Pemahaman Interaksi Lisan dalam Pengajaran Pensyarah Kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru

Oral Comprehension Interactions in Teaching Course Lecturer in Malay Teachers Institute of Education

Authors

  • Zarien Nurlieyana Aminuddin Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
  • Azhar Md. Sabil Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
  • Abdul Rasid Jamian Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.2.2.2022

Keywords:

Interaksi Lisan, Penyampaian Pengajaran, Pendekatan Pengajaran, Amalan Pengajaran, Komunikasi

Abstract

Penguasaan interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah di bilik kuliah  merupakan satu proses penyampaian ilmu pengajaran  yang berlaku secara dua hala. Interaksi lisan menjadi medium utama memindahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam pelbagai konteks pengajaran. Kajian ini membincangkan tentang pemahaman dan merumuskan teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Roselan Baki (2003).  Teknik teknik interaksi lisan Roselan Baki (2003) mempunyai sembilan pendekatan yang boleh menjadi amalan pengajaran iaitu penerangan, penyoalan, kawalan, penggiliran, pengulangan, arahan, pencungkilan idea,perbincangan dan penilaian. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk pendekatan kualitatif dengan mengkaji satu kes pelbagai tempat dengan melibatkan empat orang pensyarah kursus Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai informan kajian. Teknik persampelan bertujuan dengan beberapa kriteria tertentu sebagai pemilihan sampel yang bersesuai dalam kajian ini. Pengumpulan data kajian ini menggunakan kaedah temu bual semi berstruktur secara mendalam. Protokol temu bual mengandungi dua konstruk kajian yang penting dengan meneroka amalan dan teknik interaksi lisan dalam pengajaran pensyarah.  Pengkaji menggunakan alat perisian NVIVO 12 untuk menganalisis data mengikut tema dapatan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik interaksi lisan sememangnya menjadi amalan dalam  pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah bahasa Melayu. Kepelbagaian penggunaan teknik interaksi lisan pensyarah menjadi amalan terbaik dan melahirkan kemenjadian graduan berkualiti di institutsi pendidikan. Oleh itu, kepelbagaian dan kreativiti seorang pensyarah dapat menghasilkan pendekatan, kaedah, kemahiran, teknik dan aktiviti pengajaran yang menarik minat pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad.N.S, Amzah.F & Rahimi.C.A. (2009). Kemahiran Komunikasi Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 24, 125-142, 2009.

Aziz.S.H. (2019). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Laser Press Sdn Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) (2006), Panduan Budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia.Putrajaya.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Standard Guru Malaysia (2009), Putrajaya.

Baki.R & Othman.Y (2007), Interaksi Lisan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Potensi yang Terabai, Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities (Volume15, No 2, 2007).

Baki.R (2003). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Shah Alam Karisma Publications Sdn. Bhd.

Embi, M. A. & Adun, M. N. (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Pusat Pembangunan Akademik UKM dan Jabatan Pengajian Tinggi, KPTM.

Guet.T.M, (2013). Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Semasa Praktikum, Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 11, 2013.

Idris.N (2013), Penyelidikan dalam Pendidikan, Edisi Kedua, MC Graw Hill Education, Kuala Lumpur

Jamian A.R & Othman.S (2013). Interaksi Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 3, Bil. 1 (Mei 2013), 42-51

Kadir. F.R & Hamzah.Z.A. (2017), Bahasa antara dalam komunikasi lisan penutur melayu dan penutur bukan Melayu, International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 1-16.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya.

Mahmood.Z, Alias.A & Said.N.E (2012). Perbandingan Kemahiran Generik Pelajar Opsyen Bahasa Melayu di Sebuah IPTA dan IPGM, ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education (AJTLHE) Vol. 4, No.1, Jan 2012, 82-95.

Mansor.N.R. (2009), Soalan dan Penyoalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan, Strikeway Sdn.Bhd. Serdang, Selangor.

Muda.M. (2003). Apa Itu Kajian Kes? Kertas Kerja. Dibentangkan di Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Kes Siri I. Universiti Sains Islam Malaysia. 5-6 Mac.

Noah.S.M. (2012). Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis.Univerisiti Putra Malaysia

Rahim.N.A &.Rahim N.A. (2014). Strategi komunikasi lisan secara formal dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134, 382-388

Rahim.N.A.(2016). Teknik Perundingan dalam Pertandingan Debat Diraja, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia

Salleh.S. (2018). Kajian-kajian Interaksi Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Jurnal IPBA, Jilid 3; Bilangan 2, 114-120.

Santrock, J. (2008). Educational psychology (3rd ed.). New York: Mc-Graw Hill.

Siong.T.L. (2013), Budaya dan Pembelajaran, FH FreeMind Horizons Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Zakaria.N.S & Azmi.N.A. (2019), Amalan kemahiran komunikasi bukan lisan dalam pengajaran Bahasa Arab Melalui Medium Youtube, Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN) 2019, KUIS.

Published

2021-12-30

How to Cite

Aminuddin, Z. N., Md. Sabil, A., & Jamian, A. R. (2021). Pemahaman Interaksi Lisan dalam Pengajaran Pensyarah Kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru: Oral Comprehension Interactions in Teaching Course Lecturer in Malay Teachers Institute of Education. Jurnal Peradaban Melayu, 17(2), 12–21. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.2.2.2022