PENDETA https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA
The PENDETA [ISSN 1823-6812/ eISSN 2600-8696] began to publish its first issue in 2011. PENDETA is published twice a year (April & October start 2024) which dedicated to publishing original research and theory based articles as well as exploratory papers on Malay language, Malay studies, literature, linguistics, culture, Malay education and pedagogy. It is published by UPSI Press for the Faculty of Languages and Communication, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pejabat Karang Mengarang, UPSI, MALAYSIA en-US PENDETA 1823-6812 Penerapan Teras Hati Budi Melayu dalam Pengajaran Bahasa Melayu melalui Lakuan Pertuturan Guru https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/6001
Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, Teras Hati Budi Melayu (THBM) sangat relevan dijadikan nilai murni. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menjelaskan bentuk lakuan pertuturan guru dalam usaha menerapkan THBM dalam pengajaran bahasa; khususnya THBM dalam kelompok nilai. Kajian fenomenologi hermeneutik ini menggunakan pendekatan pragmatik berdasarkan Lakuan Pertuturan Searle (1969). Data kajian ialah 10 ujaran terpilih yang diambil daripada transkripsi rakaman video pengajaran Bahasa Melayu milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan THBM dalam PdP Bahasa Melayu boleh berlaku melalui lakuan pertuturan guru.
Muhammad Zuhair Zainal Hasmidar Hassan Aznan Che Ahmad Copyright (c) 2024 Muhammad Zuhair Zainal, Hasmidar Hassan, Aznan Che Ahmad http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-01-04 2024-01-04 15 1 1 15 10.37134/pendeta.vol15.1.1.2024 Kesantunan Bahasa dalam Novel KOMSAS Silir Daksina https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/8383
Kesantunan bahasa adalah penggunaan bahasa baik dan beradab serta menunjukkan penghormatan yang dapat menggambarkan peribadi mulia seseorang penutur. Novel-novel sastera kini dijadikan sebagai novel KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi murid sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti maksim kesantunan dalam dialog penceritaan novel Silir Daksina dan menganalisis berdasarkan Prinsip Kesantunan oleh Leech (1983). Pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis teks digunakan untuk menganalisis data dalam kajian yang dijalankan. Novel Silir Daksina oleh Nizar Parman (2010), digunakan sebagai data kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa semua enam maksim yang diperkenalkan oleh Leech (1983) digunakan dalam ujaran dialog novel Silir Daksina. Implikasi daripada kajian ini mampu memberi pendedahan kepada pembaca dan masyarakat berkenaan kepentingan penggunaan bahasa yang santun dalam sesebuah karya penulisan. Penggunaan bahasa dalam sesebuah karya penulisan yang diguna pakai untuk pembelajaran mencerminkan pembentukan generasi itu sendiri. Justeru, unsur kesantunan boleh memberi impak positif terhadap penggunaan bahasa murid sekolah menengah sekiranya ia diterapkan secara langsung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran.
Nor Hani Suhaimi Mohamad Nik Mat Pelet Copyright (c) 2024 Nor Hani Suhaimi, Mohamad Nik Mat Pelet http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-02-14 2024-02-14 15 1 16 26 10.37134/pendeta.vol15.1.2.2024 Pemupukan Nilai Budaya Bugis dalam kalangan Guru Bugis Membentuk Nilai Murni dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Rintis https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/8525
Guru merupakan agen sosialisasi yang berperanan penting untuk membentuk keperibadian murid selain ibu bapa. Latar belakang dan budaya yang melingkari kehidupan guru menjadi asas kepada guru untuk mendidik murid melalui keperibadian mereka semasa berada di sekolah khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Keperibadian mereka ini penting dalam memupuk karakter yang baik pada anak murid. Kajian ini dilakukan terhadap 186 orang guru etnik Bugis di beberapa buah sekolah di sekitar daerah Tawau dan Sandakan. Guru-guru Bugis dipilih kerana dalam budaya Bugis terdapat amalan budaya yang dikenali sebagai asas nilai yang diaplikasikan termasuklah Assitinajang (kepatutan), Reso (usaha), Siri’ Na Pacce/Pesse, Sipurepo’ (berat sama dipikul), Assimellereng (nilai kasih sayang) dan Sipakatau (nilai hormat menghormati). Guru-guru yang dipilih melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan yang dipilih secara rawak dengan menggunakan aplikasi goggle form. Analisis menunjukkan bahawa guru Bugis bersetuju bahawa penerapan budaya Bugis kepada pelajar amat penting dan mereka telah menerapkan budaya dalam menghubungkan nilai murni Bugis dari aspek verbal dan nonverbal. Ia memainkan peranan dalam mengintegrasikan murid tidak terhad semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi turut meliputi aktiviti di luar bilik darjah. Selain itu, didapati budaya Bugis memiliki signifikan dengan nilai murni yang dilihat sesuai untuk diterapkan kepada murid dari sudut perlakuan.
