Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS
Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan [ISSN 1985-496X eISSN 2462-2435] is published by Universiti Pendidikan Sultan Idris and an interdisciplinary journal that provides a forum for communication and dissemination of knowledge through article social sciences and humanities researchers in South East Asian region. This journal is published twice a year in April and October, beginning 2024.

en-US me.perspektif@upsi.edu.my (Professor Dr. Azmil Hashim) asiah@upsi.edu.my (Asiah Abd Rahman) Fri, 26 Jan 2024 07:48:13 +0000 OJS 3.3.0.11 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Sikap masyarakat Iban terhadap Pendidikan di Sarawak, 1841-1963 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8295
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan sikap masyarakat Iban terhadap perkembangan pendidikan di Sarawak. Kedatangan badan mubaligh Kristian ke Sarawak membawa sinar baru dalam kehidupan masyarakat Iban kerana badan mubaligh berkenaan telah menubuhkan sekolah sebagai strategi dakwah mereka. Penubuhan sekolah tersebut membolehkan masyarakat Iban mendapatkan pendidikan formal. Ini kerana, sebelum penubuhan sekolah mubaligh, masyarakat Iban hanya mendapat pendidikan secara tidak formal. Sehubungan dengan itu, kajian dilakukan bagi meninjau sikap dan penerimaan masyarakat Iban terhadap perkembangan pendidikan di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis dokumen ke atas sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati masyarakat Iban menunjukkan dua sikap yang berbeza terhadap perkembangan pendidikan iaitu menerima dan menolak pendidikan. Golongan masyarakat Iban yang menerima pendidikan didorong oleh kesedaran mereka untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik manakala, golongan yang menolak pula disorong oleh keinginan masyarakat untuk mengekalkan tradisi, sikap ibu bapa yang tidak mahu berjauhan dengan anak serta faktor kemiskinan. Sikap negatif tersebut menyebabkan pendidikan masyarakat Iban berkembang perlahan berbanding pendidikan kaum lain.
Anita Junaidi, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali Copyright (c) 2024 Anita Junaidi, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8295 Fri, 26 Jan 2024 00:00:00 +0000 Kesan Ketidakupayaan Memiliki Rumah dalam Kalangan Kumpulan Berpendapatan Sederhana Bandar di Pulau Pinang https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8484
Pelbagai dasar dan strategi telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, isu ini masih belum dapat diselesaikan secara konklusif sehingga kini. Artikel ini membincangkan hasil kajian mengenai kesan multidimensi akibat ketidakmampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan golongan berpendapatan sederhana bandar di negeri Pulau Pinang. Satu tinjauan secara kualitatif telah dijalankan melalui kaedah temu bual mendalam dengan 30 orang ketua isi rumah berpendapatan sederhana bandar di negeri ini. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan empat dimensi utama kesan ketidakmampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan golongan yang dikaji iaitu kesan peribadi, geografi, kewangan dan fizikal. Implikasi kajian ini ialah keperluan untuk mengaplikasikan pendekatan multidimensi dan bersepadu dalam menganalisis masalah kemampuan pemilikan rumah supaya isu ini dapat diselesaikan secara efektif. Pendekatan ini selari dengan pendekatan pembangunan lestari yang memfokuskan keseimbangan antara aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar kehidupan manusia. Pendekatan multidimensi ini boleh membantu dalam penggubalan dasar dan strategi perumahan yang lebih konklusif pada masa hadapan.
Nor Malina Malek, Azrina Husin Copyright (c) 2024 Nor Malina Malek, Azrina Husin http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8484 Fri, 01 Mar 2024 00:00:00 +0000 Keperluan Kawalan Pencemaran Udara di Malaysia: Kesan Pembakaran Terbuka, Pelepasan Industri, Pengangkutan, Pertanian, dan Asap Rokok https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8386
Dunia kini menghadapi pelbagai cabaran alam sekitar. Tanah yang sihat, bekalan makanan bersih dan segar, dan air dan udara bersih hanyalah sebahagian daripada keperluan asas yang membolehkan manusia hidup. Namun dengan populasi yang semakin meningkat dan permintaan manusia terhadap sumber berharga bumi, pencemaran udara telah menjadi masalah berterusan di banyak negara di rantau Asia Tenggara, dan Malaysia adalah antara yang paling teruk terjejas. Oleh itu, memahami kesedaran tentang punca pencemaran udara adalah penting untuk memaklumkan pendekatan paling efektif kepada kerajaan untuk menangani masalah ini. Kajian ini membentangkan tinjauan keratan rentas yang dijalankan di Lembah Klang (iaitu Selangor dan Kuala Lumpur) untuk mengkaji persepsi dan pendapat penduduk Malaysia terhadap punca pencemaran udara iaitu pembakaran terbuka, pelepasan industri, pengangkutan, pertanian, dan asap rokok. Hasil kajian mendapati bahawa pembakaran terbuka, pelepasan industri, pengangkutan, pertanian, dan asap rokok merupakan punca kepada pencemaran udara. Daripada 207 responden, secara keseluruhannya, majoriti responden sedar bahawa pembakaran terbuka merupakan punca utama pencemaran. Implikasi menunjukkan keperluan untuk tindakan untuk menyebarkan kesedaran tentang pencemaran udara kepada keseluruhan penduduk, terutamanya berkaitan dengan risiko kesihatannya, serta strategi untuk meningkatkan persepsi kawalan tingkah laku, terutamanya berkaitan pembakaran terbuka, pelepasan industri, pengangkutan, pertanian, dan asap rokok.
Ku Nor Ayuni Ku Puteh, Nur Batrisyia Nordin, Mohammad Amir Hakimi Syamsul Amri, Nurul Hidayana Mohd Noor Copyright (c) 2024 Ku Nor Ayuni Ku Puteh, Nur Batrisyia Nordin, Mohammad Amir Hakimi Syamsul Amri, Nurul Hidayana Mohd Noor http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8386 Mon, 01 Apr 2024 00:00:00 +0000