PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN, FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

EVALUATION ON THE IMPLEMENTATION OF BACHELOR OF EDUCATION PROGRAM, FACULTY OF SPORT SCIENCE AND COACHING

Authors

  • Julismah binti Jani
  • Abdul Rahim bin Mohd Shariff
  • Norkhalid bin Salimin
  • Mohd Izwan bin Shahril
  • Nelfianty binti Mohd Rasyid
  • Normah binti Jusoh
  • Jeffrey Low Fook Lee
  • Gunathevan a/l Elumalai
  • Nur Ikhwan bin Mohamad
  • Mohd Sani bin Madon

Keywords:

Penilaian program, Sains Sukan, Pendidikan Jasmani, kebolehpasaran, graduan

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dengan Kepujian di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan kebolehpasaran dalam bidang kerjaya. Sampel graduan adalah seramai 49 orang dari program ISMP (Sains Sukan), 25 orang dari ISMP (Sains Kejurulatihan) dan 9 orang ISMP (Pendidikan Jasmani) yang telah bergraduat dari tahun 2010 hingga 2014. Sampel majikan dan rakan sekerja graduan yang dikaji turut terpilih sebagai responden kajian ini. Manakala sampel temubual daripada graduan dan majikan adalah seramai 6 hingga 10 orang dari setiap program pengajian. Instrumen kajian berupa soal selidik dan borang protokol temubual yang mengandungi beberapa siri soalan berbimbing. Data dianalisis secara deskriptif, korelasi dan regresi. Hasil kajian ini mendapati bahawa penguasaan graduan dalam pengetahuan dan kemahiran terhadap kursus program pengajian yang mereka ikuti adalah pada tahap sangat baik bagi ketiga-tiga program ISMP dengan Kepujian di FSSK. Begitu juga, didapati graduan mencapai tahap sangat baik dalam pelaksanaan program dari aspek pengetahuan dan kemahiran semasa dan selepas pengajian. Aspek atribut dan potensi kebolehpasaran graduan dinilai pada tahap sangat baik oleh majikan dan rakan sekerja. Pada keseluruhannya keberkesanan pelaksanaan program tersebut mempunyai hubungan positif yang kuat dan signifikan di antara penguasaan kursus (input) dengan pelaksanaan program pengajian (proses) terhadap graduan di FSSK. Namun didapati hubungan di antara penguasaan kursus (input) dengan hasil graduan (produk) adalah positif sederhana tetapi tidak signifikan. Begitu juga hubungan di antara pelaksanaan program pengajian (proses) dengan hasil graduan adalah sederhana positif tetapi tidak signifikan kecuali bagi program ISMP (Sains Sukan) adalah positif sederhana dan signifikan. Hanya 23% diramalkan bahawa faktor penguasaan kursus (input) dan proses pelaksanaan program mempengaruhi hasil graduan terhadap keberkesanan pelaksanaan program ISMP (Sains Sukan) dengan Kepujian. Bagi program ISMP (Sains Kejurulatihan) dengan Kepujian, keberkesanan pelaksanaan program diramalkan 20% dipengaruhi oleh faktor penguasaan kursus (input) dan proses pelaksanaan program terhadap hasil graduan. Manakala keberkesanan pelaksanaan program ISMP (Pendidikan Jasmani) dengan Kepujian diramalkan 98% dipengaruhi oleh faktor penguasaan kursus (input) dan proses pelaksanaan program terhadap hasil graduan. Adalah disimpulkan bahawa program ISMP dengan Kepujian di FSSK dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan kebolehpasaran dalam bidang kerjaya. FSSK telah membina pelan tindakan bagi penambahbaikan untuk kebolehpasaran graduan dengan menyusun strategi antaranya mengkaji semula penawaran program ISMP (Sains Kejurulatihan) dengan Kepujian. Sehubungan itu, FSSK telah memperkukuhkan atribut pelajar dengan Kemahiran Insaniah, mempergiatkan aktiviti Kinesiology Centre of Excellence dan memupuk pendidikan keusahawanan untuk melahirkan graduan yang inovatif dan berkebolehan dalam bidang kerjaya.


Kata Kunci: Penilaian program, Sains Sukan, Pendidikan Jasmani, kebolehpasaran, graduan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-05-24

How to Cite

Jani, J. binti, Mohd Shariff, A. R. bin, Salimin, N. bin, Shahril, M. I. bin, Mohd Rasyid, N. binti, Jusoh, N. binti, Fook Lee, J. L., Elumalai, G. a/l, Mohamad, N. I. bin, & Madon, M. S. bin. (2016). PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN, FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN: EVALUATION ON THE IMPLEMENTATION OF BACHELOR OF EDUCATION PROGRAM, FACULTY OF SPORT SCIENCE AND COACHING. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 5(1), 77–94. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/687

Most read articles by the same author(s)