TY - JOUR AU - Ali, Abdul Halim PY - 2022/06/10 Y2 - 2024/03/29 TI - Karya Kesusasteraan sebagai satu Manifestasi fungsi Seorang Manusia: Literature Works as a Manifestation of the Function of a Human Being JF - PENDETA JA - PENDETA VL - 13 IS - 1 SE - Feature Article DO - 10.37134/pendeta.vol13.1.fa.2.2022 UR - https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/6934 SP - 11-25 AB - <p style="text-align: justify;">Makalah ini adalah sebuah analisis konseptual bertujuan membincangkan empat prinsip penting yang mendasari konsep asas teori <em>Estetika Bersepadu</em>. Konsep ini menjelaskan bahawa teks kesusasteraan memiliki padanan dengan ciri-ciri penciptaan manusia pertama iaitu nabi Adam a.s. yang dapat mendeskripsi makna keindahan. Penciptaan manusia disifatkan oleh Allah sebagai makhluk yang sempurna (indah) kejadiannya. Kesempurnaan ini tergambar pada proses penciptaannya yang berlaku secara sepadu melibatkan unsur fizikal (tanah) dengan unsur dalaman (roh). Manusia juga dibekalkan dengan akal dan ilmu yang menjadikan dirinya makhluk yang sempurna dan indah kejadiannya berbanding dengan seluruh makhluk yang lain. Penciptaan manusia pertama ini juga berkait secara langsung dengan keterangan al-Quran serta realiti fungsinya selaku khalifah bagi menyampaikan perutusan-perutusan Allah (Peciptanya) di atas muka bumi. Berasaskan proses dan hakikat penciptaan manusia inilah diambil sebuah referensi bagi mendeskripsikan konsep keindahan teks kesusasteraan yang dihasilkan pengarang bagi menyampaikan mesej kepada pembaca. Penciptaan manusia memenjelmakan empat aspek penting iaitu keadaman, kesepaduan, perkaitan dan keperibadian estetik yang dijadikan prinsip utama teori <em>Estetika Bersepadu</em> yang digagaskan oleh Abdul Halim Ali pada tahun 2010. Prinsip-prinsip ini secara holistik dapat menunjukkan bahawa karya kesusasteraan adalah sebuah karya yang indah dan praktikal dalam menjalankan fungsinya menyampaikan perutusan pengarang kepada pembaca sebagaimana fungsi manusia menyampaikan perutusan Sang Pencipta (Allah) kepada semua manusia.</p> ER -