Inisiatif untuk Menangani Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Pasca Pandemik Covid-19
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol19.2.2.2024Keywords:
inisiatif, masalah, membaca, murid, pasca Pandemik Covid-19Abstract
Makalah ini bertujuan membincangkan inisiatif untuk menangani masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah pasca Pandemik Covid-19. Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan kaedah kepustakaan. Kaedah temu bual berstruktur dilakukan kepada tiga orang guru subjek Bahasa Melayu yang kesemuanya berpengalaman lebih 15 tahun. Kaedah kepustakaan pula dilakukan dengan merujuk pelbagai bahan bertulis yang berautoriti berkenaan kemahiran membaca. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan mentranskripsikan semula semua maklumat yang diperolehi daripada informan melalui sesi temu bual. Hasil kajian menunjukkan antara inisiatif yang efektif untuk meningkat kemahiran membaca pada pandangan guru-guru ialah (i) teknik bacaan fonik, (ii) pemilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, (iii) teknik pandang sebut, dan (iv) latih tubi. Dari segi implikasi, kajian ini berusaha membuka mata semua pihak untuk merangka pelbagai inisiatif bagi menangani masalah membaca dalam kalangan murid pasca pandemik Covid-19 bertujuan membantu meningkatkan tahap penguasaan membaca murid.
Downloads
References
Abdul Rasid Jamian. (2021). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12.
Alifah Abdul Aziz. (2020). 5 Aktiviti Fonik untuk meningkatkan kemahiran membaca anak; Laman Penyelidikan AWAL. Diperoleh pada 20 Julai 2023 daripada https://awal.my/5-aktiviti-fonik-untuk-meningkatkan-kemahiran-membaca-anak/
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Khofifah Indah Parawansa, Sri Haryanto dan Pamungkas Stiya Mulyani. (2022). Penggunaan media flashcard untuk meningkatkan kemampuan membaca siswa pada mata pelajaran Bahasa Indonesia di Mi Klesman: Indonesia. Jurnal Informatika dan Teknologi Pendidikan, 2(2), 72-78.
Melisa Eka Susanti. (2018). Upaya dalam mengembangkan bahasa ekspresif melalui metode bercerita pada anak usia dini di TK Assalam 2 Pulau Singkep Bandar Lampung. Doctoral Dissertation. UIN Raden Intan Lampung.
Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini Awang. (2020). Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid 19. Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410.
Naquiah Nahar & Jimain Safar. (2016). Amalan pengajaran Jawi dalam pendidikan masa kini: Suatu tinjauan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 2(2), 70-85.
Nilavani Mahalingam & Khairul Azhar Jamaludin (2021). Impak dan cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 104-115.
Nirwana Sudirman & Zulkifley Hamid. (2016). Pantun Melayu sebagai cerminan kebitaraan perenggu minda Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 145-159.
Norazizah Mohamed Norok, & Khairul Farhah Kamaruddin. (2022). Tahap kesediaan guru terhadap penggunaan kaedah bermain sambil belajar bagi Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 132–144. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i1.1246
Roslan Chin dan Nurahimah Yusoff. (2017). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa untuk menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan khas. In: International Conference on the Scholarship of Teaching and Learning (ICSoTL 2017), 4 - 5 April 2017, UUM EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah, Malaysia.
Yahya Othman et. al. (2016). Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 93-109.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Wan Alia Zukrina Wan Fauzi, Nur Farahkhanna Mohd Rusli
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.