Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penciptaan Lirik Lagu Kanak-kanak Melayu Tradisional sebagai Bahan Pengajaran Topik Fotosintesis Murid Tingkatan Satu

Authors

  • Seri Fajiha Natasha Rosli Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Yuhanis Mhd Bakri Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Hassan Abdullah Jabatan Muzik dan Pendidikan Muzik, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.2.3.2022

Keywords:

lirik, lagu, fotosintesis, sains, pengajaran

Abstract

Penggunaan lagu kanak-kanak Melayu tradisional semakin menjadi perhatian dalam penyampaian kandungan pengajaran. Malah, lagu kanak-kanak Melayu tradisional merupakan warisan kesenian Melayu yang wajar dipertahankan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penggunaan lirik lagu yang dicipta berdasarkan melodi lagu kanak-kanak Melayu tradisional sebagai bahan pengajaran topik fotosintesis murid tingkatan satu. Rekabentuk kajian menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif berdasarkan analisa dokumen dan kajian tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan kandungan lirik lagu yang dicipta adalah baik dan penggunaan melodi lagu tempatan yang digunakan sesuai bagi tajuk fotosintesis. Kesimpulannya, guru pelatih memberikan persepsi yang baik terhadap lirik yang dicipta ke atas melodi lagu kanak-kanak Melayu tradisional bagi tajuk fotosintesis. Justeru, penggunaan melodi lagu kanak-kanak Melayu tradisional sangat berpotensi dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi bidang sains.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ang Boon Su. (2014). Miskonsepsi Fotosintesis dan Respirasi Pelajar Sekolah Menengah. Kajian Tindakan, Insitut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu.

Azli Ariffin. (2018). Reka Bentuk Model Aktiviti Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional Untuk Peningkatan Imaginasi-Kreatif Prasekolah. (Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Chang, P. C. (2018). Penggunaan Lagu dalam Meningkatkan Minat dan Ingatan Murid Tahun Tiga Terhadap Topik Gigi Manusia di Kuching. Buku koleksi artikel penyelidikan atas talian Sains tahun 2018. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang: Kuching, Sarawak.

Hisyammudin Abd Razab & Amir Hamzah Sharaai. (2012). Kaedah Nyanyian Dalam Mengatasi Masalah Miskonsepsi Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Dalam Topik Magnet. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012. Pulau Pinang, Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sains Tingkatan 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Sains Tingkatan 1. Kementerian Pendidikan Malaysia

Kodaly, Z. (1960). Folks music of Hungary. London: Barrie and Rockliff

Lestari. (2012). Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada Anak. Prosiding Seminar Nasional Psikologi Universiti Muhammadiyah Surakarta.131-136.

Md Nor Bakar & Syed Muammar Billah Syed Mohamad. (2008). Masalah Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2 Tajuk: Fotosintesis, Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun daripada http://eprints.utm.my/10944

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei. (2017). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14 (1), 211-265

Nur Farhanah Mohd Amin. (2011). Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’. Kajian Tindakan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu.

Rozman Salleh & Ahmad Jazimin Jusoh. (2015). Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Egogram Analisis Transaksional dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal PERKAMA, 19, 67-82

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul. Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Syaubari Othman & Ahmad Yunus. (2018). Tahap perancangan pengajaran menerusi pengintergrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Malaysia. Journal of Contempory Islamic Studies, 4(1), 84-105

Published

2021-12-30

How to Cite

Rosli, S. F. N., Mhd Bakri, Y., & Abdullah, M. H. (2021). Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penciptaan Lirik Lagu Kanak-kanak Melayu Tradisional sebagai Bahan Pengajaran Topik Fotosintesis Murid Tingkatan Satu. Jurnal Peradaban Melayu, 17(2), 22–29. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.2.3.2022