Sejarah dan Peranan Muslimat dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Negeri Terengganu pada tahun 1952 Sehingga 2004

Authors

  • Noor Asyanti Abu Bakar Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/perspektif.vol16.1.5.2024

Keywords:

Sejarah Penglibatan Wanita, Wanita dalam Politik, Muslimat, PAS, Terengganu

Abstract

Sejarah penglibatan wanita dalam politik di Malaysia bermula sekitar tahun 1946 melalui penubuhan Kaum Ibu yang berkembang sehingga tertubuhnya Pergerakan Wanita United Malays National Organisation (UMNO). Manakala, dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), penglibatan wanita bermula pada 3 April 1952. Sejarah wanita dalam politik di Negeri Terengganu kurang dibahas oleh para pengkaji politik. Kajian Mohd Soud Said (1999) hanya membincangkan peranan muslimat di daerah Kuala Terengganu. Justeru, kajian ini bertujuan mensintesis maklumat sejarah muslimat di negeri Terengganu dari tahun 1952 sehingga 2004. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai status dan kedudukan muslimat dalam organisasi parti. Seterusnya menganalisis peranan muslimat dalam parti dan kerajaan negeri. Pendekatan kualitatif telah digunakan iaitu analisis dokumen dan manuskrip dari Arkib PAS. Kajian turut disokong oleh sumber yang diperoleh dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia serta temu bual tokoh-tokoh penting PAS. Hasil kajian telah mendapati muslimat PAS di negeri Terengganu telah berperanan sebagai pemimpin, naqibah, pendidik, dan aktivis kebajikan masyarakat. Suara mereka turut didengari dan menjadi sebahagian daripada pembuat keputusan. Selain itu, mereka juga terlibat dalam Dewan Ulama’, Dewan Pemuda dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), serta berperanan sebagai pendidik di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan naqibah usrah. Kesimpulannya, penglibatan dan pencapaian muslimat PAS membuktikan keberadaan mereka sebagai salah satu organ parti yang melengkapkan, sekaligus berjaya meningkatkan kuantiti dan kualiti ahli serta memperkasa peranan wanita dalam politik. Implikasi daripada kajian menunjukkan kepentingan penglibatan wanita sebagai pengimbang, rakan kongsi dan seterusnya menjadi suara bagi golongan mereka dalam meneruskan agenda pembangunan masyarakat dan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Artikel Jurnal

Abu Bakar bin Abdullah. (2011). Analysis on the Ruling Principles of Parti Islam Se Malaysia (PAS) in Administration and Development of the State of Terengganu within the Period of 1999-2004. International Journal of Business and Social Science, 2(7): 46-51.

Ilyas Abdullah (2018). Politik Baru Pasca PRU Ke-10: Analisis Terhadap Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu. Sains Insani, 3(1): 67-74.

Nor Rafidah Saidon. (2017). Faktor Kepimpinan dan Gender dalam Penglibatan Politik Wanita di Malaysia (1980-2013). Akademika 87(3): 61-73.

Sohaimi Abdul Aziz. (2011). Khatijah Sidek : Suara Pejuang Terpinggir yang Dibisukan dalam Sejarah Perkembangan Politik UMNO. Jurnal Akademika 81(3): 43-47.

Buku

Al-Quran Al-Karim. (2016). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Al-Quran Al-Karim : Tafsir Pedoman Muttaqin. (2014). Putrajaya : Bahagian Penerbitan JAKIM.

Abdullah Basmeih (2010). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur: Darul Fikir. cetakan 12.

Abu Bakar Abdullah. (2006). 50 Tahun PAS Terengganu 1956-2006. Kuala Terengganu: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Abū ‘Abd Allāh Muḥammad ibn Sa‘d. (1983). Kitāb aṭ-Tabaqāt al-Kubra. Beirut: Dār Sādir.

Abdul Halim Abu Syuqqah. (2009). Kebebasan Wanita (Tahrīr al-Mar’ah fī‘Asr al-Risālah). Jilid 1. Penterjemah : Farida Sulaeman. Shah Alam, Selangor: Pustaka Dini.

Andek Masnah Andek Kelawa. (1999). Kepimpinan Wanita Dalam Islam : Kedudukannya Dalam Syariah. Bangi, Selangor. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

HAMKA, Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (2004). Tafsir Al-Azhar Jilid 1. Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd. hal 537.

