Analisis Frekuensi Kejadian Bencana Tanah Runtuh di Negara-negara Sedang Membangun
Frequency Analysis of Landslide Catastrophe in Developing Nations
Keywords:
Tanah runtuh, bencana, intensiti hujan, aktiviti seismik, negara-negara sedang membangunAbstract
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pola kejadian bencana tanah runtuh di negara-negara yang sedang membangun dan juga membuat perbandingan kekerapan kejadian dalam kalangan negara tersebut. Kajian ini menggunakan data sekunder tanah runtuh yang didapati melalui laman web United State Geological Survey (USGS) bagi jangka masa 2006 hingga 2013. Data dianalisis berdasarkan masa dan juga bilangan negara dan diperincikan dalam bentuk jadual dan juga graf. Hasil kajian mendapati, corak kejadian bencana tanah runtuh dalam tempoh kajian secara kasarnya menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2006, China merupakan antara negara yang paling kerap mengalami tanah runtuh dan diikuti dengan Nepal pada tahun 2007. Tahun 2008, 2009 dan 2010 pula sekali lagi didominasikan oleh China, kemudian Brazil pada 2011, China kembali pada 2012 dan akhir sekali Mexico pada 2013. Punca-punca bencana ini telah dikenal pasti yang mana ia berlaku bukan sahaja disebabkan pembangunan yang pesat dan modifikasi yang ekstrem terhadap alam sekitar tetapi terdapat juga pengaruh iklim, topografi kawasan, dan juga bencana sekunder iaitu susulan daripada kejadian bencana lain sebelumnya seperti gempa bumi dan juga ribut taufan.
This paper aims to provide analysis of landslide patterns in developing countries and to compare the frequency of occurrences among those countries. The study used secondary data of landslides obtained from United State Geological Survey (USGS) website from 2006 to 2013. The data were then analysed the based on time and number of countries involved the results were illustrated in the form of tables and graphs. The findings reveal that, roughly an increasing pattern of landslide occurrences from 2006 to 2013. In 2006, landslides frequently occurred in China and followed by Nepal in 2007. However, in 2008, 2009 and 2010, the occurrences of landslides once again cousentrated in China, then Brazil in 2011, China again in 2012 and finally Mexico in 2013. The causes have been identified not only due to rapid development and extreme modification to the environment per se, but influences of climate, topography conditions, and also triggered by other disasters such as earthquakes and typhoons.