MODEL PENDIDIKAN PENGGUNA UNTUK SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

Consumer Education Model for Primary School in Malaysia

Authors

  • Norlia Mat Norwani Faculty of Management & Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Khalid Ismail Faculty of Management & Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Ibrahim Tamby Chek Faculty of Management & Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Ramlee Ismail Faculty of Management & Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Norasibah Abdul Jalil Faculty of Management & Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Consumer education, primary school, level 1, level 2, rights and responsibilities, model

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar-pelajar tentang tajuk-tajuk kepenggunaan yang dimasukkan dalam kurikulum di sekolah rendah dan menghasilkan satu model pendidikan pengguna untuk sekolah rendah di Malaysia. Dua set borang soal selidik disediakan iaitu satu set diedarkan kepada pelajar-pelajar di Tahap 1 dan satu set lagi diedarkan kepada pelajar-pelajar di Tahap 2. Soal selidik tersebut mengandungi soalan-soalan berkaitan pengetahuan pelajar tentang elemen-elemen yang terkandung dalam hak dan tanggungjawab pengguna. Sampel pelajar terdiri daripada 950 orang pelajar dari 38 buah sekolah yang mewakili Sekolah Rendah Kebangsaan di Malaysia bagi setiap Tahap 1 dan Tahap 2 mengikut zon (Utara, Tengah, Selatan, dan Timur) dan kawasan bandar serta luar bandar. Bagi persoalan tentang pengetahuan, dapatan kajian bagi Tahap 1 menunjukkan daripada tujuh hak dan tanggungjawab pengguna yang dicakupi dalam silibus, majoriti pelajar memahami hak dan tanggungjawab pengguna yang disoal kecuali bagi penglibatan dan tindakan serta tanggungjawab sosial. Bagi Tahap 2, daripada 12 yang dinilai, dua kategori hak dan tanggungjawab pengguna tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Implikasi kajian ialah pembinaan model pendidikan pengguna sekolah rendah yang mencakupi tujuh hak dan tanggungjawab yang perlu diterapkan kepada para pelajar. Sehubungan dengan ini, dua modul yang diberi tajuk ‘Pengguna Bestari’ digubal bagi pelajar Tahap 1 dan Tahap 2.

 

The purpose of this study was to identify the level of students' knowledge about consumer topics included in the curriculum of primary schools and provides a consumer model for primary education in Malaysia. Two sets of questionnaires were prepared, one set distributed to students in Level 1 and one set distributed to students in Level 2. The questionnaires contain questions related to knowledge about the elements contained in the rights and responsibilities of consumers. The sample consisted of 950 students from 38 schools representing National Primary Schools in Malaysia for both Level 1 andLevel 2 according to zones (North, Central, South, and East) and urban and rural areas. For questions about knowledge, the findings of Level 1 showed the seven rights and responsibilities are covered in the syllabus, the majority of students understand the rights and responsibilities of consumers questioned except for involvement and action and social responsibility. For Level 2, of the 12 categories, two categories of rights and responsibilities did not show satisfactory results. Implication of the study is the construction of a consumer education model for primary school education, which accounted for seven rights and responsibilities that must be nurtured to the students. In this regard, two modules entitled 'Smart Consumer' were designed for students in Level 1 and Level 2.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-10-22

How to Cite

Mat Norwani, N., Ismail, K., Tamby Chek, I., Ismail, R., & Abdul Jalil, N. (2013). MODEL PENDIDIKAN PENGGUNA UNTUK SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA: Consumer Education Model for Primary School in Malaysia. Management Research Journal, 2, 43–55. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1369

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>