TY - JOUR AU - NorHashim, Mohamad NorTaufiq AU - Abd Ghani, Aniswal PY - 2022/09/13 Y2 - 2024/03/29 TI - Pertembungan Bahasa antara Bahasa Parsi dan Bahasa Melayu: Penelitian dari Sudut Perubahan Makna Perkataan: The Malay-Persian Language Contact: Analysis from the Perspective of Meaning Change JF - PENDETA JA - PENDETA VL - 13 IS - 2 SE - Articles DO - 10.37134/pendeta.vol13.2.1.2022 UR - https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/6206 SP - 1-12 AB - <p>Antara bahasa asing yang turut menyumbang kepada pertambahan kosa kata bahasa Melayu ialah bahasa Parsi. Bahasa Parsi merupakan salah satu bahasa yang dituturkan di negara Iran dan negara berdekatan seperti Afghanistan, Tajikistan dan di beberapa negara lain lagi. Terdapat dua objektif utama kajian ini, iaitu mengenal pasti cara berlakunya pertembungan bahasa antara bahasa Parsi dan bahasa Melayu. Kedua ialah menganalisis kata pinjaman Parsi dalam bahasa Melayu dari sudut makna. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif. Kajian ini akan mengaplikasikan kerangka pedoman yang digagaskan oleh Collins (2003). Data kajian yang akan diteliti dari sudut makna diambil daripada kamus yang dihasilkan oleh Wilkinson (1901, 1902), iaitu <em>A Malay-English Dictionary</em>. Sebanyak lima data kata pinjaman Parsi terpilih diambil untuk dianalisis dari sudut makna. Pertembungan bahasa antara masyarakat Parsi dan Melayu telah menyebabkan berlakunya kemasukan perkataan Parsi dalam bahasa Melayu. Analisis kajian ini juga mendapati bahawa peminjaman yang berlaku telah menyebabkan kata pinjaman Parsi dalam bahasa Melayu mengalami penyempitan dan peluasan makna.</p> ER -