Arca dan Patung: Suatu Kefahaman Konsep
Keywords:
Arca, Patung, Monumen,, 3-Dimensi.Abstract
Penulisan ini adalah usaha mencari perbezaan konsep antara patung dan arca. Seni 3-dimensi wujud dalam semua budaya, memenuhi keperluan artistik manusia. Berhala, monumen, tugu, anak patung, boneka, wayang kulit, ‘orang-orangan’ di sawah, ukiran kayu orang asli dan lain-lain yang tiada dalam perbendaharaan kata tempatan, seperti torso, effigy, simulacrum, statuette dan mannequin disamaertikan dengan patung dan arca, termasuk struktur seni bina, batu bersurat, batu nisan, kepala perahu dan hulu senjata tradisi. Rangkuman dan pengadunan pelbagai entiti ke dalam satu maksud mewujudkan kesamaran dan kekeliruan.