MODAL MANUSIA RAKAN SEKERJA DAN UPAH INDIVIDU: SATU KERANGKA KONSEPTUAL

Authors

  • Noor Fazlin Mohamed Noor Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Norimah Rambeli @ Ramli Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Azila Abdul Razak Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Kesan luaran, limpahan modal manusia, eksternaliti, upah, terlebih pendidikan (overeducated), Malaysia

Abstract

Kertas kerja ini merupakan kertas cadangan tesis ijazah kedoktoran tentang kesan eksternaliti pendidikan ke atas pertumbuhan upah individu. Pengaruh positif pendidikan ke atas pertumbuhan upah premium individu itu sendiri sememangnya banyak didapati di dalam kajian-kajian teori modal manusia samada di negara-negara sedang membangun mahupun negara-negara maju. Namun begitu, memandangkan kerja berpasukan semakin diutamakan oleh majikan, pendidikan itu sendiri mungkin tidak memadai lagi untuk meningkatkan produktiviti individu tanpa adanya pengaruh stok modal rakan sekerja di tempat kerja. Kemungkinan juga, limpahan modal manusia rakan sekerja boleh mengurangkan produktiviti individu jika rakan sekerja adalah terlebih didik (overeducated) memandangan kumpulan ini mempunyai tahap kepuasan dan upah yang rendah selain selalu bertukar-tukar kerja (job turnover). Sejauh mana pengaruh limpahan modal manusia rakan sekerja mendatangkan kesan positif atau negatif tidak dapat ditentukan kerana kajian sebegini begitu kurang dijalankan. Justeru, kertas kerja konsep ini cuba membincangkan bagaimana stok modal manusia rakan sekerja dan pertumbuhan upah inidivdu boleh berkait antara satu sama lain. Kajian empirikal ini berkemungkinan mempunyai implikasi yang lebih luas kerana jika limpahan modal insan rakan sekerja positif dan penting kepada pertumbuhan upah individu, maka pendapatan premium bagi pendidikan perlu ditafsirkan semula.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-10-22

How to Cite

Mohamed Noor, N. F., Rambeli @ Ramli, N., & Abdul Razak, A. (2015). MODAL MANUSIA RAKAN SEKERJA DAN UPAH INDIVIDU: SATU KERANGKA KONSEPTUAL. Management Research Journal, 4, 119–130. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1451