Jurnal Peradaban Melayu https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM
Jurnal Peradaban Melayu [ISSN 1675-4271] published since 2003 by Institute Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris. This journal covers writing and research by the scholars that stressed on Malay civilization especially in Malay language, culture, nation and civilization. This journal also focuses on matters that related to traditional arts, Malay literature, traditional games, Malay figures and philosophy, beliefs and practices. This journal reviewed based on the double-blind review and published online twice a year (April & October started 2024) by UPSI Press for Institut Peradaban Melayu since 2015.

en-US ce.jpm@ipm.upsi.edu.my (Profesor Dr. Tajul Shuhaizam Said) me.ejournal@upsi.edu.my (UPSI Press (Pejabat Karang Mengarang)) Sun, 25 Jun 2023 00:00:00 +0000 OJS 3.3.0.11 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Kearifan Lokal Menerusi Legasi Generasi Tokoh Seni Kraf Tekat Perak: Kajian Kes Terhadap Karya-Karya Marziah binti Abu Kassim https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/6987
Kajian ini memfokuskan kepada kearifan lokal pengkarya seni kraf tekat Perak iaitu Mardziah binti Abu Kassim yang merupakan waris sulung Adiguru Hajah Azizah dalam seni kraf tekat di negeri Perak. Kajian ini adalah untuk mengangkat identiti generasi yang memartabatkan seni tekat melalui hasil kreativiti seterusnya memperkenalkan kepelbagaian seni kraf warisan Melayu di persada dunia. Kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes iaitu menerusi temu bual bersama Mardziah Abu Kassim dan menganalisis artifak seni telah membuktikan bahawa kemahiran dan kreativiti beliau mampu menghasilkan suatu idea baharu terhadap keindahan seni kraf tekat. Kemahiran dan kepakaran individu membuktikan bahawa seni warisan kraf tekat ini wajar diteruskan secara turun temurun. Daya kreativiti dan kemahiran Mardziah Abu Kassim terus berkembang dari semasa ke semasa dengan penglibatan berkolaborasi bersama pereka terkenal seperti Rizman Ruzaini dan Jimmy Choo. Hasil sentuhan dan kombinasi idea telah memberi nafas baru dalam bidang fesyen dan tekstil melalui adaptasi kesan tekatan ke atas kepelbagaian jenis fabrik. Penggunaan benang emas dan benang perak pada motif flora dan geometrik pada permukaan kain baldu dihasilkan dengan ketelitian tinggi dan halus dapat menonjolkan timbulan garisan yang membentuk motif tekat. Hasil idea ini telah berjaya menampakkan kombinasi idea yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Jelaslah bahawa kejayaan dan pencapaian Mardziah mampu setanding dengan tokoh kraf tempatan yang lain dan memberi sumber inspirasi kepada generasi masa kini. Ilmu kearifaan lokal menerusi legasi adiguru tekat ini sewajarnya dapat dimanfaatkan kepada khalayak agar senikraf tekat warisan tidak pupus dan dilupakan.
Harozila Ramli, Tajul Shuhaizam Said, Hazwan Chan Heng Aik, Muhammad Fahmi Esham, Siti Salwa Jamaldin, Roslaili Anuar, Mariyati Mohd Nor Copyright (c) 2022 Harozila Ramli, Tajul Shuhaizam Said, Hazwan Chan Heng Aik, Muhammad Fahmi Esham, Siti Salwa Jamaldin, Roslaili Anuar, Mariyati Mohd Nor http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/6987 Sun, 25 Jun 2023 00:00:00 +0000 Keistimewaan Blok Batik Adiguru Mahadi Deraman di Kampung Talak, Tumpat, Kelantan https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/7483
Kajian ini memfokuskan kepada keistimewaan blok batik Adiguru Mahadi Deraman di Kampung Talak, Tumpat Kelantan. Kajian ini meneroka sejarah blok batik oleh Adiguru Mahadi Deraman serta mengkategorikan blok batik yang dihasilkan oleh beliau. Kajian kualitatif melalui kaedah temu bual yang dijalankan secara kajian lapangan. Hasil kajian akan mampu menjelaskan keistimewaan blok batik yang dihasilkan oleh Adiguru Mahadi Deraman dari pelbagai aspek. Penghasilan blok batik beliau berlaku dalam tempoh yang panjang dan melalui pelbagai gabungan idea. Hasil kajian menunjukkan blok batik yang dihasilkan beliau mempunyai pelbagai saiz. Blok batik yang dihasilkan berbeza berat bergantung kepada bahan yang digunakan. Di samping itu, motif yang dikenal pasti menjadi tumpuan beliau mempunyai lima jenis. Motif tersebut ialah flora, fauna, geometri, abstrak dan gabungan. Keistimewaan blok batik Adiguru Mahadi Deraman dilihat dari aspek penggunaan motif tersebut sesuai dengan peredaran zaman. Penumpuan kepada motif flora dan fauna ialah ciri utama tukang Melayu. Adiguru Mahadi Deraman telah banyak menyumbangkan ilmu dan kepakarannya dalam perkembangan batik di Malaysia terutamanya dalam bidang batik blok.
