Konsep Ulul Albab dalam Al-Quran dan hubungannya dengan pembelajaran kursus Sains, Teknologi dan Manusia di UTM Kuala Lumpur

Authors

  • Nik Mohd Zaim Ab Rahim Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Zilal Saari Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Ahmad Marzuki Mohamad Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Mohd Hambali Rashid Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nor Izzati Mohamad Norzilan Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/firdaus.vol2.2.7.2022

Keywords:

Ulul albab, sains dan teknologi, budaya berfikir, kursus STM, generasi wasatiyyah

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk meneliti konsep Ulul Albab dalam al-Quran dan hubungannya dengan proses pembelajaran kursus Sains, Teknologi dan Manusia (STM) di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Istilah Ulul Albab disebutkan sebanyak 16 kali dalam al-Quran menerusi pelbagai surah dan ayat. Ia membawa makna seseorang yang memiliki ketajaman instuisi dan intelektual yang tinggi untuk mendepani cabaran zaman. Sepuluh tajuk dalam STM antara lain mengetengahkan perihal falsafah dan budaya ilmu, perpindahan ilmu dari dunia Islam ke Barat, isu-isu semasa dan penyelesaiannya terhadap sains dan teknologi serta sumbangan ilmuan Muslim dalam bidang berkaitan sains dan teknologi. Penelitian ini berbentuk tinjauan dan metode analisis isi kandungan diaplikasi bagi mendapatkan data, manakala metode induksi dan metode deduksi digunakan bagi menganalisis data. Hasil penelitian mendapati pengajaran dan pembelajaran kursus STM mempunyai hubungan yang signifikan dengan konsep tazakkur dan tafakkur dalam Ulul Albab yang menekankan kesepaduan antara zikir dan fikir. Ini dapat dilihat umpamanya dalam bab pertama mengangkat tema tafakkur yang selari dengan penggunaan akal dan pembudayaan ilmu dalam Islam. Tegasnya, kursus STM memberi penekanan kepada pewujudan pemikiran wasatiyyah, realistik dan saintifik yang dihasratkan oleh pihak kerajaan menjelag tahun 2050.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Quran al-Karim.

Acikgenc, Alparslan (2014). Islamic Scientific Tradition in History. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.

Adnan, A.A.Z. & Rahman, M.S.A. (2021). Analisis sistematik terhadap ayat-ayat Ulul Albab dalam al-Quran dan pemetaan model pemikiran Ulul Albab. Dlm. E-proceeding 1st International e-Conference of Ulul Albab. Tanjong Malim: UPSI. 338-346.

Ahmad Rifai (2020). Konsep Ulu Al-Albab Dalam al-Quran dan Implementasinya Dalam Pendidikan Islam. Skripsi Sarjana Pendidikan Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta. Tidak diterbitkan.

Nik Mohd Zaim Ab Rahim et. al (2022). Penghayatan Kehidupan dan Ketersediaan Mahasiswa Melalui Pembelajaran Bermakna Melalui Kursus Sains Teknologi & Manusia (STM) Di UTM Kuala Lumpur. dlm. Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail & Mashitah Sulaiman (peny.). E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami (i-STET) 2022. Nilai: Penerbit USIM. pp. 433-439.

Ramli Awang et. al (2014). Sains, Teknologi dan Manusia. cet. 3. Johor Bahru: Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.

Ramli Awang et. al (2020). Sains, Teknologi dan Manusia. cet. 8. Johor Bahru: Akademi Tamadun Islam, FSSH Universiti Teknologi Malaysia.

Downloads

Published

2022-09-15

How to Cite

Ab Rahim, N. M. Z., Saari, Z., Mohamad, A. M., Rashid, M. H., & Mohamad Norzilan, N. I. (2022). Konsep Ulul Albab dalam Al-Quran dan hubungannya dengan pembelajaran kursus Sains, Teknologi dan Manusia di UTM Kuala Lumpur. Firdaus Journal, 2(2), 72–78. https://doi.org/10.37134/firdaus.vol2.2.7.2022

Issue

Section

Articles