TY - JOUR AU - Mahmad, Muhamad Amar AU - Nik Abdul Hamid, Nik Mohd Sofri PY - 2022/06/23 Y2 - 2024/03/29 TI - Tahap Gelagat dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam Membayar Zakat Pendapatan di Kedah JF - Jurnal Peradaban Melayu JA - JPM VL - 17 IS - 1 SE - Articles DO - 10.37134/peradaban.vol17.1.5.2022 UR - https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/6073 SP - 35-40 AB - <p>Hukum zakat pendapatan adalah suatu hukum yang baru dan ia tidak disepakati sejak sekian lama dalam kalangan cendikiawan Islam. Dalam konteks Malaysia ia diperbincangkan sejak akhir tahun 1970-an dan awal 1990-an dan konsepnya telah mula diterima dan mula dilaksanakan. Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 22 Jun 1997 bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat dan pada masa ini anjakan paradigma telah berlaku dalam institusi zakat di Malaysia apabila zakat pendapatan diangkat sebagai sumber baru. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian besar dalam kalangan pekerja awam dan swasta yang tidak membayar zakat pendapatan termasuk kalangan guru-guru di Kedah terutama opsyen pendidikan Islam dengan alasan-alasan tertentu. Berdasarkan kepada permasalahan ini, kajian telah dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap gelagat mengeluarkan zakat pendapatan dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam di Kedah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan (borang soal selidik) dengan menggunakan sampel kajian seramai 141 orang responden yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam di Kedah serta temubual dengan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dakwah dan Kutipan LZNK. Hasil kajian menunjukkan tahap gelagat membayar zakat pendapatan berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian pihak LZNK perlu mencari inisiatif bagi menggalakkan golongan teramai iaitu dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam perlu diberi perhatian. Hal ini penting kerana zakat pendapatan bukan hanya sekadar membantu masyarakat yang memerlukan malahan untuk membersihkan pendapatan yang diperolehi serta sebagai satu ibadah perlu dilakukan untuk bekalan di akhirat kelak.</p> ER -