Isu Pendidikan Seni Visual Etnik Penan di Baram, Sarawak: Satu Tinjauan Awal

Visual Art Education in the Penan Community of Baram, Sarawak: A Preliminary Survey

Authors

  • Egmal Hj Adin
  • Mohd Zaihidee Arshad

Keywords:

Pendidikan Seni Visual (PSV),, Penan, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Abstract

Isu pendidikan dalam masyarakat peribumi Penan di Sarawak telah menarik minat pengkaji untuk menjalankan kajian bagi mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah tersebut. Kesedaran dan rasa tanggungjawab pengkaji untuk membantu etnik ini mengubah cara hidup mereka agar mampu bersaing dengan masyarakat dalam pembangunan negara. Melalui kajian rintis ini pengkaji ingin mengetahui permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah Penan. Tinjauan dilakukan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dilakukan serta bagaimanakah bentuk hasil karya murid. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen mengenai pribumi ini. Pengkaji sebagai instrumen utama menjejaki pribumi ini di Long Jekitan, Baram. Hasil tinjauan awal mendapati kekurangan infrastruktur, bahan bantu mengajar dan guru yang terlatih dalam bidang PSV menyukarkan proses PdP dijalankan dengan berkesan. Ini antara sebab masalah ponteng dan keciciran berlaku di sekolah etnik Penan ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Hj Adin, E., & Arshad, M. Z. (2019). Isu Pendidikan Seni Visual Etnik Penan di Baram, Sarawak: Satu Tinjauan Awal: Visual Art Education in the Penan Community of Baram, Sarawak: A Preliminary Survey. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 3. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2235