Keperluan Amalan Mu’aqabah Dalam Rumahtangga

Authors

  • Nurul Hanis Sufia Othman Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
  • Noornajihan Jaafar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
  • Ahmad Kamel Mohamed Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

DOI:

https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.2.2.2023

Keywords:

Rumahtangga, Hisbah, Mu’aqabah, Pegawai Rundingcara

Abstract

Keharmonian dalam berumah tangga merupakan salah satu aspek penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Pasangan yang ideal dan sempurna adalah impian setiap individu. Walau bagaimanapun, asam garam dalam hubungan suami isteri tidak lain dan tidak bukan menjadi satu lumrah yang perlu dihadapi. Setiap tingkah laku dan bahasa pertuturan ialah elemen yang sangat penting untuk dititikberatkan kerana disitulah bermulanya pembinaan hubungan yang baik. Perkara ini bukan sahaja mustahak bagi mengekalkan kemanisan hubungan suami isteri, bahkan ianya menjadi contoh tauladan untuk anak-anak yang saban hari berlegar-legar dalam rumah yang sama dan memerhatikan setiap situasi yang berlaku antara ibu bapa mereka. Justeru, bagi memastikan kelestarian dan atmosfera yang mendamaikan untuk seisi rumah, langkah yang betul perlu diamalkan sehingga setiap permasalahan dan kesilapan menjadi asbab kepada pembentukan akhlak yang murni serta dapat menyelesaikan pergolakan yang melanda. Melalui konsep hisbah yang dibawa oleh al-Ghazali, kajian ini menjadi satu elemen yang kurang diangkat sebagai amalan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan berumah tangga, iaitu konsep mu’aqabah. Kajian ini menggunakan dua pendekatan dalam pengumpulan data iaitu dokumen analisis dan temubual. Dua buah kitab yang dipilih sebagai sumber data ialah Siyar ‘Alam an-Nubala’ dan Faslu al-Khattab fi az-Zuhdi wa ar-Raqaiq wa al-Adab. Kajian lapangan turut dilakukan dengan menemu bual enam orang pegawai runding cara di enam buah pejabat agama negeri Kelantan. Kajian ini dibuat bagi menganalisis pengetahuan mereka tentang konsep mu’aqabah dan dijadikan bahan kaunseling dalam sesi runding cara kerana pegawai-pegawai runding cara perkahwinan mempunyai pengalaman yang luas dalam memberikan khidmat kaunseling kepada suami isteri yang menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka. Hasil kajian mendapati bahawa pegawai-pegawai rundingcara bersetuju, sekiranya konsep ini diterapkan dalam kehidupan berumah tangga dan konsep ini ternyata diguna pakai secara tidak langsung oleh pegawai runding cara dalam sesi khidmat nasihat yang diadakan di pejabat agama daerah masing-masing.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Quran

Abdullah Nasih Ulwan. (2019). Jalan Menuju Ketaqwaan. Sungai Buloh: Santai Ilmu Publication.

Ahmad Bashir Aziz. (2015). Pengurusan Islam alternatif pengurusan moden. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Al-Ghazali, Abi Hamid Muhammad Bin Muhammad. (1998). Ihya’ `ulum al-din Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Barker, R.L. (1984). Treating Couples in Crisis: Fundamentals and Practice in Marital Therapy. New York: Collier Macmillan Publishers.

Fathiyah Mohd Fakhruddin & Asmawati Suhid (2016). Proses Murabatah Al-Nafs Menurut Perspektif Al-Ghazali Bagi Membangunkan Individu Seimbang Dan Holistik. Jurnal AL-ANWAR, 2(2), 173-187.

Mardzelah Makhsin et al. (2012). Hisbah Pembelajaran Kendiri dalam Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education, 4(1), 45-60.

Mardzelah Makhsin. (2008). Hisbah: Sistem Pengawasan Dan Etika Pengurusan Islam, Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali & Hanit Osman. (2012). Kaunseling Dalam Islam. Cet ke-2. Negeri Sembilan: Penerbit USIM (Universiti Sains Islam Malaysia).

Muhammad bin Ismail al-Bukhari. (1997). Soheh al-Bukhari. Saudi: Ministry of Awqaf, Islamic Affairs, Da'wah and Guidance.

Muhammad Nasruddin. 2010. Faslu al-Khattab fi az-Zuhdi wa ar-Raqaiq wa al-Adab. T.P.

Syamsuddin Abu Abdullah. 2006. Siyar A’lam an-Nubala’. Darul Hadith. Kaherah

Siti Zalikhah Md. Nor. (2002). Kaunseling Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Downloads

Published

2023-11-16

How to Cite

Othman, N. H. S., Jaafar, N., & Mohamed, A. K. (2023). Keperluan Amalan Mu’aqabah Dalam Rumahtangga. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 15(2), 10–21. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.2.2.2023

Issue

Section

Articles