Che Rahim Hussin, Harozila Ramli Copyright (c) 2023 Che Rahim Hussin, Harozila Ramli http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/7483 Sun, 25 Jun 2023 00:00:00 +0000 Asal-usul Keinginan Watak Tukya dalam Novel Seorang Tua di Kaki Gunung https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/6034
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis asal-usul keinginan watak Tukya dalam “Seorang Tua di Kaki Gunung” (1982/2018) menggunakan Teori Psikoanalisis Lacan. Pada akhirnya, semua analisis kajian ini akan membuktikan dua cadangan terkenal Lacan, iaitu cadangan pertamanya ialah “Ketidaksedaran adalah wacana yang Lain.” dan cadangan keduanya pula ialah “Keinginan manusia adalah keinginan yang Lain.” Menurut Lacan, keinginan manusia berasal daripada yang Lain, dan ketidaksedaran manusia terbentuk di bawah pengaruh yang Lain. Oleh itu, kajian ini akan menyatakan tafsiran baru analisis keinginan berbeza daripada kajian lepas. Melalui analisis keinginan watak ini, cadangan pertama Lacan terbukti bahawa ketidaksedaran watak tercipta di bawah pengaruh wacana yang Lain. Selain itu, cadangan kedua Lacan telah terbukti bahawa keinginan watak yang terpilih dicipta oleh menginginkan keinginan yang Lain. Kajian ini merupakan kajian pertama dalam kesusasteraan Melayu yang menggunakan Teori Lacan. Melalui kajian ini, diharapkan agar hasil kajian ini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh pengkaji-pengkaji yang akan datang yang berminat untuk mengkaji karya-karya sastera Melayu menggunakan Teori Lacan.
Se Yoon Choi , Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Nurhamizah Hashim Copyright (c) 2023 Se Yoon Choi , Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Nurhamizah Hashim http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/6034 Sun, 25 Jun 2023 00:00:00 +0000 Pewarisan Budaya melalui aktiviti Kokurikulum di Sekolah: Ensembel Muzik Tumbuk Kalang Negeri Sembilan https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/5269
Ensembel muzik Tumbuk Kalang ialah sebuah genre muzik tradisional Melayu yang memiliki latar belakang sejarah dan corak persembahan yang tersendiri. Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memartabatkan ensembel muzik Tumbuk Kalang yang telah menjadi warisan bagi bangsa Melayu di Negeri Sembilan. Ia sebagai sebuah bentuk kebudayaan yang dipelajari oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan daripada generasi ke generasi secara informal atau non-formal. Ia telah mula tenggelam akibat pelbagai perubahan perilaku masyarakat yang berlaku mengikut perkembangan zaman. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini merupakan satu kerangka yang telah meneliti aspek-aspek teknik dan estetik ensembel muzik Tumbuk Kalang dan distrukturkan dengan ilmu pendidikan muzik sehingga dibangunkan bahan multimedia interaktif yang dapat digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah semasa aktiviti kokurikulum. Penyelidikan ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan soal selidik dan teknik temu bual separa berstruktur untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Sebuah produk bahan pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif ensembel muzik Tumbuk Kalang dihasilkan dan telah dinilai kesesuaiannya untuk digunakan dalam aktiviti kokurikulum. Sampel kajian terdiri daripada dua orang guru muzik dan lapan orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah, Seremban. Dapatan kajian melalui maklum balas guru dan pelajar menunjukkan bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran ini telah menunjukkan tahap kebolehgunaan dan kesesuaian yang tinggi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ensembel muzik Tumbuk Kalang Negeri Sembilan di sekolah.
