Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah https://ojs.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI
Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah [eISSN 3036-0234] is a journal that encourages academic debate among scholars, academics, researchers and students. This journal seeks to cover all aspects of history, prehistory and history education. All themes related to history, prehistory and history education are covered in this journal without geographical and chronological boundaries. Articles, reviews, notes address contemporary issues, concerns, policies and practice, drawing upon those themes are also welcome. This journal is published twice a year (June & December) in electronic form.

Article contributions are welcome from scholars, academics, researchers and students from various institutions, based on the results of organized studies and research.
Pejabat Karang Mengarang, UPSI, MALAYSIA en-US Munsyi Jurnal Pengajian Sejarah Tembikar tanah sebagai barang perdagangan dan pencapaian teknologi masyarakat prasejarah https://ojs.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/9091
Tembikar tanah merupakan antara artifak yang biasa ditemui di tapak-tapak kajian arkeologi terutamanya tapak yang dilakukan ekskavasi arkeologi. Kebanyakan tembikar tanah ini dijumpai dalam bentuk pecahan dan amat sukat untuk menjumpai tembikar tanah yang lengkap dan masih utuh. Tembikar tanah merupakan artifak yang boleh dikatakan sezaman dengan budaya Neolitik, kerana budaya Neolitik telah menunjukkan masyarakatnya pada waktu itu telah mula tinggal di sesebuah kawasan dan tidak lagi berpindah randah seperti masyarakat sebelumnya. Terdapat beberapa pandangan pengkaji terdahulu yang menyatakan tembikar tanah merupakan bukti pemikiran berteknologi masyarakat Neolitik ini. Tembikar tanah boleh jadi dibuat di kawasan yang ditemui artifak tersebut dan boleh juga dibawa dari luar melalui urusan perdagangan antara masyarakat pedalaman dengan masyarakat pesisir. Bagi mengetahui sama ada tembikar tanah itu dibawa dari luar atau dibuat di kawasan tersebut, analisis secara saintifik digunakan bagi menilai sama ada tembikar yang dibuat dengan menggunakan tanah liat tempatan atau tanah liat luar. Kaedah sinar-x terbelau (X-ray diffraction) dan pendarkilau sinar-x (X-ray fluorescence) digunakan untuk mendapatkan kandungan mineral dan kandungan unsur utama serta unsur surih kandungan tembikar. Selain daripada kaedah secara radas makmal, kajian kepustakaan juga digunakan dengan mengumpulkan beberapa penulisan berkenaan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lampau. Jika tanah liat di kawasan berhampiran digunakan, jelaslah ianya dibuat di kawasan tersebut oleh masyarakat itu, manakala jika sumber tanah liat lain membuktikan wujudnya urusan perdagangan antara masyarakat setempat dengan masyarakat luar terutamanya masyarakat pesisir.
Muhamad Shafiq Mohd Ali Yunus Sauman Zuliskandar Ramli Copyright (c) 2024 Muhamad Shafiq Mohd Ali, Yunus Sauman, Zuliskandar Ramli https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-06-21 2024-06-21 2 1 1 20 10.37134/munsyi.vol2.1.1.2024 Koleksi Surat Persendirian Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba) Dalam Simpanan Arkib Negara Malaysia https://ojs.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/9349
Makalah ini membincangkan tentang ketokohan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan koleksi surat persendirian beliau di Arkib Negara Malaysia (ANM). Koleksi ini dikenalis sebagai Surat Persendirian Za’ba (SP18). Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian (i) Pemikiran dan kepercayaan Za’ba (ii) Koleksi Surat Persendirian Za’ba yang terdapat di Arkib Negara Malaysia (SP18). Tumpuan utama adalah untuk mempersembahkan idea dan pemikiran Za’ba yang diterjemahkan di dalam penulisannya serta sumber sejarah yang boleh diakses oleh masyarakat awam dalam koleksi SP18. Pendeta Za’ba, atau Zainal Abidin bin Ahmad, merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dikenali sebagai tokoh serba boleh dalam bidang bahasa, sastera, falsafah, politik, agama, dan pemikiran ekonomi. SP18 terdiri daripada 9,850 unit bahan dan ia termasuklah surat-menyurat, surat khabar dan majalah, terbitan, bahan pandang dengar, manuskrip, hasil penulisan, dan banyak lagi. Koleksi SP18 yang disimpan di Arkib Negara Malaysia merupakan aset berharga kerana ia merupakan sumber sejarah yang mendedahkan kepada pengkaji tentang pemikiran dan pandangan Za’ba berhubung isu yang diulasnya. Selama hampir 40 tahun, Za’ba aktif dalam penulisan dan penterjemahan, serta menjadi penulis rencana dan esei yang menggambarkan pemikiran dan pandangan beliau terhadap politik, ekonomi, agama, kemasyarakatan, bahasa, dan sastera. Pandangan Za’ba mendahului zamannya kerana membawa kesedaran bukan hanya kepada isu semasa tetapi juga isu-isu penting pada masa hadapan. Justeru, SP18 dijadikan sumber utama dalam kajian bagi para akademik dan banyak hasil kajian dan artikel dihasilkan berdasarkan koleksi surat persendirian berkenaan. Pemikiran Za’ba memberi dorongan kepada kemajuan bangsa dan negara Malaysia. Makalah ini membincangkan sumbangan Za’ba dan koleksi SP18 kepada masyarakat umum. Perbincangannya diharap akan menggalakkan kajian dalam pelbagai topik seperti karakteristik dan psikologi, kebudayaan Melayu, keibubapaan, kewartawanan, dan ketokohan dalam keagamaan. Ini kerana pemahaman tentang warisan intelektual Za’ba mendorong generasi masa kini untuk menghargai dan memahami peranan beliau dalam membentuk perkembangan sosial dan intelektual negara.
Siti Hawiyah Manan Copyright (c) 2024 Siti Hawiyah Manan https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 2024-06-21 2024-06-21 2 1 21 36 10.37134/munsyi.vol2.1.2.2024