Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu

The concept of traditional poetry between Arabic and Malay literatures

Authors

  • Nazri Atoh Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Saipolbarin Ramli Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Zamri Arifin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
  • Zubir Idris Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Puisi Tradisional, Kesusasteraan Arab, Kesusasteraan Melayu, Persamaan, Perbezaan

Abstract

Kesusasteraan merupakan pancaran pemikiran yang dihasilkan oleh sesuatu bangsa, sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Kesusasteraan Melayu mendapat pengaruh daripada bahasa dan kesusasteraan Arab dengan kedatangan pedagang Arab di Tanah Melayu. Hal ini membawa kepada lahirnya karya puisi Melayu kesan daripada tradisi sastera Arab. Bertitik tolak dengan keakraban bahasa Arab dengan bangsa Melayu, maka kajian ini dijalankan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian. Pendekatan perbandingan pula digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Kajian ini mendapati bahawa terdapat persamaan yang ketara antara puisi Arab dengan puisi Melayu pada penggunaan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan mengandungi unsur imaginasi dan muzik. Bait dalam bentuk mashtur dan manhuk dalam puisi tradisional Arab menyerupai puisi tradisional Melayu yang dizahirkan dengan satu-satu baris. Dari sudut lain, setiap bait puisi tradisional Arab diakhiri dengan rima yang sama, manakala puisi tradisional Melayu tidak disyaratkan agar setiap bait diakhiri dengan rima yang sama. Bait puisi tradisional Arab biasanya dibentuk dengan dua shatr, tetapi puisi tradisional Melayu biasanya dihasilkan dengan satu-satu baris. Setiap bait dalam puisi tradisional Arab mendukung satu makna yang lengkap, manakala pantun dalam puisi tradisional Melayu memerlukan satu rangkap untuk membawa satu makna.

 Abstract

Literature is a reflection of thoughts produced by a nation, whether in oral or written form. Malay literature gained influence from Arabic language and literature with the arrival of Arab traders in Malaya. This led to the birth of Malay poetry from the influence of Arab literary tradition. Starting with the Arabic language familiarity with the Malays, this study is conducted to analyze the similarities and differences of traditional poetry concepts between Arabic literature and Malay literature. This study uses a library approach to collect information related to the study. Comparative approach is used to analyze the similarities and differences of traditional poetry concepts between Arabic literature and Malay literature. This study found that there is a significant similarity between Arabic poetry and Malay poetry on the use of words that has a certain order and contained elements of imagination and music. Verse in the form of mashtur and manhuk in traditional Arabic poetry resembles a traditional Malay poem that is presented with one line. On the other hand, every verse of traditional Arabic poem ends with the same rhyme, while traditional Malay poetry is not required to every verse ends with the same rhyme. The traditional Arabic poem is usually formed with two shatrs, but traditional Malay poetry is usually produced in one line. Each verse in traditional Arabic poetry carries a complete meaning, while pantun in traditional Malay poetry requires a quatrain of lines to bring a meaning.

Keywords: Traditional poetry; Arabic literature; Malay literature; Similarities; Differences

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Halim Ali. 2013. Mendekati Puisi Melayu Tradisional. Tanjong Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

A. Halim Ali. 2016. Pendidikan Kesusasteraan Melayu dalam Pelbagai Isu dan Perspektif. Dlm. A. Halim Ali dan Norazimah Zakarian (pngr.). Pendidikan Kesusasteraan Melayu dalam Pelbagai Isu dan Perspektif. Shah Alam: NHA Resources.

Abdul Mutalib Abdul Ghani (pngr.). 1983. Syair Siti Zubaidah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Tammam. 1982. Diwan Abi Tammmm bi Sharh al-Khatib al-Tabrizi. cAzzam, Muhammad cAbduh (penyt.). Kaherah: Dar al-Macarif.

Amin, Ahmad. 1967. al-Naqd al-Adabi. Beirut: Dar al-Kutub al-cArabi.

cAtiq, cAbd al-cAziz. 2006. cIlm al-cArud wa al-Qafiyah. Al-Qahirah: Dar al-Afaq al-cArabiyyah.

Bashshar bin Burd. 1991. Diwan Bashshar bin Burd. Mahdi Muhammad Nasir al-Din (pnyt.). Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyah.

Dayf, Shawqi. 2004. Fi al-Naqd al-Adabi. Al-Qahirah: Dar al-Macarif.

Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Hashimi, Ahmad. 2014. Mizan al-Dhazab fi Sinacah Shicr al-cArab. al-Tunji, Muhammad (pnyt.). Beirut: Syarikah Dar Maktabah al-Macarif Nashirun.

Ilham, Andri. 2015. Puisi Arab dan Protes Sosial: Kajian Struktur-muatan Puisi Sha’alik Pra-Islam. Arabiyat: Jurnal Pendidikan Bahasa Arab dan Kebahasaaraban 2(2):154-166

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. 2015. Kesusasteraan Melayu Tradisional sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis. Jurnal Komunikasi 31(2):183-194.

Nazri Atoh & Zamri Arifin. Tanda-tanda ‘Malam’ dalam Qasidah Imri’ al-Qays dan Persepsi Pelajar Melayu tentangnya. Jurnal Melayu 11:51-61

Pradopo, Rachmat Djoko. 1995. Pengkajian Puisi. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Qudamah bin Jacfar. T.th. Naqd al-Shicr. Khafaji, Muhammad cAbd al-Muncim (pnyt.). Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyah.

Rahmah Ahmad H. Osman & Adli Yaakob. 2008. Al-Islam wa al-Adab al-Malayawi: Tahlil li Niqashat fi Maliziya. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Rahmah Ahmad H. Osman & Mohd Shahrizal Nasir. 2013. Unsur-unsur Retorik dalam Puisi Melayu al-Amin karya A. Samad Said. Jurnal Usuluddin 33:117-150.

Zahir bin Ahmad. 2005. Peranan Sastera Islam dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu. Jurnal Pengajian Melayu 15:254-265.

Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh. 2015. Pemikiran Melayu tentang Ilmu dan Adab dalam Puisi Melayu Tradisional. International Journal of Malay World and Civilisation (Iman) 3(2):121-129

Zurinah Hassan. 2012. Puisi Melayu Tradisional: Pantun, Syair, Gurindam, Nazam, Seloka. Ampang: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Downloads

Published

2020-06-15

How to Cite

Atoh, N., Ramli, S., Arifin, Z., & Idris, Z. (2020). Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu: The concept of traditional poetry between Arabic and Malay literatures. SIBAWAYH Arabic Language and Education, 1(1), 1–15. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/SIBAWAYH/article/view/3762