Asmiaty Amat Norsuhaila Sulaiman Abdul Hair Bedu Asis Norhuda Salleh Copyright (c) 2024 Asmiaty Amat, Norsuhaila Sulaiman, Abdul Hair Bedu Asis, Norhuda Salleh http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-02-14 2024-02-14 15 1 27 38 10.37134/pendeta.vol15.1.3.2024 Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang Komen Borneo Bulletin berkaitan gelombang kedua COVID-19 di Negara Brunei Darussalam https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/7203
Isu penularan wabak virus korona (COVID-19 seterusnya) dan kadar kematian seluruh dunia merupakan sebab utama hampir semua rakyat merasa cemas serta bimbang akan kesejahteraan masing-masing. Kebimbangan ini menyumbang kepada peningkatan komunikasi warga maya di semua platform media sosial sehingga meninggalkan komen-komen negatif tanpa terkawal. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan kata-kata makian oleh pengguna media sosial melalui aplikasi Facebook semasa penularan COVID-19 di NBD, khususnya pada gelombang kedua di NBD. Data yang diperolehi adalah berdasarkan komen pengguna melalui ruang Borneo Bulletin. Penelitian ini memfokuskan terhadap jenis dan kategori penggunaan kata-kata makian. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif teori Magnus Ljung (2011) untuk mengkategorikan tema penggunaan kata-kata makian oleh pengguna media sosial. Secara keseluruhannya, ditemui sebanyak 19 kata-kata makian yang digunakan dalam ruangan komen Borneo Bulletin semasa COVID-19. Kata-kata makian tersebut adalah Babal/Babalian, Mantingal, Mati, Gila, Paloi, Sial, Buduh, Baie, Babi, Banggang, Jubur, Talor, Taie, Setan/Syaitan, Damn, Bangsat, Celaka/Cilaka, Oh Hell dan Anjing/Anjir. 19 kata-kata makian yang telah digunakan adalah menunjukkan perasaan marah, tidak berpuas hati dan sebagainya dari pengguna semasa wabak COVID-19 melanda NBD. Metodologi kajian ini melibatkan dua langkah utama, iaitu pencatatan dan observasi komen serta analisis makna kata-kata makian yang digunakan. Dengan menggunakan metodologi tersebut, penelitian ini bertujuan untuk mengidentifikasi dan menganalisis jenis dan kategori penggunaan kata-kata makian dalam komen pengguna media sosial semasa penularan COVID-19 di NBD, terutama pada gelombang kedua. Dari hasil kajian ini, ditemui empat kata makian yang dominan digunakan oleh pengguna dalam ruangan komen Borneo Bulletin iaitu mantingal, gila, babal dan mati manakala kategori/tema name-calling merupakan tema yang paling dominan ditemui oleh masyarakat di NBD.
Farhanah Awang Sani Copyright (c) 2024 Farhanah Binti Awang Sani http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-04-25 2024-04-25 15 1 39 55 10.37134/pendeta.vol15.1.4.2024 Analisis Visual Protes Sosial dalam Laman Sesawang Terpilih: Satu Penelitian Wacana Kritis dan Semiotik https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/9134
Kajian ini mengkaji visual sosial terpilih di laman sesawang melibatkan visual protes. Dalam mengkaji peranan dan makna visual protes, kebanyakan kajian lebih terarah kepada visual yang lebih tular melibatkan hal kepolitikan, hiburan dan lain-lain di samping subjektiviti kepada khalayak tentang apa yang digambarkan dalam imej protes itu. Bahkan kajian seperti ini jarang diketengahkan lebih-lebih lagi melibatkan visual protes. Penelitian kajian ini memperlihatkan gabungan analisis wacana kritis dan semiotik dalam menghubungkan keseluruhan dimensi wacana dan visual yang terbina. Untuk tujuan ini, kajian mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif dan memanfaatkan dua teori utama iaitu, Teori Analisis Wacana Kritis oleh Fairclough (1992; 1995) dan Teori Kress dan Van Leuween (2006). Hasil kajian mendapati bahawa walaupun terdapat perbezaan dalam visual melibatkan protes yang berbeza namun kaum wanita juga dilihat memainkan peranan dalam konteks visual protes ini. Lakuan ini dipengaruhi oleh pendasaran perspektif terhadap permasalahan yang wujud secara khusus. Berdasarkan analisis, kelaziman penolakan isu ini pula dilihat berlaku di persekitaran awam dan latar tempat kediaman. Justeru, dapat dijelaskan bahawa sesebuah wacana yang terbina berupaya mempengaruhi budaya masyarakat tertentu melalui perspektif berbeza yang dilihat sebagai salah satu isu yang besar dan sensitif. Kajian ini penting untuk mengesan ideologi dan kuasa yang tersurat dan tersirat disebalik visual ini dalam sosiobudaya masyarakat tempatan.
