Impak Pelabuhan Lumut kepada pembangunan Daerah Manjung 1995-2010

Authors

  • Ahmad Fadzil Ahmad Shuhaili Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Khairi Ariffin Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.2.1.2023

Keywords:

Manjung, Pelabuhan Lumut, Sosioekonomi

Abstract

Kewujudan Pelabuhan Lumut yang terdiri daripada dua buah pelabuhan utama iaitu Terminal Maritim Lumut (LMT) dan Lekir Bulk Terminal (LBT) telah melonjakkan sektor ekonomi daerah Manjung. Bermula pada tahun 1995 sehingga tahun 2010, Pelabuhan Lumut telah berjaya mengendalikan sebanyak 25 juta tan kargo dan memperoleh banyak pencapaian yang membanggakan. Ia turut menjadi rakan strategik kepada Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) dan Vale S.A. Walaupun begitu, perjalanan sejarahnya kurang diketahui. Tambahan pula, kajian kontemporari mengenai pelabuhan lebih banyak tertumpu kepada pelabuhan besar yang lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan Pelabuhan Lumut dan turut menjelaskan kesan pembangunannya terhadap perkembangan daerah Manjung pada tahun 1995-2010. Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif yang menggunakan analisis dokumen. Ia melibatkan analisis yang kritis terhadap rekod-rekod, surat rasmi, undang-undang, laporan statistik Pelabuhan Lumut, surat pekeliling, data-data daripada pejabat Parlimen Lumut, Majlis Perbandaran Manjung dan sumber daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Laut, Jabatan Perangkaan dan lain-lain agensi yang berkaitan. Kajian ini telah membuktikan bahawa Pelabuhan Lumut berperanan sebagai pembangun prasarana dan infrastruktur, pusat industri, pembina ekosistem usahawan, peneraju kelestarian alam sekitar dan pelengkap ekosistem pendidikan maritim.  Kajian ini mampu menjadi panduan awal kepada pihak kerajaan dan agensi berkaitan tentang pembukaan dan pembangunan kawasan pelabuhan di Malaysia pada masa hadapan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bipin Babulal. (2017). Impak Pelabuhan Klang Terhadap Sejarah Perkembangan Sosiokonomi Selangor, 1972 – 2010. Tesis Sarjana. Jabatan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Chen, S. L., Jeevan, J., & Cahoon, S. (2016). Malaysian Container Seaport-Hinterland Connectivity: Status, Challenges and Strategies. The Asian Journal of Shipping and Logistics, 32(3), 127-138.

DOE/A1: Arkib Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, 1995-2000.

Hansard Dewan Negeri Perak, 1994.

J. M. Gullick. (1958). Indigenous Political Systems of Western Malaya, London: Athlone Press.

JKR/A1: Bank Laporan Jabatan Kerja Raya Daerah Manjung, 1995-2000.

Keong, C. H., Tiong, R. L. K., & Alum, J. (1997, May). Conditions for Successful Privately Initiated Infrastructure Projects. In Proceedings of the Institution of Civil Engineers-Civil Engineering (Vol. 120, No. 2, pp. 59-65). Thomas Telford-ICE Virtual Library.

LBT/A1: Fail Terminal Pukal Lekir, 1995-2000.

LP/A1: Fail Pelabuhan Lumut, 1995-2000.

LP/C1: Fail Pelabuhan Lumut, 2005-2010.

MIM/B1: Fail Arkib MIMET, 2000-2005.

Miskam, M. A., Zainal Alauddin, Z. A., & Mustafa, K. F. (2007). Performance Characteristic of a Cyclone Gasifier for Power Generation.

MPM/A1: Rekod Majlis Perbandaran Manjung, 1990-2000.

MPM/B1: Rekod Majlis Perbandaran Manjung, 2000-2005.

Othman Mohd Yatim. (1994). Dinding: Jajahan Istimewa di Perak. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.

PCB/A1: Arkib Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, 1995-2000.

PCB/B1: Arkib Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, 2000-2005.

TNB/C1: Dokumen TNBJ, 2005-2010.

VSA/C1: Fail Vale S.A, 2005-2010.

Downloads

Published

2023-11-02

How to Cite

Ahmad Shuhaili, A. F., & Ariffin, K. (2023). Impak Pelabuhan Lumut kepada pembangunan Daerah Manjung 1995-2010. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 15(2), 1–9. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.2.1.2023

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)