Kebolehgunaan dan Kepuasan Pengguna Terhadap Koswer Animasi Talking-Head Tiga Dimensi Tidak Realistik

The Usability of the Non-Realistic Three Dimensional Talking- Head Courseware and Customers’ Satisfaction

Authors

  • Mohd Najib Hamdan
  • Ahmad Zamzuri Mohamad Ali

Keywords:

animasi, emosi, instruksi, realistik, talking-head

Abstract

Animasi talking-head merupakan animasi instruksi yang berpotensi membantu pelajar dalam pembelajaran linguistik terutamanya dari sudut sebutan. Walau bagaimanapun, penggunaan animasi talking-head ini telah menyebabkan emosi manusia berasa tidak selesa apabila reka bentuk dan tahap realistik karektor animasi tersebut menyerupai manusia. Fenomena ini dikenali sebagai Uncanny Valley dan telah disahkan melalui satu kajian ahli robotik Jepun yang bernama Masahiro Mori pada tahun 1970. Beliau telah menghasilkan suatu graf bagi menerangkan fenomena ini. Untuk mengatasi masalah tersebut, animasi talking-head tiga dimensi tidak realistik telah dibangunkan bagi memastikan pelajar mendapat pembelajaran yang maksimum dari sudut emosi dan prestasi pembelajaran. Oleh itu, kajian ini akan menumpukan pada proses pembangunan animasi talking-head tiga dimensi tidak realistik berdasarkan teori,
prinsip-prinsip multimedia dan kajian literatur yang telah dijalankan. Kajian ini juga melaporkan hasil ujian kebolehgunaan dan kepuasan pengguna yang telah dijalankan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Hamdan, M. N., & Mohamad Ali, A. Z. (2019). Kebolehgunaan dan Kepuasan Pengguna Terhadap Koswer Animasi Talking-Head Tiga Dimensi Tidak Realistik: The Usability of the Non-Realistic Three Dimensional Talking- Head Courseware and Customers’ Satisfaction. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 3. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2242