BAHASA ARAB UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: SATU KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN

ARABIC FOR EARLY CHILDHOOD EDUCATION: A NEED ANALYSIS STUDY

  • Mohammad Taufiq Abdul Ghani Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Wan Ab Aziz Wan Daud Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: Bahasa Arab untuk tujuan khusus, bahasa Arab, pendidikan awal kanak-kanak, pembelajaran bahasa, analisis keperluan, arabic for specific purpose, Arabic language, early childhood education, language learning, need analysis

Abstract

Pembelajaran bahasa penting untuk pendidikan awal kanak-kanak di negara yang pelbagai budaya seperti Malaysia. Justeru, guru prasekolah memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendidikan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Pembelajaran bahasa, khususnya bahasa Arab telah mendapat perhatian dalam kalangan pendidik pada masa kini. Oleh itu, penyelidikan ini menerangkan keperluan dan kepentingan bahasa Arab dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Borang Soal selidik tertutup telah diedarkan kepada 80 orang pelajar yang mengikuti kursus diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kota Bharu, Kelantan manakala boring soal selidik terbuka telah diedarkan kepada tujuh (7) orang guru prasekolah di Kota Bharu untuk meneroka kepentingan bahasa Arab dalam kalangan pendidik kanak-kanak. Analisis kuantitatif deskriptif digunakan untuk menganalisis data melalui penggunaan perisian statistik IBM SPSS. Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati bahawa keupayaan untuk memahami istilah-istilah asas yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu keperluan yang penting bagi pelajar pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM). Keadaan ini berlaku kerana istilah berkenaan digunakan oleh pelajar-pelajar dalam pengajian dan di alam pekerjaan kerana mereka dikehendaki mengajar bahasa Arab di prasekolah. Di samping itu, kemahiran bahasa Arab juga memberikan kelebihan dan nilai tambah kepada mereka kerana dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam pengendalian kelas.

Language learning is necessary for early childhood education in a culturally diverse country like Malaysia. In this regard, pre-school teachers play an important role in implementing language learning education in the classroom. Language learning, especially Arabic language has gained attention among educators nowadays. Hence, this research explores the need and the significance of Arabic language in the field of early childhood education. Questionnaire was adopted as a research tool for data collecting. The close-ended questionnaire wss administrated to 80 students studying for a diploma in early childhood education in MARA Poly-Tech College (KPTM), Kota Bharu, Kelantan and open-ended questionnaire was distributed among seven (7) pre-school teachers to explore the significance of Arabic language to early childhood educators. Descriptive quantitative analysis was employed to analyze the data through the use of IBM SPSS statistical software. In general, the study found that developing the capacity to understand the basic terms related to early childhood education is one of the most important needs of early childhood education student at the Mara College of Poly-tech (KPTM), as these terms are used by the students in their studies and in their workplace where they are required to teach Arabic in kindergarten. In addition, Arabic language proficiency also provides value added advantage from them as they can improve their communication skill and use them in the classroom.

Published
2018-12-21
How to Cite
Abdul Ghani, M. T., & Wan Daud, W. A. A. (2018). BAHASA ARAB UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: SATU KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 7, 70 - 82. Retrieved from http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/927