TINJAUAN KESAN PENGLIBATAN ATLET KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI MALAYSIA (KAKOM) TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

SURVEY ON THE EFFECTS OF ATHLETES INVOLVEMENT IN THE MALAYSIAN MATRICULATION CO-CURRICULUM CARNIVAL (KAKOM) ON THE ACADEMIC ACHIEVEMENT IN THE LABUAN MATRICULATION COLLEGE.

Authors

  • Mahamad Yusof Bin Abdul Rani
  • Asrul Bin Kamarulzaman
  • Mohammad Redzuan Bin Omar

Keywords:

atlet KAKOM, bukan atlet, pencapaian akademik, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

Abstract

Journal of Sports Science and Physical Education 5(2): 1-8, 2016 - Kajian ini mengkaji kesan penglibatan atlet Karnival Kokurikulum Sukan antara Kolej Matrikulasi (KAKOM) terhadap pencapaian akademik di Kolej Matrikulasi Labuan. Keseluruhan 200 responden kajian dipilih terdiri daripada pelajar atlet KAKOM (n=100) dan pelajar bukan atlet (n=100) dalam Semester 1, Sesi 2015/2016. Teknik persampelan bertujuan telah digunakan dalam pemilihan sampel yang mewakili jurusan pengajian masing-masing iaitu Perakaunan, Program Satu Tahun (PST) Modul 1, PST Modul 2 dan PST Modul 3. Data kajian ini diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada semua peserta kajian. Analisis Statistical Package for Social Science (SPSS) melalui statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min, peratusan dan sisihan piawai untuk setiap item serta melihat tahap pencapaian akademik (PNGK) atlet dan bukan atlet. Manakala statistik inferensi digunakan untuk melihat perbandingan skor min pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) antara atlet KAKOM dan bukan atlet berdasarkan ujian-t. Ujian-t juga digunakan untuk membandingkan tahap pencapaian atlet dan bukan atlet berdasarkan jantina. Keputusan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian akademik di antara pelajar atlet dan bukan atlet. Begitu juga dapatan pencapaian atlet dan bukan atlet berdasarkan jantina menunjukkan tiada hubungan yang signifikan. Daripada hasil kajian ini, pelajar seharusnya digalakkan untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi semasa di kolej kerana ia akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan pada masa yang sama tidak menjejaskan prestasi pelajaran. Kajian ini mendapati faktor bersukan bukanlah penyebab kepada kemerosotan pencapaian akademik tetapi terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi akademik yang perlu kajian lanjutan mengkhususkan kepada pelajar yang gagal dalam akademik.


Kata Kunci: atlet KAKOM, bukan atlet, pencapaian akademik, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-11-24

How to Cite

Abdul Rani, M. Y. B., Kamarulzaman, A. B., & Omar, M. R. B. (2016). TINJAUAN KESAN PENGLIBATAN ATLET KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI MALAYSIA (KAKOM) TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN: SURVEY ON THE EFFECTS OF ATHLETES INVOLVEMENT IN THE MALAYSIAN MATRICULATION CO-CURRICULUM CARNIVAL (KAKOM) ON THE ACADEMIC ACHIEVEMENT IN THE LABUAN MATRICULATION COLLEGE. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 5(2), 44–52. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/692