Mendepani Cabaran Karya Seni Elektronik

Confronting The Challenges of Electronic Art

Authors

  • Hazrizan Masri
  • Wan Jamarul Imrani Wan Abdullah Than

Keywords:

teknologi elektronik, karya seni elektronik, persepsi dan cabaran, institusi seni, koleksi karya

Abstract

Penerapan elemen teknologi elektronik dalam pendekatan berkarya khususnya dalam kalangan pengkarya yang amat cenderung untuk menghasilkan sesuatu yang baharu telah mencetuskan penghasilan karya seni elektronik. Namun kehadiran karya seni elektronik dalam landskap seni tampak global telah mencipta suatu persepsi dan cabaran baharu kepada khalayak dan institusi seni, terutama dalam soal pengendalian koleksi karya. Oleh itu, karya yang bersifat sedemikian dilihat berada di sudut yang tersendiri jika dibandingkan dengan karya yang bersifat konvensional seperti catan. Tidak dapat dinafikan bahawa wujud beberapa perkara yang dilihat memberi kesan secara langsung terhadap situasi ini. Melalui penulisan ini, diharapkan dapat mengupas beberapa cabaran dalam mendepani karya-karya seni elektronik atau juga dikenali dengan media baru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Masri, H., & Wan Abdullah Than, W. J. I. (2019). Mendepani Cabaran Karya Seni Elektronik: Confronting The Challenges of Electronic Art. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 3. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2241