Teknik Draping: Penggunaan Heavy Weight Material (DENIM) dalam Reka Bentuk Busana Pengantin

Draping technique: Heavy Weight Material (DENIM) use in Wedding Dress Design

Authors

  • Siti Salwa Siti Salwa Jamaldin

Keywords:

denim, teknik draping, busana pengantin

Abstract

Kajian ini mengkaji pelbagai rupa bentuk busana pengantin wanita, menggunakan pendekatan kualitatif bertujuan untuk mengenal pasti, mereka bentuk proses penghasilan busana pengantin secara konvensional. Melalui kajian ini, penggunaan teknik draping diterapkan dalam mereka bentuk busana pengantin wanita Melayu iaitu dengan menggunakan fabrik denim. Dapatan kajian mendapati, bahawa reka bentuk busana pengantin wanita yang dihasilkan oleh pereka-pereka fesyen tempatan bagi setiap negeri di Malaysia adalah berbeza antara satu sama lain. Teknik flat pattern didapati lebih banyak diaplikasikan berbanding teknik draping. Begitu juga, didapati fabrik heavy weight material (denim) amat jarang digunakan di Malaysia bagi tujuan reka bentuk busana pengantin berbanding fabrik sutera, songket, satin, georget dan chifon. Hasil kajian ini juga mendapati, reka bentuk busana pengantin warisan tradisional Melayu yang diguna pakai pada hari ini telah banyak diubah suai daripada reka bentuk asalnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Siti Salwa Jamaldin, S. S. (2019). Teknik Draping: Penggunaan Heavy Weight Material (DENIM) dalam Reka Bentuk Busana Pengantin: Draping technique: Heavy Weight Material (DENIM) use in Wedding Dress Design. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 4. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2261