@article{Fadzil_Abdul Sukur_2020, title={Strategi Penterjemahan Kata Tabu dalam Teks Sastera}, volume={11}, url={https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/3876}, DOI={10.37134/pendeta.vol11.2.6.2020}, abstractNote={<p style="text-align: justify;">Kata tabu merupakan perkataan, frasa dan topik yang boleh menyebabkan penghinaan dan mendatangkan mudarat apabila digunakan dalam khalayak ramai (Qanbar, 2011). Namun, kata tabu sering digunakan dalam penulisan karya sastera. Penterjemahan kata tabu secara literal mendatangkan masalah kerana bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia yang mengamalkan aspek kesopanan. Oleh itu, makalah ini meneliti kata tabu dalam novel <em>The Catcher in the Rye</em> oleh J.D. Salinger pada 1951. Versi terjemahannya bertajuk <em>Wira Ladang</em> dan diterjemahkan oleh Zulkifli Ahmad pada 1999. Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam menterjemahkan kata tabu juga akan diteliti. Kategori kata tabu oleh Battistella (2005) dimanfaatkan untuk mengelaskan kata tabu. Strategi terjemahan oleh Baker (2011) diaplikasikan dalam analisis data. Dapatan kajian menunjukkan penulisan kata tabu dalam bahasa Inggeris boleh dikategorikan mengikut kategori Battistella (2005), iaitu kata julukan, kata kesat, kata cabul dan kata lucah. Strategi terjemahan Baker (2011) pula sesuai dimanfaatkan untuk mengatasi permasalahan kajian ini. Empat strategi terjemahan tersebut ialah terjemahan dengan perkataan yang lebih umum, terjemahan dengan perkataan yang lebih neutral, terjemahan parafrasa dengan menggunakan kata yang berkaitan dan pengguguran.  Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada penterjemah teks sastera dalam menentukan strategi penterjemahan perkataan tabu yang bersesuaian.</p>}, number={2}, journal={PENDETA}, author={Fadzil, Nur Anis and Abdul Sukur, Anis Shahirah}, year={2020}, month={Nov.}, pages={70–84} }