https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/issue/feed Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan 2024-03-12T02:09:40+00:00 Dr. Nadirah binti Mohd Azmi me.perspektif@upsi.edu.my Open Journal Systems
Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan [ISSN 1985-496X eISSN 2462-2435] is published by Universiti Pendidikan Sultan Idris and an interdisciplinary journal that provides a forum for communication and dissemination of knowledge through article social sciences and humanities researchers in South East Asian region. This journal is published twice a year in April and October, beginning 2024.

https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8295 Sikap masyarakat Iban terhadap Pendidikan di Sarawak, 1841-1963 2023-09-23T02:39:21+00:00 Anita Junaidi Anitajunaidi_94@yahoo.com Wan Noorlizawati Wan Mat Ali noorlizawati@fsk.upsi.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan sikap masyarakat Iban terhadap perkembangan pendidikan di Sarawak. Kedatangan badan mubaligh Kristian ke Sarawak membawa sinar baru dalam kehidupan masyarakat Iban kerana badan mubaligh berkenaan telah menubuhkan sekolah sebagai strategi dakwah mereka. Penubuhan sekolah tersebut membolehkan masyarakat Iban mendapatkan pendidikan formal. Ini kerana, sebelum penubuhan sekolah mubaligh, masyarakat Iban hanya mendapat pendidikan secara tidak formal. Sehubungan dengan itu, kajian dilakukan bagi meninjau sikap dan penerimaan masyarakat Iban terhadap perkembangan pendidikan di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis dokumen ke atas sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati masyarakat Iban menunjukkan dua sikap yang berbeza terhadap perkembangan pendidikan iaitu menerima dan menolak pendidikan. Golongan masyarakat Iban yang menerima pendidikan didorong oleh kesedaran mereka untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik manakala, golongan yang menolak pula disorong oleh keinginan masyarakat untuk mengekalkan tradisi, sikap ibu bapa yang tidak mahu berjauhan dengan anak serta faktor kemiskinan. Sikap negatif tersebut menyebabkan pendidikan masyarakat Iban berkembang perlahan berbanding pendidikan kaum lain.
2024-01-26T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Anita Junaidi, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8484 Kesan Ketidakupayaan Memiliki Rumah dalam Kalangan Kumpulan Berpendapatan Sederhana Bandar di Pulau Pinang 2023-10-09T00:53:43+00:00 Nor Malina Malek malina@usm.my Azrina Husin azrina@usm.my
Pelbagai dasar dan strategi telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, isu ini masih belum dapat diselesaikan secara konklusif sehingga kini. Artikel ini membincangkan hasil kajian mengenai kesan multidimensi akibat ketidakmampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan golongan berpendapatan sederhana bandar di negeri Pulau Pinang. Satu tinjauan secara kualitatif telah dijalankan melalui kaedah temu bual mendalam dengan 30 orang ketua isi rumah berpendapatan sederhana bandar di negeri ini. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan empat dimensi utama kesan ketidakmampuan untuk memiliki rumah dalam kalangan golongan yang dikaji iaitu kesan peribadi, geografi, kewangan dan fizikal. Implikasi kajian ini ialah keperluan untuk mengaplikasikan pendekatan multidimensi dan bersepadu dalam menganalisis masalah kemampuan pemilikan rumah supaya isu ini dapat diselesaikan secara efektif. Pendekatan ini selari dengan pendekatan pembangunan lestari yang memfokuskan keseimbangan antara aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar kehidupan manusia. Pendekatan multidimensi ini boleh membantu dalam penggubalan dasar dan strategi perumahan yang lebih konklusif pada masa hadapan.