Darwalis Sazan Md Zahril Nizam Md Yusoff Muhamad Fadzllah Zaini Copyright (c) 2024 Darwalis Binti Sazan, Md Zahril Nizam bin Md Yusoff, Muhamad Fadzllah bin Hj. Zaini http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-04-25 2024-04-25 15 1 56 70 10.37134/pendeta.vol15.1.5.2024 Nilai-Nilai Murni Keindahan Bahasa Dalam Rinait (Mantera) Masyarakat Kadazandusun Untuk Pendidikan Bahasa https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/9285
Penulisan ini bertujuan untuk mengetengahkan nilai-nilai murni keindahan bahasa dalam rinait (mantera) masyarakat Kadazandusun di Sabah yang kini semakin terpinggir dan dilupakan oleh generasi muda dalam masyarakat pendukungnya. Norjietta Taisin (2014) menyatakan mereka lebih terpengaruh kepada lagu-lagu moden tambahan pula yang melafaz dan melagukan rinait terdiri daripada golongan yang sudah berusia lanjut. Ia memerlukan kemahiran untuk melagukannya serta menyebut setiap kata-kata unik yang terdapat dalam rangkap rinait (mantera) sementara itu usaha-usaha untuk mendokumentasikan hasil sastera tersebut amat sedikit. Dalam kajian ini keadah yang digunakan adalah kualitatif menerusi temubual responden yang arif tentang amalan rinait seperti bobolian (dukun). Kajian lapangan juga telah dilaksanakan dengan menyertai upacara-upacara yang dijalankan berkaitan dengan rinait. Beberapa rinait yang diperoleh daripada responden mendapati bahawa terselitnya nilai-nilai murni dalam beberapa leksikal yang dikatakan mempunyai keindahan bahasa dalam rinait (mantera). Nilai-nilai murni yang dikenal pasti dalam rinait tersebut dapat diterapkan oleh guru dalam pendidikan bahasa untuk membentukkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Impaknya nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni dalam mewujudkan intergrasi nasional di Malaysia. Sementera itu. Beberapa leksikal yang telah dikenal pasti juga memberi satu ruang alternatif dalam pembentukan istilah baharu pendidikan bahasa Kadazandusun yang berkemungkinan besar istilah tersebut sesuai diterapkan ke dalam bahasa Melayu dan seterusnya berpotensi menyumbang kepada sumber istilah bahasa Melayu.
Julita @ Norjietta Taisin Minah Sintian Rosliah Kiting Copyright (c) 2024 Julita @ Norjietta Taisin, Minah Sintian, Rosliah Kiting http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-04-26 2024-04-26 15 1 71 80 10.37134/pendeta.vol15.1.6.2024 Pembelajaran Peribahasa Menurut Perspektif KSSM Bahasa Melayu: Analisis Menggunakan Pendekatan Semantik Inkuisitif https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/9410
Merujuk KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5, penguasaan peribahasa murid perlu merangkumi kemahiran memahami, menghubungkaitkan maksud dengan betul mengikut konteks, menghayati makna serta mengapresiasi peribahasa. Oleh itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti Pendekatan Semantik Inkuisitif sebagai kaedah pembelajaran peribahasa di peringkat sekolah menengah berdasarkan matlamat KSSM Bahasa Melayu. Kajian yang menggunakan kaedah analisis relasional (semantik) ini adalah berdasarkan Kerangka Kajian Semantik Inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Data kajian diambil daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5. Hasil kajian menunjukkan melalui analisis semantik inkuisitif, pembelajaran peribahasa berlaku secara menyeluruh bermula dengan memahami maksud kamus, diikuti dengan menghubung kait makna peribahasa mengikut konteks dan akhir sekali meneroka makna untuk mencungkil falsafah dan akal budi Melayu di sebalik pembentukan peribahasa.
Mohd Ridzuan Md Nasir Mary Fatimah Subet Copyright (c) 2024 Mohd Ridzuan Md Nasir, Mary Fatimah Subet http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-04-28 2024-04-28 15 1 81 93 10.37134/pendeta.vol15.1.7.2024 Looking for Russian – Tagalog Lexical and Grammatical Equivalents https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/9705
Analysis of lexical and grammatical equivalents in different languages is an essential and necessary aspect of acquisition of command of a foreign language and translation as a type of speech activity. To do it properly a student must understand that distribution of various components of meaning in languages can differ and word by word translation can cause losses of information that should be compensated by some other means that can be both lexical and grammatical. The Tagalog and Russian languages often use various sets of constituents of meaning in words to describe the world around and the content expressed grammatically in one language can be expressed lexically in the other. The fact that Tagalog is one of the agglutinative languages while Russian is an inflectional language makes the process of translation even more complicated. This article is an attempt to show some differences and similarities in semantic and grammatical components in several groups of words in Tagalog and Russian. Understanding of these peculiarities of the languages can make translation easier for the students.
Elena G. Frolova Copyright (c) 2024 Elena G. Frolova http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-04-28 2024-04-28 15 1 1 11 10.37134/pendeta.vol15.1.fa.1.2024