Konsep Pemikiran Dalam Ukiran Kayu Tradisional Masyarakat Melayu

The Concept of Thinking in the Traditional Wood Carving of the Malay Society

Authors

  • Ahmad Naim Mustaqim Yusri Fakulti Seni, Kelestarian & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Siti Ainsyah Chee Fakulti Seni, Kelestarian & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.2.6.2022

Keywords:

konsep pemikiran, ukiran kayu tradisional

Abstract

Kajian ini menfokuskan kepada nilai pemikiran dalam ukiran kayu tradisional masyarakat melayu. Wujudnya idea kajian ini adalah berdasarkan pengalaman pengkaji dalam bidang seni kraft ukiran kayu. Oleh itu, pengkaji tertarik dalam membuat kajian ini disebabkan kekaguman terhadap nilai intelek masyarakat terdahulu dalam menghasilkan sebuah karya. Hal ini kerana sebuah karya yang bernilai tinggi mempunyai makna atau penceritaan disebaliknya bukan sahaja diukur dari segi konteks estetika, kekemasan dan kehalusan. Kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah membuktikan bahawa dalam seni ukiran kayu mempunyai martabat yang tinggi pada zaman dahulu. Hal ini kerana masyarakat dahulu mampu mengadaptasi dengan bijak mengenai pemilihan sesuatu motif berdasarkan lingkungannya. Sebagai contoh, motif-motif yang dihasilkan berdasarkan beberapa aspek yang berkait dengan kehidupan harian iaitu unsur kepercayaan, pemakanan dan perubatan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Nasir. (2016). Ukiran kayu Melayu tradisi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Said & Ahmad Saifuddin Abdullah. (2001). Spesies-spesies Kayu Dalam Seni Ukiran Melayu. Johor, Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Nuansa ukiran kayu Melayu. (2015). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. (2020). Istana Kenangan Kuala Kangsar. Diperoleh daripada http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/istana/istanakenangan

Ukiran kayu warisan Melayu. (2009). Kuala Lumpur, Malaysia: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Wonderful Malaysia. (2020). Istana Balai Besar, Kota Bahru. Diperoleh daripada http://www.wonderfulmalaysia.com/attractions/istana-balai-besar-kota-bharu.htm

Published

2022-12-30

How to Cite

Yusri, A. N. M., & Chee , S. A. (2022). Konsep Pemikiran Dalam Ukiran Kayu Tradisional Masyarakat Melayu: The Concept of Thinking in the Traditional Wood Carving of the Malay Society . Jurnal Peradaban Melayu, 17(2), 49–55. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.2.6.2022