2024-03-01T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Nor Malina Malek, Azrina Husin https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8386 Keperluan Kawalan Pencemaran Udara di Malaysia: Kesan Pembakaran Terbuka, Pelepasan Industri, Pengangkutan, Pertanian, dan Asap Rokok 2024-02-07T01:47:09+00:00 Ku Nor Ayuni Ku Puteh kunorayuni242@gmail.com Nur Batrisyia Nordin batrisyiaida@gmail.com Mohammad Amir Hakimi Syamsul Amri amirhakimi91099@gmail.com Nurul Hidayana Mohd Noor nurulhidayana@yahoo.com
Dunia kini menghadapi pelbagai cabaran alam sekitar. Tanah yang sihat, bekalan makanan bersih dan segar, dan air dan udara bersih hanyalah sebahagian daripada keperluan asas yang membolehkan manusia hidup. Namun dengan populasi yang semakin meningkat dan permintaan manusia terhadap sumber berharga bumi, pencemaran udara telah menjadi masalah berterusan di banyak negara di rantau Asia Tenggara, dan Malaysia adalah antara yang paling teruk terjejas. Oleh itu, memahami kesedaran tentang punca pencemaran udara adalah penting untuk memaklumkan pendekatan paling efektif kepada kerajaan untuk menangani masalah ini. Kajian ini membentangkan tinjauan keratan rentas yang dijalankan di Lembah Klang (iaitu Selangor dan Kuala Lumpur) untuk mengkaji persepsi dan pendapat penduduk Malaysia terhadap punca pencemaran udara iaitu pembakaran terbuka, pelepasan industri, pengangkutan, pertanian, dan asap rokok. Hasil kajian mendapati bahawa pembakaran terbuka, pelepasan industri, pengangkutan, pertanian, dan asap rokok merupakan punca kepada pencemaran udara. Daripada 207 responden, secara keseluruhannya, majoriti responden sedar bahawa pembakaran terbuka merupakan punca utama pencemaran. Implikasi menunjukkan keperluan untuk tindakan untuk menyebarkan kesedaran tentang pencemaran udara kepada keseluruhan penduduk, terutamanya berkaitan dengan risiko kesihatannya, serta strategi untuk meningkatkan persepsi kawalan tingkah laku, terutamanya berkaitan pembakaran terbuka, pelepasan industri, pengangkutan, pertanian, dan asap rokok.
2024-04-01T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Ku Nor Ayuni Ku Puteh, Nur Batrisyia Nordin, Mohammad Amir Hakimi Syamsul Amri, Nurul Hidayana Mohd Noor https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/8567 Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Hafazan al-Quran di Institusi Tahfiz Terpilih Daerah Kuching, Sarawak 2024-01-22T01:11:22+00:00 Syed Abdul Aziz Wan Yusuf 2018808352@isiswa.uitm.edu.my Hadenan Towpek hadenan298@uitm.edu.my
Sungguhpun pengajian hafazan al-Quran menjadi teras pendidikan terutamanya di negara-negara Arab secara umum, namun ia boleh dikatakan baharu di Malaysia yang bermula puluhan tahun kebelakangan ini khususnya di negeri Sarawak. Justeru itu, artikel ini berobjektifkan untuk menganalisis persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran di institusi pengajian tahfiz al-Quran (IPTQ) terpilih, Daerah Kuching, Sarawak. Kajian ini menggunakan metode tinjauan soal selidik sebagai metode utama kajian. Terdapat enam konstruk kaedah PdP hafazan al-Quran. Ia terdiri daripada talaqqi> dan musya>fahah, takri>r, kefahaman, tasmi>‘, tadarrus dan kita>bah. Kajian ini menggunakan prosedur persampelan bukan kebarangkalian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Ia dibahagikan mengikut klasifikasi lokasi premis IPTQ terpilih di Daerah Kuching dengan ciri-ciri tertentu. Ia melibatkan sejumlah 318 responden pelajar yang terdiri daripada 196 responden lelaki (61.64%) dan 122 responden perempuan (38.36%). Hasil kajian mendapati persepsi responden terhadap kaedah PdP hafazan al-Quran secara keseluruhannya berada pada tahap rendah (min = 2.01; s.p = 0.33). Dapatan ini menunjukkan bahawa responden kajian memberi persepsi terhadap pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan dan amalan kaedah PdP hafazan al-Quran di IPTQ terpilih masih lagi pada tahap yang rendah. Namun, dari sudut turutan kelas keutamaan persepsi penerimaan pelajar terhadap kaedah PdP hafazan al-Quran dari yang tertinggi kepada yang terendah adalah seperti berikut Kaedah Tasmi>’ (292 responden, 91.82%), Kaedah Talaqqi> dan musya>fahah (291 responden, 91.5%), Kaedah Takri>r (284 responden, 89.3%), Kaedah Tadarrus (248 responden, 77.98%), Kaedah Kita>bah (242 responden, 76.10%), dan Kaedah Kefahaman (199 responden, 62.58%). Jelaslah kaedah tasmi>‘ dan kaedah talaqqi> dan musya>fahah juga menjadi pilihan utama menjadi amalan berterusan para pelajar dalam PdP hafazan al-Quran. Secara keseluruhannya hasil kajian ini mengakui keenam-enam kaedah ini masih lagi mendapat perhatian dan penekanan di kalangan penghafaz al-Quran. Para pelajar perlu komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan keenam-enam kaedah PdP ini supaya objektif PdP hafazan al-Quran dapat dicapai dengan lebih baik.
