@article{Mohd Rusli_Massa_2022, title={Konflik Jiwa dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck}, volume={17}, url={https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/5696}, DOI={10.37134/peradaban.vol17.1.2.2022}, abstractNote={<p>Makalah ini bertujuan menjelaskan konflik jiwa yang dialami oleh watak utama dalam novel <em>Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck </em>karya Hamka (2015), iaitu Zainuddin. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan, iaitu dengan merujuk novel <em>Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck</em> (2015) sebagai sumber utama pengumpulan data. Analisis data dilakukan dengan menerapkan tiga jenis pendekatan untuk menganalisis psikologi watak Zainuddin yang mempunyai hubung kait dengan masalah jiwa, iaitu psikoanalisis Sigmund Freud (1984), teori humanistik Abraham Maslow (1943) dan psikologi Islam. Dapatan kajian menunjukkan watak Zainuddin berhadapan dengan pelbagai konflik jiwa. Berdasarkan pendekatan psikoanalisis Sigmund Freud (1984), unsur id, ego dan super ego dalam diri Zainuddin tercetus akibat konflik berunsurkan keturunan dan percintaan. Berdasarkan teori humanistik Abraham Maslow (1943) pula, Zainuddin berusaha mencapai kesempurnaan diri, manakala analisis berdasarkan psikologi Islam (Khaidzir Ismail et al. 2009) menunjukkan Zainuddin terpaksa berhadapan dengan desakan hawa nafsunya apabila keinginannya untuk berkahwin dengan Hayati tidak tercapai. Dari segi implikasi, kajian ini dapat memberi pendedahan tentang pendekatan psikoanalisis, teori humanistik dan psikologi Islam yang saling berkait antara satu sama lain dan boleh digunakan untuk menganalisis dan menjelaskan konflik jiwa yang dialami oleh watak Zainuddin.</p>}, number={1}, journal={Jurnal Peradaban Melayu}, author={Mohd Rusli, Nur Farahkhanna and Massa, Noor Syamshida}, year={2022}, month={Jun.}, pages={8–18} }