Harun Taib (1992). Muslimat Pembangun Ummah. Kuala Terengganu: PAS Negeri Terengganu.

Khatijah Sidek. (2010). Memoir Khatijah Sidek Puteri Kesateria Bangsa. Khatijah Sidek. Bangi: UKM Press (Cetakan Ketiga).

Lenore Manderson. (1970) Women Politics and Change, The Kaum Ibu UMNO, Malaysia, 1945- 1972. Kuala Lumpur, Oxford University Press.

Makmor Tumin (2006). Wanita di Malaysia: Perjuangan Menuntut Hak. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hal. 13.

Mohd Nasir Awang. (2004). Mengembalikan Kedaulatan Darul Iman. Kuala Terengganu : Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Shamsiah Fakeh. (2007). Memoir Shamsiah Fakeh dari AWAS ke Rejimen ke-10 . Petaling Jaya: Strategic Information & Research Development Centre.

Wan Hashim. (1995). Memoir Khadijah Sidek, Puteri Kesatria Bangsa. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yusuf al-Qaradawi. (2002). Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam. Penterjemah: Arsil Ibrahim, Kuala Lumpur: ABIM.

Sumber Internet

Sejarah Parti Islam Se Malaysia (2018). Dari https://pas.org.my/sejarah-parti-islam-se-malaysia-pas/.

Zawiyah Mohd Zain, Mohammad Agus Yusoff, Zaheruddin Othman. (2015). Internet dan kebangkitan demokrasi siber di Malaysia: Analisis Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008. Malaysia Journal of Society and Space 11 issue 6 (56 - 66) dari http://ejournal.ukm.my/gmjss.

Kertas Persidangan/ Prosiding

Khairunnisa Ahmad Hamidi & Zakaria Mustafa . (2013, Jun). Politik Gender: Perbandingan Peranan Wanita Dan Proses Politik Di Malaysia-Jepun: Halangan Dan Prospek. Paper at Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Pulau Pinang.

Tesis

Mohd Shafei Ngah. (1995). Kedudukan Wanita Dalam Parlimen Malaysia : Kajian Pendekatan Institusi Syura dalam Islam. Tesis Sarjana Fakulti Syariah, Akademi Islam Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Soud Said. (1999). Sejarah dewan muslimat Pas dan sumbangannya dalam politik Malaysia : suatu kajian di Kuala Terengganu (Tesis Sarjana). Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Nik Mayani Nik Wan Ku. (1995). Dewan Muslimat Parti Islam Semalaysia (PAS) Terengganu: Sumbangannya Terhadap Pembangunan Ummah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Siti Zafrina Mohd Zahari. (2013). Analisis Pensejarahan Penyertaan Calon Wanita Muslim Dalam Pilihanraya Umum Dari Tahun 1959-2008 Di Semenanjung Malaysia. (Tesis Sarjana). Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Zaireeni Azmi. (2001). Gender dan Politik : Kajian Kes ke Atas Wanita UMNO dan PAS di Terengganu dan Selangor. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Dokumen Arkib

Jabatan Arkib Dewan Muslimat PAS Pusat. (2006) Srikandi Mata Rantai Perjuangan. Kuala Lumpur: Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kerajaan Negeri Terengganu. (2000). Warta Darul Iman Tahun 1 Bil.9, 8.Oktober 2000, Kuala Terengganu: Unit Penerangan Negeri Terengganu.

Laporan Minit Mesyuarat Agung : Kertas Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Tahun 1998-2004.

Manhaj Usrah PAS Peringkat Taarif 1. Kuala Lumpur : Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat.

Mat Zain Mat Isa, (31 Ogos 2012). Terengganu letak muslimat hanya jika terpaksa. Harakah, Bil: 1771, 22.

Panduan Usrah Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan PAS Pusat; Laporan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu 1999 – 2003; Minit Mesyuarat Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan 2001.

Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (Pindaan 2011). Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Rakaman Video dan Audio

Siaran Darul Iman Edisi 1 & 2. (2003). Terengganu : Pustaka Unit Penerangan Negeri Terengganu.

Downloads

Published

2024-04-26

How to Cite

Abu Bakar, N. A. (2024). Sejarah dan Peranan Muslimat dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Negeri Terengganu pada tahun 1952 Sehingga 2004. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 16(1), 54–65. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol16.1.5.2024

Issue

Section

Articles