Masyarakat multikulturalisme Malaysia: Semasa dan masa depan

Authors

  • Samsudin Suhaili Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

multikultural, multikulturalisme, matlamat perpaduan, matlamat pendidikan, pendidikan kebudayaan

Abstract

Konsep multikulturalisme pada awalnya telah muncul dan berkembang pesat di dunia Barat khususnya di Kanada, Amerika Syarikat dan Australia. Dalam proses dunia menghadapi globalisasi, konsep multikulturalisme menjadi tumpuan dalam membincangkan hubungan antara manusia. Hubungan tersebut merangkumi aspek kepelbagaian ekonomi, politik dan sosial yang berlaku dalam kalangan ahli sesebuah masyarakat, khususnya masyarakat majmuk. Dengan itu, multikulturalisme mempunyai peranan penting dalam proses pembudayaan yang menekankan suatu ukuran nilai bagi menghadapi fahaman ethnosentrik dan perkauman antara ahli masyarakat dewasa ini. Oleh sebab sikap toleransi dan saling memahami yang mendasari konsep mutikulturalisme menjadi pegangan ahli masyarakat, fenomena kepelbagaian dan perbezaan agama, bahasa dan budaya tidak sepatutnya menjadi faktor untuk mencetuskan permusuhan dan konflik (Jay, 2002: 2-3). Sebaliknya menurut Wirth (193 8), atas persamaan hasrat, kepentingan kebendaan dan kontraktual, masyarakat heterogen di bandar akan terus terikat dan bergantung antara satu sama Iain sehingga membentuk sentimen komunal. Sementara itu, kemunculan elemen hegemoni atau superior antara budaya yang berada dalam lingkungan masa dan ruang yang sama boleh dibendung bagi mengelakkan konflik yang lebih rumit seperti di Bosnia-Herzegovina, Kosovo dan Rwanda (Alo Liliweri, 2003: 96-97). Sehubungan itu, dalam membincangkan perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan di negara ini pendekatan yang harus dibangunkan ialah pendekatan budaya, iaitu menjadikan trait-trait budaya yang pelbagai sebagai dasamya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rahim Abd Rashid (ed.), (2003). Falsafah Budaya Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur Penerbit Universiti Malaya.

Adnan Kamis (ed.), (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adnan Kamis, (1993). Pendidikan Kebudayaan dan KBSM. dlm. Adnan Kamis (ed.). (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia

Adnan Kamis, (1993). Pendidikan Kebudayaan: Suatu Tinjauan Semula. dlm. Adnan Kamis (ed.), (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Akta Pelajaran 1961. 1987. Kuala Lumpur: International Law Book Service.

Asiah Abu Samah, (1985). Pendidikan Budaya, Suatu Kemungkinan dlm. Wan Abdul Kadir Wan Yusoff dan Zainal Abidin Borhan (pnytg.) ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan. (1985). Kuala Lumpur: şiri Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu Bil. 2.

Banks, James & Banks, Cherry, (eds.), (2004). Handbook of Research on Multicultural Education (Second Edition). San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Imprint

Federation ofMalaya ( 1956), Report ofEducation Committee 1956. Kuala Lumpur: Govemment Printer.

Gufran Ali ibrahim, (2004): Mengelola Pluralisme. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.

H.A.R Tilaar, (2004). Multiculturalisme: Tantangan-tantangan Global Masa Depan dalam Transformasi Pendidikan Nasional. Jakarta: Lembaga Manajemen Universitas Negeri Jakarta.

Hali, S, (2000). Conclusion: The Multicultural Question. İn B. Heese (ed.) Unsettled Multiculturalism. Londeon: Zed Books.

Jay, Gregory, (2002). What is Multiculturalism? Milwaukee: University of Wisconsin.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. 1979. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd. Jonit Mohd. Johari & Abdul Rashid Ali. (1993) Unsur Sosiobudaya dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. (Ilın. Adnan Khamis (ed.). (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Taib Osman, (1988). Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, (1986). Ke Arah Perkembangan Pendidikan Kebangsaan Menjelang Tahun 2000: Pandangan dari Sudut Bahasa. Seminar Mengenai Akta dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. (1-2 November 1986: Bangi).

Nik Safiah Karim, (1995). Dasar Pendidikan dalam Konteks Pembangunan Negara. dlm. Seminar Dasar Pendidikan Negara Menjelang Abad Ke-21 : Cabaran dan Masa Depan. (23 Januari 1995: Johor Bahru).
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan.

Robiah Sidin et al., (1994). The Process of National Integration In The Educational Setting. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jld. 12. 1992/93, USM, Pulau Pinang.

'i Robiah Sidin, (1994). Pendidikan di Malaysia, Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: F.ajar Bakti.

Rozita Ibrahim, (2007) Multiculturalism and Education in Malaysia in Cultural and Religion, Vol. 8, No.2, July 2007. Routledge, Tylor and Francis Group.

Saw Swee-Hock (2006:1-24). Population Trends and Patterns in Multiracial Malaysia. dlm.

Saw Swee-Hock and K.Kesavapany (ed.). (2006). Malaysia Recent Trends and Challenges. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies (SEAS).

Sufean Hussin, (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Abdul Kadir Wan Yusoff, (1993). Pertumbuhan Budaya Bandaran: Dilema yang Dihadapi Budaya Melayu

Tradisi dlm. Nik Safiah Karim (ed.). (1993), Tinta Kenangan. Kuala Lumpur : Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Wan Abdul Kadir Yusoff dan Zainal Abidin Borhan, (1985). Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Downloads

Published

2010-11-30

How to Cite

Suhaili, S. (2010). Masyarakat multikulturalisme Malaysia: Semasa dan masa depan. Jurnal Peradaban Melayu, 6, 7–17. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3385