2024-04-25T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Syed Abdul Aziz Wan Yusuf, Hadenan Towpek https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/9086 Sejarah dan Peranan Muslimat dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Negeri Terengganu pada tahun 1952 Sehingga 2004 2024-02-20T08:29:57+00:00 Noor Asyanti Abu Bakar asyantiabubakar@gmail.com
Sejarah penglibatan wanita dalam politik di Malaysia bermula sekitar tahun 1946 melalui penubuhan Kaum Ibu yang berkembang sehingga tertubuhnya Pergerakan Wanita United Malays National Organisation (UMNO). Manakala, dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), penglibatan wanita bermula pada 3 April 1952. Sejarah wanita dalam politik di Negeri Terengganu kurang dibahas oleh para pengkaji politik. Kajian Mohd Soud Said (1999) hanya membincangkan peranan muslimat di daerah Kuala Terengganu. Justeru, kajian ini bertujuan mensintesis maklumat sejarah muslimat di negeri Terengganu dari tahun 1952 sehingga 2004. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai status dan kedudukan muslimat dalam organisasi parti. Seterusnya menganalisis peranan muslimat dalam parti dan kerajaan negeri. Pendekatan kualitatif telah digunakan iaitu analisis dokumen dan manuskrip dari Arkib PAS. Kajian turut disokong oleh sumber yang diperoleh dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia serta temu bual tokoh-tokoh penting PAS. Hasil kajian telah mendapati muslimat PAS di negeri Terengganu telah berperanan sebagai pemimpin, naqibah, pendidik, dan aktivis kebajikan masyarakat. Suara mereka turut didengari dan menjadi sebahagian daripada pembuat keputusan. Selain itu, mereka juga terlibat dalam Dewan Ulama’, Dewan Pemuda dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), serta berperanan sebagai pendidik di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan naqibah usrah. Kesimpulannya, penglibatan dan pencapaian muslimat PAS membuktikan keberadaan mereka sebagai salah satu organ parti yang melengkapkan, sekaligus berjaya meningkatkan kuantiti dan kualiti ahli serta memperkasa peranan wanita dalam politik. Implikasi daripada kajian menunjukkan kepentingan penglibatan wanita sebagai pengimbang, rakan kongsi dan seterusnya menjadi suara bagi golongan mereka dalam meneruskan agenda pembangunan masyarakat dan negara.
