KONSEP TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT BERCIRIKAN ISLAM: ANALISIS PANDANGAN ULAMA DI MALAYSIA

Corporate Social Responsibility Concept based on Islamic Perspective: Analysis on Malaysian Islamic Scholar Opinion

Authors

  • Azlinda Boheran Nudin Universiti Utara Malaysia, 06010, Kedah, Malaysia
  • Che Su Mustaffa
  • Mohd Khairie Ahmad

Keywords:

Tanggungjawab Sosial Korporat, Barat, Perspektif Islam, Pandangan Ulama, Kualitatif

Abstract

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah dipraktikkan di seluruh dunia dan dibincangkan oleh sarjana Barat sejak tahun 1917. Walaubagaimanapun, sehingga kini konsep CSR masih diperdebatkan berikut ketiadaan definisi yang jelas untuk menerangkan tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan oleh organisasi. Penelitian berkaitan CSR banyak dilakukan dari perspektif barat berbanding dengan penerokaan dari sudut keagamaan. Penelitian berkaitan konsep CSR berdasarkan perspektif keagamaan seperti perspektif Islam perlu dijalankan memandangkan Islam juga mempengaruhi perniagaan dan sosio ekonomi.Matlamat kajian ini adalah untuk meneroka berkaitan dengan konsep CSR menerusi perspektif keagamaan dengan memberi penekanan berkaitan dengan prinsip Islam. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu temu bual mendalam melibatkanlapan orang ulama sebagai informan kajian.Hasil kajian menunjukkan konsep CSR menurut perspektif Islam mengandungi maksud yang meliputi taqwa dan mengandungi prinsipamar makruf nahi mungkar, amanah, ikhlas, dan hablulminallah hablulminannas. Konsep CSR menurut perspektif Islam ini dilihat berbeza dengan perspektif Barat memandangkan CSR menurut perspektif Islam adalah berlandaskan kepada ajaran di dalam al-Quran dan as-Sunnah

Corporate Social responsibility (CSR) has been practiced widely over the world and discussed by western scholar from year 1917. However, until today the concept of CSR still being debated because of the definition to describe the responsibility that should be implemented by the organization still vague. Observation regarding CSR mostly done from the Western perspective compared to the exploration from the religious angle. The observation related to the CSR concept based on the religious perspective such as Islamic perspective has to be implemented since Islam influences business and socio economic too. The aim of the study is to explore the CSR concept through religious perspective by giving emphasis on Islamic principles. This study is conducted using qualitative in depth interviews involving eight Islamic scholar (Ulama) as the research informant. The finding indicates the concept of CSR according to the Islamic perspective containing meanings covering god consciousness (taqwa) and principle of ordering right and prohibing wrong (amar makruf nahi mungkar), trustworthiness (amanah), sincere (ikhlas) and relationship with God, men and the rest of Gods creation (hablulminallah hablulminannas). The concept of CSR according to the Islamic perspective is different from the Western perspective since CSR according to the Islamic perspective is based on the teaching in the Quran and as-Sunnah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-10-23

How to Cite

Nudin, A. B., Mustaffa, C. S., & Ahmad, M. K. (2016). KONSEP TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT BERCIRIKAN ISLAM: ANALISIS PANDANGAN ULAMA DI MALAYSIA: Corporate Social Responsibility Concept based on Islamic Perspective: Analysis on Malaysian Islamic Scholar Opinion. Management Research Journal, 5, 8–21. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1485