Perubahan Peranan Pemuzik dalam Persembahan Boria Awal Abad Ke-21

The Changes of the Musicians’ Role in the Early 21st Century Boria Performance

Authors

  • Noor Rafizal Paharul Rozi USM
  • Azrul Azizi Amirrul USM

DOI:

https://doi.org/10.37134/juraisembah.vol4.1.1.2023

Keywords:

kelestarian, muzik boria, pemeliharaan dan pemuliharaan, persembahan boria, teater tradisional

Abstract

Kajian ini melihat tentang perubahan peranan pemuzik dalam teater tradisional boria pada awal abad ke-21 di Pulau Pinang. Muzik merupakan salah satu daripada lima elemen yang terdapat dalam persembahan boria. Fungsi muzik digunakan dalam segmen kedua persembahan boria oleh komponen pemuzik. Perkembangan zaman menyebabkan muzik boria yang bercirikan tradisional terpaksa bersaing dengan hiburan popular pada lewat abad ke-20 sehingga peranan pemuzik kian diabaikan oleh sebilangan kumpulan boria. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor penyingkiran peranan pemuzik dalam persembahan boria pada awal abad ke-21 dan mengemukakan kelebihan disebalik penggantian pemuzik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan temu bual dengan tiga orang tokoh boria dan pemerhatian terhadap persembahan lima kumpulan boria di Pulau Pinang. Hasil kajian ini mendapati faktor utama penyingkiran peranan pemuzik dalam persembahan boria kini adalah disebabkan pembayaran yang terhad oleh pihak penganjur. Bagaimanapun, apabila penggunaan format digital seperti MP3 digunakan, ia terbukti bahawa terdapat juga kelebihannya setelah penyingkiran pemuzik berlaku seperti dapat menjimatkan kos perbelanjaan kumpulan boria. Namun begitu, sewajarnya pemeliharaan dan pemuliharaan peranan pemuzik boria harus dilakukan oleh pelbagai pihak agar tidak pupus ditelan arus pemodenan, meskipun sukar untuk diwujudkan semula.

Abstract:
This study examines the changes in the musicians’ role in traditional theatre, boria, in the early 21st century in Pulau Pinang. Music is one of the five elements that can be found in a boria performance. The musical function is used in the second segment of the boria performance by the musicians’ component. Over time, traditional boria music has been forced to compete with popular entertainment in the late 20th century, to the extent that some boria groups are increasingly ignoring the role of the musicians. This study aims to identify the factors that eliminate the musicians’ role in boria performances in the early 21st century and propose the advantages behind substituting the said musicians. The study uses a qualitative method that involves interviews with several prominent boria figures and observations of the performances of five boria groups in Pulau Pinang. The study found that the main factor in eliminating the musicians’ role in boria performances is now due to limited payment by the organizers. However, the use of digital formats, such as MP3, has shown many advantages after the elimination of musicians. One of the advantages is the cost-saving for boria groups. Therefore, it is appropriate for various parties and organizations to preserve and conserve the musicians’ role to prevent it from being swallowed up by modernization, even though it may be difficult to recreate.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ferdhaus Sazali, Masitah Muhibudin, & Badaruddin Mohamed. (2014). Warisan kebudayaan boria dan pelancongan. Dalam M. K. Abdul Rahman, T. Masron, & M. I. Ahmad (Eds.), Merekayasa kearifan tempatan: Citra seni dalam teknologi. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Jibran dipetik daripada Kalsom. (2015, Oktober). Boria dapat perhatian kembara bahasa. Berita Harian Online. Dicapai 6 Julai 2020. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/92426/boria-dapat-perhatian-kembara-bahasa

Mahani Musa. (2003). Boria Muharam: Antara kreativiti dan realiti masyarakat Melayu Pulau Pinang abad ke-19 dan ke-20. Wacana Seni Journal of Arts Discourse. 2(2), 19-39. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol2-2003-2/pdf

Mahd. Ishak Abdul Razak. (1979). Sejarah boria. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.

Mohd. Ghouse Nasuruddin. (2000). Teater tradisional Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pravina, M., Mohd Azam Sulong, & YM Raja Azuan Nahar Raja Adnan. (2011). Muzik tradisional muzik sinketik. Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia.

Rahmah Bujang. (1987). Boria a form of Malay theatre. Institute of SE Asian Studies.

Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. (1988). Budaya popular dalam masyarakat Melayu bandaran. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Downloads

Published

2023-06-27

How to Cite

Paharul Rozi, N. R., & Amirrul, A. A. (2023). Perubahan Peranan Pemuzik dalam Persembahan Boria Awal Abad Ke-21: The Changes of the Musicians’ Role in the Early 21st Century Boria Performance. Jurai Sembah, 4(1), 1–8. https://doi.org/10.37134/juraisembah.vol4.1.1.2023