2024-04-26T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Noor Asyanti Abu Bakar https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/9059 Pengaplikasian Konsep Kawalan Sosial dalam Komuniti Maya 2024-03-12T02:09:40+00:00 Mohamad Nazrul Mohd Azmian mohamadnaazrul98@gmail.com Muhammad Ridhwan Sarifin ridhwan.sarifin@fsk.upsi.edu.my Jusang Bolong jusang@upm.edu.my Nurhafizah Yusoff nur_hafizah@ukm.edu.my Muhamad Hariz Muhamad Adnan mhariz@fskik.upsi.edu.my Mohd Syariefudin Abdullah syariefudin@fsk.upsi.edu.my
Perkembangan teknologi digital telah mewujudkan masyarakat berdasarkan media di mana ruang manusia tidak lagi terbatas kepada kapasiti fizikal semata-mata. Ini membuka lebih banyak peluang bagi sesiapa sahaja untuk menggunakan media sosial untuk tujuan jenayah atau melakukan tingkah laku devian secara dalam talian jika tiada kawalan seperti gangguan seksual, penyebaran berita palsu, kebocoran data dan maklumat peribadi, dan lain-lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaplikasian konsep kawalan sosial dalam komuniti maya. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan berdasarkan data sekunder sebagai prosedur pengumpulan data. Keputusan kajian menunjukkan bahawa komuniti maya menggunakan media sosial untuk beberapa tujuan seperti hiburan, sokongan sosial, komunikasi, mencari maklumat, menjalin hubungan sosial, dan lain-lain. Keputusan juga menunjukkan bahawa konsep kawalan sosial dapat dilihat dari segi formal, informal serta dapat mengekang tingkah laku devian dan jenayah dalam komuniti maya. Kesimpulannya, masyarakat perlu menekankan elemen-elemen kawalan sosial dari segi formal melalui perundangan media, undang-undang dan pihak berkuasa. Manakala secara tidak formal adalah melalui pendidikan, adab, dan etika. Ini dapat mencipta persekitaran yang sejahtera dalam komuniti maya.
2024-04-26T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Mohamad Nazrul bin Mohd Azmian , Muhammad Ridhwan bin Sarifin, Jusang bin Bolong, Nurhafizah bin Yusoff, Muhamad Hariz bin Muhamad Adnan, Mohd Syariefudin bin Abdullah https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/9014 Kepentingan Komuniti Pembelajaran Profesional: Peningkatan Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Amalan Inklusif Guru 2024-02-21T04:00:22+00:00 Rosmalily Salleh rosmalily@moe.gov.my
Malaysia komited terhadap pendidikan inklusif yang berkualiti dan transformatif. Ini dijelaskan melalui lima inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025 selaras dengan ‘Incheon Declaration Education 2030’ yang menegaskan tentang perlunya pendidikan inklusif dan pembangunan profesional berterusan guru yang berkualiti. Walaubagaimanapun, amalan inklusif didapati tidak konsisten lantaran wujudnya kepelbagaian dan kerumitan praktis. Ini termasuk kepelbagaian etnik, budaya, bahasa, agama dan sistem persekolahan yang mempengaruhi promosi dan pelaksanaan pendidikan inklusif. Kajian ini menyelidiki perspektif guru tentang keperluan pembangunan profesional untuk pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah rendah. Kajian mengadaptasi pengkaedahan kualitatif. Data diperolehi dari lima buah sekolah: tiga dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan dua bukan PPKI. Seramai 25 guru termasuk pemimpin sekolah telah ditemubual secara individu dan 51 guru terlibat dalam lapan kumpulan fokus. Sebanyak sepuluh pemerhatian dilaksanakan sebelum aktiviti temubual individu. Data dianalisis secara tematik menggunakan perisian analisis kualitatif. Penyelidik menghujahkan bahawa pembudayaan aktiviti komuniti pembelajaran profesional, kefahaman tentang pendidikan inklusif, pengukuhan nilai dan sikap positif guru dalam meningkatkan profesionalisme mereka penting untuk meningkatkan amalan inklusif guru. Hasil dapatan dijangka dapat membantu pembangun polisi dan penggubal program pendidikan inklusif dalam menghasilkan modal insan berkualiti. Pihak berkepentingan dalam pendidikan juga dijangka akan dapat memanfaatkan dapatan kajian ini dalam mempergiatkan komuniti pembelajaran profesional.

Kata Kunci: Komuniti Pembelajaran Profesional, Inklusif, Pembangunan Profesional Berterusan, Pendidikan Inklusif, Pembelajaran Sepanjang Hayat
2024-06-26T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2024 Rosmalily Salleh