Kepekaan dan kefahaman pelajar terhadap aplikasi gender gramatikal dalam pembinaan ayat bahasa Sepanyol

Students' understanding and sensitivity towards grammatical gender applications in the construction of Spanish sentences

Authors

  • Mariyati Mohd Nor Unit Bahasa Asia dan Eropah, Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Tan Lee Na Unit Bahasa Asia dan Eropah, Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Norhana Md. Salleh Unit Bahasa Asia dan Eropah, Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

gender gramatikal, atribusi, aplikasi, kesilapan, ayat

Abstract

Makalah ini meneliti kefahaman dan kepekaan pelajar terhadap aplikasi gender gramatikal dalam pembinaan ayat bahasa Sepanyol. Seramai 30 pelajar bahasa Sepanyol Tahap 1 dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Sebanyak 20 ayat diberikan kepada pelajar untuk dianalisis sama ada mempunyai kesilapan gender gramatikal atau tidak dan ayat ini perlu diperbetulkan oleh pelajar. Kajian ini memilih pelajar tahap novis kerana bersesuaian dengan objektif kajian untuk menjelaskan kefahaman dan kepekaan pelajar terhadap atribusi gender gramatikal dalam ayat. Atribusi gender gramatikal yang menjadi fokus ialah kata nama, kata adjektif dan artikel yang terdapat dalam ayat. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman yang minimum dalam kalangan pelajar terhadap penggunaan gender gramatikal dalam pembinaan ayat. Pelajar mengalami kesukaran untuk menentukan gender kata nama terutama kata nama bagi objek tidak hidup dan tidak dapat menghubungkaitkannya dengan artikel dan kata adjektif yang bersesuaian. Dapatan juga menunjukkan kesilapan berlaku adalah disebabkan oleh kekeliruan dan ketidakpekaan sampel terhadap peri pentingnya unsur gender dan aplikasinya dalam sistem bahasa Sepanyol. Pengaruh bahasa ibunda (B1) dan bahasa kedua (B2) sampel juga mempengaruhi pemahaman pelajar dalam mengaplikasi gender gramatikal dalam ayat dan seterusnya menimbulkan kesukaran untuk menghasilkan ayat yang gramatis dan tepat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Dawson, M.L., Farrel, J, R., Gonzalez, T (2004). Dicho y Hecho Beginning Spanish 7th Edition : Von Hoffmann Press.

Hazlina Abdul Halim & Azidan Abdul Jabar, (2011). Kesilapan Penambahan dan Pengurangan dalam Pemerolehan Gender Gramatikal dalam kalangan pelajar Bahasa Perancis. Lingua 3: Universiti Putra Malaysia

Hazlina Abdul Halim. (2013). Analisis Kesilapan Dan Strategi Pembelajaran Gender Gramatikal Bahasa Perancis. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 13(1)

Maciuszek. J, Polak.M, Swiatkowska. N. (2019). Grammatical Gender influences Semantic Categorization and Implicit Cognition in Polish. Frontiers in Psychology Language Science. doi.org/10.3389/fpsyg.2019.02208

Mariyati Mohd Nor. (2015) Perbandingan bentuk kata adjektif bahasa Sepanyol dengan bahasa Melayu dalam penulisan pelajar IPTA, Tesis Ph.D yang tidak diterbitkan. Serdang: UPM.

Mariyati Mohd Nor. Norul Haida Reduzan & Shahril Ismail (2018) Isu dan Kesilapan Gender Gramatikal dalam Pembelajaran bahasa asing di IPTA. Jurnal Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka: Brunei.

Martinez-Gibson A.E. (2010) Comparative Study on Gender Agreement Errors in the Spoken Spanish of Heritage Speakers and Second Language Learners PORTA LINGUARUM 15, enero 2011 pp. 177-193

Mohd Nor, M., & Mohd Ariff Albakri, I. (2017). Kesilapan penggunaan kata adjektif bahasa Sepanyol dalam penulisan karangan pelajar Melayu di Universiti. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 9(2), 9 - 24. Retrieved from http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1756

Scherag, A., Demuth, L., Roesler,F., Neville, H.j., & Roeder, B.,(2004). The effects of late acquisition of L2 and the consequences of immigration on L1 for semantic and morpho-syntacticlanguage aspects. Cognition, 93, B97-B108.

Tight, D. G. (2006). The Relationship between Perceived Gender in L1 English and Grammatical Gender in L2 Spanish. In Selected Proceedings of the 7th Conference on the Acquisition of Spanish and Portuguese as First and Second Languages, ed. Carol A. Klee and Timothy L. Face, 149-160. Somerville, MA: Cascadilla Proceedings Project.

Published

2019-12-26

How to Cite

Mohd Nor, M., Na, T. L., & Md. Salleh, N. (2019). Kepekaan dan kefahaman pelajar terhadap aplikasi gender gramatikal dalam pembinaan ayat bahasa Sepanyol: Students’ understanding and sensitivity towards grammatical gender applications in the construction of Spanish sentences. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 11(2), 15–25. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/2654