Signifikasi Bekas Bara Besar Terengganu dalam Seni Warisan Kraf Tembaga

Significance Bara Besar of Terengganu as Heritage in Art Crafts Copper

Authors

  • Yazid Parlan

Keywords:

kraf tembaga, Bekas Bara Besar Terengganu, reka bentuk, ekstrinsik

Abstract

Kraf tembaga merupakan salah satu bidang kraf tangan di Malaysia yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebagaimana kraf tenunan songket yang mempunyai produk lagendanya melalui penghasilan kain limar dan cindai, kraf tembaga juga mempunyai produk warisan yang masih dikenali sehingga kini seperti tepak sireh, pahar, cerek air dan kebak laksa. Bekas Bara Besar Terengganu merupakan salah satu produk kraf warisan tinggalan pengkarya seni kraf tembaga yang terdahulu di Terengganu yang belum diketahui umum secara meluas berbanding produk warisan kraf tembaga yang lain. Produk kraf warisan yang diperbuat daripada bahan tembaga putih ini banyak mempamerkan ketinggian kemahiran dari segi teknologi pembuatan dan keunikan reka bentuk serta reka corak hiasan pada pembuatannya. Atas kesedaran perlunya mengenengahkan Bekas Bara Besar Terengganu kepada umum, maka satu kajian dijalankan bagi mengenalpasti ciri-ciri ekstrinsik yang signifikan dengan Bekas Bara Besar Terengganu supaya ianya boleh dikumpul dan diinterpretasikan untuk dijadikan tambahan khazanah maklumat seni kraf warisan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Parlan, Y. (2019). Signifikasi Bekas Bara Besar Terengganu dalam Seni Warisan Kraf Tembaga: Significance Bara Besar of Terengganu as Heritage in Art Crafts Copper. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 4. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2257