Tahap Gelagat dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam Membayar Zakat Pendapatan di Kedah

Authors

  • Muhamad Amar Mahmad Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, Kedah, MALAYSIA
  • Nik Mohd Sofri Nik Abdul Hamid Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.1.5.2022

Keywords:

Zakat Pendapatan, Gelagat, Guru-Guru Pendidikan Islam, Kedah

Abstract

Hukum zakat pendapatan adalah suatu hukum yang baru dan ia tidak disepakati sejak sekian lama dalam kalangan cendikiawan Islam. Dalam konteks Malaysia ia diperbincangkan sejak akhir tahun 1970-an dan awal 1990-an dan konsepnya telah mula diterima dan mula dilaksanakan. Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 22 Jun 1997 bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat dan pada masa ini anjakan paradigma telah berlaku dalam institusi zakat di Malaysia apabila zakat pendapatan diangkat sebagai sumber baru. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian besar dalam kalangan pekerja awam dan swasta yang tidak membayar zakat pendapatan termasuk kalangan guru-guru di Kedah terutama opsyen pendidikan Islam dengan alasan-alasan tertentu. Berdasarkan kepada permasalahan ini, kajian telah dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap gelagat mengeluarkan zakat pendapatan dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam di Kedah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan (borang soal selidik) dengan menggunakan sampel kajian seramai 141 orang responden yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam di Kedah serta temubual dengan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dakwah dan Kutipan LZNK. Hasil kajian menunjukkan tahap gelagat membayar zakat pendapatan berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian pihak LZNK perlu mencari inisiatif bagi menggalakkan golongan teramai iaitu dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam perlu diberi perhatian. Hal ini penting kerana zakat pendapatan bukan hanya sekadar membantu masyarakat yang memerlukan malahan untuk membersihkan pendapatan yang diperolehi serta sebagai satu ibadah perlu dilakukan untuk bekalan di akhirat kelak.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Eza Ellany Abdul Lateff & Mohd Rizal Palil. (2011) “Faktor-Faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan di Malaysia”, Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup. (hlm 148-159). Melaka: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI).

Farah Mastura Noor Azman & Zainol Bidin, 2015. Factors Influencing Zakat Compliance Behavior on Saving. International Journal Of Business and Social Research, 5, 13-16.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader (2009). Pengagihan zakat oleh Institusi zakat di Malaysia: Mengapakah Masyarakat Islam Tidak Berpuashati? Jurnal Syariah, 17 (1), 89-112.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2001). Panduan zakat penggajian, Jakim: Kuala Lumpur. Atas talian http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri.

Kamil Md. Idris (2003). Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasan zakat terhadap gelagat gelagat zakat pendapatan gaji. Kertas kerja dibentangkan di Muzakarah Pakar Zakat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Ali Mohd Noor, Hairunizam Wahid & Nor Ghani Md Nor. (2004). Kesedaran membayar zakat pendapatan kakitangan professional Universiti Kebangsaan Malaysia, Islamiyyat 26(2), 59-68.

Muhammad Norazam Nordin, Adam Badhrulhisham & Mohamad Firdaus Mohd Isa (2019). Pengetahuan umum pembayar zakat: suatu tinjauan di negeri Melaka. Jurnal Maw’izah, 2, 61- 70.

Noor Hashimah Mohd Shafie & Amizawati Mohd Amir (2018). Kesan faktor individu dan faktor persekitaran terhadap pematuhan zakat pendapatan. International Journal of Business, Economics and Law, Vol. 15, Issue 3

Nur Barizah Abu Bakar & Hafiz Majdi Abdul Rashid, 2010. Motivation of Paying Zakat on Income: Evidence from Malaysia. International Journal of Economics and Finance, 2 (3), 26-28.

Raedah, Noormala & Marziana (2011). Kajian terhadap Zakat Penggajian: Faktor yang Mempengaruhi Akademik dalam Niat Pembayaran Zakat. 2nd International Conference of Business and Economic Research (2nd ICBER 2011) Proceeding. 2492-2507.

Ram Al Jaffri Saad, (2010) Gelagat gelagat zakat perniagaan di Negeri Kedah Darulaman. PhD. thesis, Universiti Utara Malaysia.

Published

2022-06-23

How to Cite

Mahmad, M. A., & Nik Abdul Hamid, N. M. S. (2022). Tahap Gelagat dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam Membayar Zakat Pendapatan di Kedah. Jurnal Peradaban Melayu, 17(1), 35–40. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.1.5.2022