Penggunaan Ilmu Qira’at dalam Ayat Hukum berdasarkan Tafsir Al-Quran di Nusantara

Authors

  • Sukhairu Sulaiman Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
  • Mohamad Marzuqi Abdul Rahim Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol2.1.3.2024

Keywords:

Ilmu Qiraat, Nusantara, Tafsir al-Quran, Turjuman al-Mustafid, Nur al-Ihsan, Marah Labid

Abstract

Pentafsiran ayat al-Quran oleh ulama Nusantara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menghuraikan sesebuah ayat al-Quran termasuklah ilmu Qiraat. Kebanyakan karya tafsir yang ada di Nusantara menghuraikan maksud dari ayat al-Quran dan perkara-perkara lain yang berkaitan tanpa menghuraikan khilaf Qiraat yang wujud pada ayat tersebut. Kajian ini memfokuskan penggunaan ilmu Qiraat dalam tafsir al-Quran di Nusantara iaitu Turjuman al-Mustafid, Tafsir Nur al-Ihsan dan Marah Labid yang merupakan hasil karangan ulama Nusantara. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat-ayat hukum di dalam al-Quran yang mengandungi khilaf Qiraat yang dikemukakan oleh mereka dengan metode yang tersendiri. Kajian yang bersifat kualitatif ini dilakukan dengan menganalisis maklumat yang diperolehi dari sumber primer dan juga sekunder. Kajian mendapati sebanyak 99 tempat di dalam tafsir ini yang membincangkan mengenai ilmu Qiraat samada dari aspek akidah, akhlak dan fiqh yang merangkumi soal ibadah, munakahat, muamalat, jinayah dan jihad. Pecahan dari jumlah tersebut adalah 29 tempat di dalam Turjuman al-Mustafid yang mewakili sebanyak 29 peratus, manakala sebanyak 8 tempat di dalam Tafsir Nur al-Ihsan yang mewakili sebanyak 8 peratus sementara sebanyak 62 tempat di dalam Marah Labid yang mewakili sebanyak 63 peratus. Ini menunjukkan ulama di Nusantara telah menghuraikan ayat-ayat al-Quran di dalam karya mereka dengan kaedah yang tersendiri termasuk penggunaan ilmu Qira’at.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah Basmeih, 2013. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran 30 Juz, Kuala Lumpur: Darul Fikir.

‘Abbas, Fadl Hasan, 2008. al-Qira’at al-Qur’aniyyah wa Ma Yata’allaqu Biha, Amman: Dar al-Nafa’is.

‘Abd. al-‘Alim, Muhammad Mahmud, t.th. Ahkam al-Tajwid wa Fada’il al-Qur’an, Kaherah: Syarikat al-Syamarli.

’Abd. al-Rauf al-Fansuri, 2014. Turjuman al-Mustafid Terjemahan Tafsir al-Baydawi, Kuala Lumpur: Khazanah Fataniyyah.

Afriadi Putra, 2014. Khazanah Tafsir Melayu, Studi Kitab Tafsir Tarjuman al-Mustafid Karya Abd Rauf al-Singkili, Jurnal Syahadah, 2(2), 44-58.

Ahmad Baha’ bin Mokhtar & Muhammad Lukman bin Ibrahim, 2012. Ikhtilaf Qiraat Kitab Tarjuman al-Mustafid oleh Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri: Satu Sorotan, Proceedings The 2nd Annual International Quranic Conference, 22-23 Febuari, Universiti Malaya.

Ahmad Rifa’i Hasan, 1987. Warisan Intelektual Islam Indonesia, Telaah Atas Karya-Karya Klasik, Bandung: Pustaka Mizan.

Ansor Bahary, 2015. Tafsir Nusantara: Studi Kritis Terhadap Marah Labid Nawawi al-Bantani. Jurnal Ulul Albab, 16(2), 176-190.

Fathullah Munadi, 2010. Mushaf Qiraat Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari Dalam Sejarah Qiraat Nusantara. AL-BANJARI, 9(1), 59-75.

Ikmal Zaidi bin Hashim, 2011. Qiraat dalam Tafsir Marāh Labid li Kashf Ma‘na al-Qur’ān al-Majid Karya Sheikh Nawawi al-Bantani. Kertas Seminar Wahyu Asas Tamadun, Universiti Sains Islam Malaysia, 28 dan 29 November 2011).

Mazlan Ibrahim, Jawiah Dakir & Muhd Najib Abdul Kadir, 2018. Pengenalan Tokoh-Tokoh dan Kitab Tafsir Melayu Ulama Nusantara, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mohd Nazri Ahmad, Muhd Najib Abdul Kadir & Haziyah Hussin, 2016. Pengaplikasian Kaedah Tafsir al-Quran dengan Qira’at oleh Muhammad Said Umar di dalam Tafsir Nurul Ihsan. Jurnal al-Turath, Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 1(1), 65-73.

Muhammad Sa’id bin Umar, 1971. Tafsir Nur al-Ihsan, Fatani, Thailand: Matba’ah ben Halabi.

Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi, 1997. Marah Labid li Kasyf Ma’na al-Qur’an al-Majid, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Mustaffa Abdullah, 2011. Khazanah Tafsir di Nusantara, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya (UM).

Musyrifah Sunanto, 2005. Sejarah Peradaban Islam Indonesia, Jakarta: PT Raja Granfindo Persada.

Samsul Munir Amin, 2009. Sayyid Ulama Hijaz Biografi Syaikh Nawawi al-Bantani, Yogyakarta: Pustaka Pesantren.

Wan Mohd. Shaghir Abdullah, 1995. Koleksi Karya Ilmiah Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah Mengenai Fikrah Wawasan Tokoh Dunia Melayu Dalam Majalah Dewan Budaya, Dakwah, al-Islam dan Kiblat 1989-1995, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Zulkifli Mohd Yusoff & Wan Nasyrudin Wan Abdullah, 2005. Tarjuman al-Mustafid: Satu Analisa Terhadap Karya Terjemahan. Jurnal Pengajian Melayu, 2(16), 156-173.

Downloads

Published

2024-02-06

How to Cite

Sulaiman, S., & Abdul Rahim, M. M. (2024). Penggunaan Ilmu Qira’at dalam Ayat Hukum berdasarkan Tafsir Al-Quran di Nusantara. AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture, 2(1), 23–37. https://doi.org/10.37134/almakrifah.vol2.1.3.2024