Gambus: Tinjauan awal berasaskan gaya permainan di Johor

Authors

  • Mohd Nizam Attan Sultan Idris Education University

Keywords:

gambus, gaya permainan, Johor, muzik Malaysia, maqam

Abstract

Kehadiran pedagang Arab pada kurun ke -15 telah membawa bersama-sama kesenian ke alam Melayu. Di antara seni persembahan yang telah meresap ke dalam budaya Melayu terutama di negeri Johor adalah seperti zapin, ghazal, samrah, qasidah dan beberapa kesenian lain yang menggunakan gambus dalam persembahan mereka. Kajian ini merupakan kajian terhadap muzik gambus di negeri Johor yang berobjektif untuk membuat tinjauan awal tentang alat muzik, cara memegang, gaya memetik, sistem talaan, maqam yang digunakan serta analisis terhadap lagu-lagu gambus di Johor. Hasil penyelidikan ini dijangka dapat memberikan informasi tentang muzik gambus di Johor. Hasil penyelidikan ini juga dapat dijadikan sumber idea, informasi dasar dan pemahaman asas tentang gambus Johor dari sudut permainan dan lagu- lagu yang banyak memainkan peranan dalam membangunkan lagu-lagu Melayu di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-02-2012

How to Cite

Attan, M. N. (2012). Gambus: Tinjauan awal berasaskan gaya permainan di Johor. Malaysian Journal of Music, 1(2), 87–104. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/MJM/article/view/574