Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual (PSV)

Theoretical Approach to Cognitive Learning in Visual Art Education

Authors

  • Ridzuan Hussin

Keywords:

teori pembelajaran kognitif, Teori Gestalt, Teori Ausubel, pengecaman corak, model pemprosesan maklumat

Abstract

Teori kognitif sememangnya ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam semua mata pelajaran, iaitu di bawah Perkara Kemahiran Bernilai Tambah yang menggariskan tujuh kemahiran, antaranya Kemahiran Berfikir (KB). Penyerapan KB ini boleh dilaksanakan dalam PSV dengan aplikasi pendekatan teori pembelajaran kognitif ini yang menekan proses berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Teori pembelajaran kognitif ini pula ada banyak, antaranya Teori Gestalt, Teori Ausubel dan teori pemprosesan maklumat. Kesemua teori ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam P&P mengikut kesesuaian tahap pelajarnya agar proses P&P menjadi lebih berkesan dan bermakna.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Hussin, R. (2019). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual (PSV): Theoretical Approach to Cognitive Learning in Visual Art Education. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 1. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2218