Representasi karya sastera kanak-kanak Malaysia di aplikasi Youtube
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.1.2025Keywords:
cerita binatang, lagu tradisional, hero, pemainan tradisional, YoutubeAbstract
Karya kesusasteraan kanak-kanak dalam bentuk media baharu merupakan satu usaha yang positif untuk mengembangkan dan memperkenalkan bidang kesusasteraan tempatan. Ini kerana generasi kanak-kanak kini lebih cenderung untuk melayari internet khususnya aplikasi Youtube bagi mencari hiburan. Namun dipastikan juga karya kesusasteraan kanak-kanak tempatan di Youtube kurang menerapkan identiti Melayu dan sudah terpengaruh dengan gaya animasi luar. Walaupun ada usaha untuk menerapkan elemen kemelayuan dalam karya kesusasteraan kanak-kanak ini namun dilihat masih lagi tidak mencukupi sehiggakan ramai kanak-kanak memilih untuk menonton karya sastera di Youtube dalam bahasa Indonesia. Hal ini sangat dibimbangi sekiranya karya kesusasteraan kanak-kanak tempatan dalam aplikasi Youtube tidak dapat menerapkan identiti Melayu kepada kanak-kanak akan mendatangkan masalah berbahasa pada masa hadapan. Kesannya akan menyebabkan kanak-kanak tempatan tidak dapat membezakan antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia dan mula mencampur-aduk perbualan harian dengan penggunaan bahasa Indonesia. Sehubungan itu, kajian ini akan mengenalpasti representasi karya kesusasteraan kanak-kanak tempatan di aplikasi Youtube dan menganalisiskan menggunakan kerangka aksiologi oleh Mohd Syahmir Alias dan Mohd Shukri Hanapi (2013). Kajian secara ilmiah ini dilakukan berkaitan lagu kanak-kanak masyarakat Melayu, cerita binatang dalam masyarakat Melayu, permainan tradisonal kanak-kanak Melayu, dan watak hero dalam masyarakat Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa karya sastera kanak-kanak tempatan terpilih diaplikasi Youtube sememang mempunyai elemen identiti Melayu dan boleh menarik minat golongan kanak-kanak untuk menonton namun kurang mendapat hebahan secara meluas.
Downloads
References
Ali, R., M., & Aziz, S., A., (2017). Perkembangan Kesusasteraan Kanak-kanak di Malaysia: Daripada Media Cetak kepada Media Digital. Sastera dalam Budaya dan Media. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Alias, A., (2017). Pengajaran Kreatif. dlm Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alias, M., S., & Hanapi, M., S., (2013). Aksiologi Ilmu dalam Al-Quran: Tumpuan Khusus Terhadap Nilai Hierarki Ilmu. Kuala Lumpur: Centre of Quranic Research.
Ghalim, S., A., A., & Shah, N., N., M., (2019). Pendidikan Awal Kanak-kanak Melalui Aplikasi Multimedia: Peranan Ibu Bapa dalam Memacu Perkembangan dan Keberkesanan Penggunaannya di Rumah. Media Baharu dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi MARA.
Isa, M., S., M., (2022: Ogos 2) 30 Permainan Tradisi Makin Pupus. Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/30-permainan-tradisi-makin-pupus/
Ishak, M., S., A., (2008). Buku Kanak-kanak di Malaysia Sebagai Warisan Hasil Seni. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Jono, R., J., (2022: April 9) Ibu Bapa Resan Anak Lebih Lancar Bahasa Indonesia. https://majoriti.com.my/netzkorner/2022/04/09/ibu-bapa-resah-anak-lebih-lancar-bahasa-indonesia
Junaidi, R., (2020). Persekitaran Kanak-kanak: Satu Penelitian Terhadap Novel Kanak-kanak Terpilih. PENDETA, Jilid 11, No. 1, 1 – 17.
Khamis, M., H., Abdullah, M., H., T., Azni, Z., M., & Allam, S., N., S., (2019). Keberkesanan Youtube dalam Dunia Pendidikan. Media Baharu dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi MARA.
Mahdi, M., S., Yunos, Y., Yusoff, M., Y., M., (2019) Wacana Identiti Melayu dalam Animasi Upin dan Ipin: Episod Dugaan dan Nikmat. Jurnal Melayu. Bil. 18 (2) 164 – 178.
Mahbob, M. H., Ming, Y. A., Jaafar, W. A. W., & Mustafa, M., (2011). Pengaruh "Youtube" Terhadap Keganasan Remaja. Malaysian Journal Of Youth Studies, Volume 4, 76 – 89.
Nasir, N. Y. M., & Hushim, N. (2022). Penelitian Kandungan Terhadap Siri Animasi Upin-Ipin, Boboiboy dan Omar dan Hana: Kajian Aspek Struktur Cerita. Jurnal Pengajian Melayu. JOMAS, Jilid 33 (1) 108 – 124.
Nasir, N., Y., M., Hashim, N., Hussain, E., M., & Embong, A., M., (2024). Eksplorasi Sastera Kanak-kanak dan Adaptasi: Analisis Terhadao Filem Animasi pin Ipin: Keris Siamang Tunggal dan Buku Cerita Kanak-kanak “The Malay Tale of The Pig King. PENDETA, Jilid 15, No. 2, 53 – 64.
Mohamad, M., Wahab, N., A., Mamat, S., Kummin, S., & Isa, N., A., M., (2017). Pengajaran Kreatif Melalui Program Web TV. dlm Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rahmat, H., (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yaakub, N., A., (2018: Januari 3). Kesan Positif dan Negatif Rancangan Animasi Luar Negara Ke Atas Jati Diri Kanak-kanak Malaysia. https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/kesan-positif-dan-negatif-rancangan-animasi-luar-negara-ke-atas-jati-diri-kanak-kanak-malaysia/
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Mohd Shukrey Ahmad
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.