Ainaa Syafiqah Abdul Rahman, Mohd. Nizam Nasrifan Copyright (c) 2023 Ainaa Syafiqah Abdul Rahman, Mohd. Nizam Nasrifan http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/5269 Mon, 26 Jun 2023 00:00:00 +0000 Keberkesanan Pintas Jawi dalam membantu Murid Pemulihan Tahun Dua mengenali Huruf Jawi https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/7768
Tulisan Jawi merupakan satu lambang kepada ketamadunan Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tulisan Jawi tidak asing bagi masyarakat Melayu kerana ia mempunyai identiti dan menjadi alat perantaraan surat ketika itu. Tulisan ini diambil daripada tulisan Arab dan ditambah dengan enam huruf Jawi bagi memudahkan bacaan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini tulisan Jawi seakan dipinggirkan oleh masyarakat Melayu atas faktor pengenalan huruf rumi. Pada masa kini, ramai murid tidak mahir membaca mahupun menulis dalam tulisan Jawi. Disebabkan perkara tersebut, kajian ini dijalankan dalam kalangan murid pemulihan yang bersekolah di sebuah sekolah di kawasan Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Seramai 20 orang murid dari tahun dua diambil sebagai responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keupayaan bacaan dan penulisan Jawi dalam kalangan murid pemulihan tahun dua dan mengaplikasikan satu kaedah untuk mengatasi kelemahan murid dalam menguasai bacaan dan tulisan Jawi iaitu dengan menggunakan kaedah pintas Jawi. Pintas Jawi digunakan untuk murid menyebut huruf Jawi tunggal, huruf Jawi yang sama bentuk tetapi berlainan sebutan, membentuk huruf-huruf Jawi dari doh sekiranya mereka tidak menguasai bacaan dan tulisan, maka mereka boleh menggunakan doh seterusnya murid akan ingat huruf dan dapat menulisnya dengan baik. Pengkaji menggunakan teori kognitif dalam kajian ini. Kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science Version 20 (SPSS 20). Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang melibatkan observasi dan analisis data kajian. Kajian ini diharap dapat memberi impak yang positif kepada semua pihak terutamanya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menangani masalah penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah.

Razilah Mohd Ramli, Azhar Wahid, Husna Husin Copyright (c) 2023 Razilah Mohd Ramli, Azhar Wahid, Husna Husin http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/7768 Mon, 26 Jun 2023 00:00:00 +0000 Semakan Nama Kayu di Malaysia berdasarkan kaedah Mutakhir Penulisan Bahasa Melayu https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/7587
Penamaan kayu di Malaysia adalah menggunakan kata nama am dan bukannya kata nama khas. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak penerbitan baharu yang tidak menerapkan kaedah ejaan terkini dalam penulisan berkaitan nama-nama kayu. Untuk menyeragamkan penamaan kayu serta kaedah-kaedah ejaannya dalam penerbitan rasmi, semakan tatabahasa telah dijalankan ke atas nama-nama kayu di Malaysia berpandukan kepada kaedah terkini penulisan Bahasa Melayu. Sejumlah 225 nama-nama kayu yang terdiri daripada pelbagai spesies pokok tempatan dan eksotik telah disemak. Daripada jumlah tersebut, 52 nama-nama kayu telah dipinda, sama ada dari segi penamaan atau ejaan. Sebanyak tujuh nama kayu dipinda kerana masih menggunakan huruf konsonan -ch, hasil daripada penggunaan kaedah ejaan Rumi lama yang diamalkan sebelum tahun 1972. Sebanyak 28 nama kayu lain telah dipinda berdasarkan pola keselarasan huruf vokal yang merupakan pembetulan dari segi fonetik terhadap bunyi vokal utama. Beberapa nama kayu yang berasaskan perkataan Bahasa Inggeris telah diterjemah terus ke dalam Bahasa Melayu. Nama-nama Bahasa Melayu untuk kayu daripada spesies pokok eksotik dipinda berdasarkan rujukan kepada beberapa penulisan saintifik dan separa teknikal. Hasil kajian ini menjadi suatu panduan yang amat penting dalam industri perkayuan berkaitan penamaan kayu di Malaysia serta ejaan yang tepat dan seragam berdasarkan penulisan Bahasa Melayu.

Mohd Jamil Abdul Wahab, Zairul Amin Rabidin, Ida Suraini Abd. Shukor Copyright (c) 2023 Mohd Jamil Abdul Wahab, Zairul Amin Rabidin, Ida Suraini Abd. Shukor http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/7587 Mon, 26 Jun 2023 00:00:00 +0000