOGRAFI, 8(1), 43–69. https://doi.org/10.37134/geografi.vol8.1.3.2020

Issue

Section

Articles